Kuih Cara Manis



Tahun ni saya tak berkesempatan nak buat kuih. Tahun lepas banyak juga saya sediakan kuih muih untuk juadah berbuka puasa. Disebabkan tahun ni sibuk meniaga kuih tepung pelita maka tak sempat nak buat kuih lain. Hihi.

Sekadar nak menggamit memori menyediakan kuih cara manis ni. Saya guna resepi dari blog Kak Sha. Ala, uols mesti kenalkan Kak Shariah yang finalis masterchef musim pertama tu. Hihi.

Simple dan sedap. Cuma kurang manis sikit. Ater bulan puasa kan, kurang kan manis dalam makanan lebihkan manis dalam senyuman tak pe. Hihi.

Kalau uols nak cuba boleh amik resepi ni juga. Resepi dari dapur ke dapur tau. Sekarang dah masuk dapur ciksu. Hihi. Korang kena try k. Memang sedap :)



Bahan2nya:


2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak (saya balut daun pandan, kemdian ikat dengan getah. Boleh guna untuk disapu pada acuan nanti)

Caranya
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..
Saya ikut resepinya sebijik2. Oh ya, member saya pesan kalau nak ngam2 manis rasanya guna satu sudu kecik yang kita makan coslow kat kepci tu.

Selamat berbuka. 
pppsssttt: masih banyak hutang bw. Huhu. Maap ye.


Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Kuih Cara Manis"

sedapnya kuih cara ni.. suka yg ni dr yg berlauk tu..

salam rindu ciksu...

kuih cara ni akak suka yg garing mcm dlm pc tu sbb kalau beli selalunya tepung tak cukup masak sebelah dalam...

macam mana bisnes..?harap sukses ye ciksu...

sedappnyaa.. jijah pon suka kuih cara n dengan buah melakaa..nyum!

baru hari rabu ri tu ibu kite buat kuih cara hihi


siap kite apdate dlm setegram lg :p

kalau nur kan, nur suka garingkan kueh ni...
sedap mkn. :)

tak penah try buat lagi la... tak rajin hihi...rajin makan je camana ni....

sedap..tp kita tk pndai buat kuih..

pandai ciksu buat kuih ni. jaa pulak mmg x penah buat. eh, ciksu meniaga kuih tepung pelita?? wow seronoknya!!

antara kuih feveret jugak nih.. tp kalo mak deqla yg buat lg sedap.. ;)

telan air liur tgk kuih ni pg2 he3

Jarang beli kalau gi Param ... Tp makan je kalau ada depan mata!

dua dua favourite kak intan..kuih cara lagi manis lagi sedap..kih kih

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF