Masak atau makan di kedai. Mana lebih berbaloi?

Sekiranya duduk berdua, makan di luar atau masak di rumah yang menjadi pilihan kawan2?.

Bagi saya la kan, tengok keadaan juga. Kalau suami isteri jenis tak da masa, lebih baik makan kat luar. Tapi sekala seeloknya kasik la dapuq tu berasap juga ye. Sian pulak kat ciksuami kita kan.

Terpulang pada ciksuami masing2 la kan. Kalau jenis yang tak kisah ok la tapi kalau yang jenis kisah. Sendiri mau ingat la ye :)

Ye, contohnya macam saya sekarang ni. Kadang2 kalau nak makan nasi beriani, saya kena pikir dua tiga kali juga la sebelum nak masak tu. Antaranya dari segi kos bahan mentah dan kuantiti orang yang nak makan. Dari segi penyediaannya sudah amik masa. Kos bahan mentah lagi. Yang nak makan dua orang je. Tambah tolak darab bahagi semua untungnya kena beli juga la. Jimat duit, jimat masa.

Bagi saya ada kekurangan dan ada kelebihannya.

Kelebihan membeli ni dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penat balik keja boleh buat keja lain lagi kan. Nanti kalau dah masak, dah2 tentu nak kena mengemas dapur pulakkan. Orang perempuan ni kejanya tak pernah habis. So, pandai2 la bahagikan masa untuk diri sendiri juga. Kekurangannya tak dapat la nak merasa air tangan isteri kan.

Kelebihan bila memasak pula ialah dari segi kebersihan. Comfirm la terjamin kan. Hasil air tangan isteri tu lain dari yang lain. Itu yang penting. Yang syoknya kalau masak sendiri ni, kita boleh ulang makan 4, 5, 6 kali. Hihi. Kekurangannya kos bahan mentah.

"mmmmmmm.." tepuk dada tanya selera masing2 ye. Nak makan luar atau nak masak.

Pandai2 la ye buat pilihan. Walaupon saya kadang2 dalam dilema juga. Yang penting kena ada persefahaman kedua pihak ;)

pppsssttt: Nanti saya bagi contoh kos bahan mentah untuk saya siapkan Mee Hailam ye. I kasik tunjuk gambo dulu ye. Hihi :)


Previous
Next Post »
33 Komentar untuk "Masak atau makan di kedai. Mana lebih berbaloi?"

cik su rajin mask..cik nor mkn kat kdai jer..hihik

husna dgn husband suka mkn kat umah je..wpun masak 1 jenis, tp dah cukup menyelerakan..makan kat luar sume sama je...hehe

masak sendiri lagi best dan sedap kot...

Macam ROs, hari berkerja memang beli je Cik SU.. tak berbaloi nak masak.. duduk berdua.. lagipun suami Ros bukan bkerja office hour. Tentera kan. kadang tak balik, kadang balik tengah malam.. memang tak makan dah la kan.. kalau hari minggu baru Ros masak.. tapi, kadang -kadang masak juga hari biasa pun.. masak yang simple.. macam goreng mee ke, goreng nasi ke, buat cucuq ke kan.. kedua-duanya pun memang ada kelbihan dan kekurangan.. kalau berkeluarga, better masak. lagi puas hati nak makan kan.. nak membeli macam mahal.. kalau berdua tu, dan dua-dua kerja pulak, baik beli je. kadang kita balik dah malam. bukan nak makan sangat.. hihihi.. panjang pulak komen ni.. macam buat karangan.. hikhik

hari keja beli.. kalau hari cuti kena masak :)

pada Farah...eloklah masak sendiri, makan pun puas, tak ada nak disukat2... ini kalau makan kedai, budget2...silap2 expenses lagi bertambah...macam mana nak jimat duit cenggitu...lagi satu apalah function seorang isteri kalau sekalipun dapur tak berasap...

Qaseh.. kdg2..sy mkn luar..masak juga seminggu 2 3 kali tapi simple setakat nasi ayam..sambal ayam/ikan..masak kicap..tp kos makan kat luar pun agak tinggi..dan tahap kebersihan kdg2 tak pasti..erm...masa je kdg2 mcm tak cukup nak masak..hehe

Kalau setakat yg mkn 2-3 org lbh baik beli jerk, tapi kalau ramai lebih afdal masak.. :D

For me akak prefermasak sendiri..jarang mkn kat luar...

Kalau fikir dari kos. Mmg untung beli dah siap. Tp mcm cik sue ckp kebersihan lebih terjamin bila masak sendiri. Tgk pada keadaan juga. Kalau nak cepat dan mudah beli. Ada masa jemu, masak sendiri.

Kalau kat Malaysia, makan luar sangat berbaloi kalau setakat berdua, macam saya dulu, kalau masak pun tak tentu lagi boleh dimakan atau tak hahaha. Kami kat sini takder pilihan terpaksa masak sendiri, hangus rentung pun telan hehe.

akak kan kalu letih memang soh2 x masak..beli je..

saya jenis tak kisah sebab orang rumah pun kerja. dia pun letih gak. kalau dia nak masak pun ok. kalau beli pun ok je. hehehe

terpulang pda individu.. zaza memang masak kalau cik somi ada umah, sb dia memang suka mkn kat rumah sekali sekala mkn luar tu ada jgak.. nak2 time dpt gaji hehe
#klu cik somi outstation bru pkir 2-3x nk msak ke tak haha

ermm..masak sendiri pun okay,tapi jgn tlalu byk nanti mbazir...kalau sekali sekala mkn luar pun okay jugak.. :)

pada sy masak air tgn isteri tu lg penting,terjamin bersih dan sihat..sekali sekala beli ok jer!

hailam adalah peberet sy..:)

Kalau dua orang tu baik je la beli kedai...kalau ramai baik masak..padapendapat saya ler

Akak tgk keadaan, kalau penat sgt tapau jer. tapi selalunya masak. Walaupun yg simple2. En suami pun mmg suka akak masak sendiri.

bagi deqla pulak, sesekali nk mkn kat luar pun ok jugak.. mcm tu jugak kalo memsk.kalo rajin pun jalan je..hihi.. hubby deqla x kesah..tp deqla lebih suka msk sendiri sebnrnya.. janji xde sape kaco kat dapor.. baru feeling msk tu timbul..hahaha...

Sedapnya Mee hailam.. dah lama tak makan :)

Kalau sorang tu baik beli je la. kalau ramai ramai masak la kat rumah. Lg sedap.

jijah pon kdg2 rasa xberbaloi masak sebab jijah yg makan sorang..asben kdg2 xmakan.. kdg2 lauk buang je..huuu

saya macam ciksu juga..tp kalau boleh masak sndiri la..tu niat saya. bakal en.suami pun dah bgthu awal2 taknak mkan luar bila dah kawin.so, stndby je la..hehe

memasak sdri lbih puas hati.. hehe.. nk lgi puas hati.. suami mskkn.. hehe

sy masa berdua dulu...memg masak..jarang mkn dkt luar. nak wat mcm mana.dpt suami yg suka mkn dkt umah hhuhuhu

Dah 3 entri pasai mee hailam je ni hehe

msk sendirilah lbh ummph,sbb kn citarasa

Masak kat umah lagi berbaloi. Terjamin kebersihannya. Macma saya yg anak 3 ni. kekadang tak sempat nak masak. Terpaksa kedai tolong masakkan...hehehe...Tapi tak der lah sampai hari2.

M suka masak..cuma sekali sekala kena ubah selera pi mkn kat kedai gak..ha ha

tengok keadaan. kdg2 beli kdg2 masak. sbb kdg2 mak takde idea nak masak. hihi..

bg akak bergantung pada apa yg nak dimasak,kalu beli lebih berbaloi akak beli je,kalu jenis kena masak banyak2 tu, akak akan suruh adik beradik datang rumah makan ramai2..hehehe sebab akak suka cuba masak jd panggil adik beradik jd tukang rasa

dlu masa keje, mmg akak beli je..bila dh jd surirumah ni, kenalah selalu msk..tp kdg2 ade jgk "cuti msk" sbb bila fikirkn berbaloi ke x..kdg2 rasa mcm msk skit, tp mesti ade jgk x abis..kami tgl 3 org, tp masing2 x mkn byk..:-)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF