RTC, Perak

Siapa di antara uols yang duduk sebelah utara? Kalau balik ke utara pernah tak singgah ke RTC, Perak. Kalau belom singgah, jemput2 la singgah ye. Hala balik ke utara je ye.

Kalau hala balik ke KL tiada la pulak. Kalau ada pon Mydin Mall kat Jelapang, Ipoh tu. Tapi itu kalau nak masuk kena bayar tol la. Itu bukan RTC rasanya.

Apa yang ada di RTC, Perak ni?

Pendek kata macam2 ada. Antaranya ada `food court`, surau, Mydin Mall, pasar basah, agroo bazar, tandas, taman permainan kanak2 dan kedai 24jam. Yang pasti parking pon luas.

Kalau nak kata sesak pon boleh jugak la. Sebab rata2 singgah sini. Walaupon sesak ianya masih di tahap terkawal ye. Jangan riso ;)

 terus ke depan ada `food court`

Saya baru kali kedua singgah ke RTC, Perak ni. Yang pertama masa singgah tu tutup. Dah malam kan. So, kempunan la nak singgah lagi. Iye la kan, saya ni kan suka balik naik bas je. Kalau cuti panjang je baru balik dengan keta. Tapi baru2 ni masa balik kampung dapat la singgah sekejap. Jadi ler saje nak tengok sebenarnya, apa yang ada. Hihi.

Memang TERBAEK la. Macam2 ada. Walaupon masih banyak lagi kedai2 atau kiosk yang belum dibuka. Memang puas hati. Contohnya kalau uols nak beli barang basah ke, barang kering ke, makanan ke, jangan risau semuanya ada di sini. Puas la berjalan :)

Saya sempat masuk Mydin Mall. Besar oooo. Lebih besar dari Mydin KL. Ada pasar segar dalam Mydin Mall ni. Lagi satu semuanya tersusun kemas je. Rasa macam kat bandar je. Padahal tepi highway je pong.

Nampak tak pasar segar. Kat luar pon ada juga pasar basah. "Eh.. eh, ada beza ke pasar segar dengan pasar basah.." Hahaha.

Bahagian ikan. Semuanya segar bugar. Macam pergi Tesco, Care4 tu. Padahal pergi Mydin tepi highway. Kot2 teringat nak beli pape boleh la beli kat sini. Yang penting uols kena la selalu stand by polistrin box kat dalam bonet keta ye.

Bahagian buah-buahan. Buah-buahan ni kalau beli kat hentian biasa, harganya mahai sikit kan. Kat sini so far ok la.

Bahagian beras dan makanan sejuk beku.

Keropok lekor dan popia otak2 mini yang disejuk beku.

Haa, tengok siap ada promoter lagi. Macam mana la saya tak kata macam pasar raya biasa. Hihi.

Jangan lupa singgah ye. Bukan pe boleh le regangkan sikit vontot yang lenguh2 tu. Hihi.

Memang sesuai dengan slogannya “RTC, Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan”

Nak tahu lebih lanjut, boleh singgah ke laman web RTC, Perak. 



Previous
Next Post »
28 Komentar untuk "RTC, Perak"

ika yg dekat dgn rtc perak nie pon belum pegi lg.hehehe

Bila dapat singgah tempat macam ini dapatlah mengisi perut dan mencuci mata sekali Ciksu.

seronok pegi RTC gopeng ni...abang saya duk ipoh,klu gi umah dia mesti singgah RTC ni.. byk jual barang bumiputra...sumenya halal :)

saya yang duk ipoh pon belom sampai lagi..macam2 ada yer..baru tahu lepas tengok entri ni

rumah kite dekat dgn mydin kat jelapang tu hihi

Oo..mcm shopping mall kan? Cuma dia ada byk kaunter kerajaan bawah satu bumbung kan?

kite org utara juga..ujg utara msia (uum)..hehee jrg ke perak.

kita yang dekat pun tak pergi2 lagi ciksu..malas..hehehe
pergi mydin jelapang je..

wah... sangat-sangat menarik lah... hehehe.. nanti nak singgah lah..

kompem2 x penah sampai sana lagi.. mcm2 ada ye..sempat pulak cik sue snap smua gmbr ye.. hihi

Sya duk selangor jer.. hehehehe

p/s: sila like page queen yer.. https://www.facebook.com/QueenTeratai.JSD tq

bagus la kalau ada gini kat semua tempat....

tak penah smpi sini..

ritu ada la pegi Ipoh..tp tk jln2 sgt..sbb hntr adik je..ehhe

wow! besar RTC ni..luas je tgk..:)

mmg nampak masa balik kg ...tapi tak singgah..nnt leh singgah

hana pernah lalu. pelik degan jalan raya ada RTC ni sapa ja yang nak beli..

tak pernah masuk lagi pun

serius tak pernah singgah...lalu je.
rupanya ada mydin kat situ ye..tak tahu pula Nur...

Nur pernah pergi mydin tu sekali je..hehehe

pernah gi sekali je rasanya RTC ni. tapi tak masuk dalam pon. hehehe..kalau yang R&R RTC tu pernah la berenti makan pe sume berehat jap.

td baru tgk iklan kat tv pasal RTC. huhu..

ooo..mmg tak pernah sampai kt sna..

tak pernah singgah.. lalu je bila balik kg hari tu.. selalu yang menjadi pilihan, sg buloh, tapah, sg perak.. bukit gantang.. hihih

wahh menarik! macam2 ada kat sini..lengkap!

nant kak intan singgah,.nak balik kg selalu juga berhenti...tp kak intan selalu p hentian lain..hehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF