Persediaan Mental dan Fizikal

oh ya, bagi yang belum tahu, kami bernikah pada 15-11-2007. selepas bernikah kami pernah jadi pasangan jarak jauh (pjj) untuk beberapa bulan.

 saya di penang, suami di kL.
selepas saya resign di penang, saya pindah ke kL, elok dapat kerja di ofis, suami pulak kena posting ke JB. maka kami pjj kembali untuk beberapa bulan. tak lama kemudian, saya ambil keputusan drastik setelah berbincang dengan ahli keluarga, resign lagi. ikut suami ke JB pulak. di JB, barulah ada istilah duduk sebumbung. walaupon duduk sebumbung tapi kami kerja shift. so, agak jarang nak berjumpa  kekadang jumpa waktu lunch, itupon dating kat luar. saya kerja swasta, suami kerja gomen. memasing cuti tak sama. agak susah juga la masa tu. kalau cuti, memasing nak rehat, penat bekerja.

oke, cukup bab tu. hikhiks. pengenalan. tapi bukanlah sebab pjj kami belum ada anak, semua ni ketentuan Allah. ada juga pasangan yang pjj, boleh je beranak pinak. so, rezwki seseorang tak sama. bagi yang belum berkahwin, jangan takut ye.

pada mulanya.. kami laki binik memang tak kisah sangat sebab pikir positif kan. lagipon memasing sibuk dengan tuntutan kerja. tak ada la nak pikir sangat bab anak ni. cuma bab sunyi tu memang tak dinafikan la sebab dah lama nikah, kan ! tapi just enjoy dengan life kami masa tu.

sebelum2 tu, saya sebagai isteri pernah juga luahkan dekat suami, ajak suami pergi check up. tapi tahu2 lah orang lelaki ni, kan ! ada saja alasannya. so, sebagai isteri, ikut ajelah kehendak suami. salah satunya maybe dorang belum ready. saya pon ajak2 ayam gitu je. so, memang tak paksa la walaupon keinginan nak buat check up tetap ada.

akhirnya kami buat keputuasan bersama. semuanya bermula pada tahun 2011. masa ni, bila saya ajak suami buat check up, suami angguk2 aje tanda setuju. maknanya suami dah ready dari mental dan fizikal, lah ! sebab masa ajak tu, memang tak banyak alasan diutarakan. rasanya gara2 bila ipar dan biras mengandung kot.

maybe belom rezeki kami lagi. Tapi sampai bila nak cakap belom rezeki kan. Kena la usahakan sesuatu, ye dop ! 

Sebelom meneruskan misi kami memang dah berjanji dan amik kata sepakat dari awal lagiSebelum amik keputusan untuk cuba perubatan moden ni perlu buat perbincangan sebaiknya. Amik masa sikit, duduk berbincang. Luah dari hati ke hati. 

Maksudnya di sini perlu ke kita buat rawatan ni? Untuk apa? Jangan ada paksaan untuk mana2 pihak. Tak kira la sama ada pihak suami atau isteri. 

Walauapapon yang terjadi, kena teruskan. Kena ada kerjasama dari segi komitmen sebab masing2 main peranan kan. Biasalah tuntutan kerja. Kebetulan masa ni saya baru je lepas jaga wisya, so, memang tak terikat dengan mana2 syarikat. Hanya cik abe yag perlu curik masa sikit. Inilah pengorbanan namanya.

Macam saya kata perbincangan bersama antara suami isteri itu penting. Bila dah buat keputusan untuk menjalani rawatan, kena fokus, itu yang utama. Tak nak la buat separuh jalan kan, macam mana nak nampak hasilnya nanti. 

Kadang2 ada kes, pihak suami tak nak bagi kerjasama. Tahu2 sajalah kan sesetengah suami tu macam mana. Ini terjadi dekat member saya. Si isteri dah buat semua rawatan tapi si suami tak nak bagi kerjasama, so, macam mana kan. Sia2 je la kalau si isteri je yang buat. tujuan buat rawatan bukan nak cari kekurangan sesiapa, terimalah seadanya. jika ada masalah, kita berubat cara ada masalah, jika tak ada masalah, kita usaha cara tak ada masalah. haaa, gituu. yang penting kena sentiasa positifkan diri. apa yang pasti setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. so, kuncinya kena REDHA SEREDHANYA. ITU KUASA ALLAH. SIAPA KITA UNTUK MEMPERTIKAIKANNYA ?

Buat rawatan kat hospital memang amik masa sebab tu saya kata perlu siap sedia dari segi mental dan fizikal termasuk juga kewangan. Bab rawatan ni jangan buat main2. Baru la misi akan capai sasarannya nanti. Kita berusaha.. in shaa ALLAH.. :-*

pppsssttt: cakap dah berusaha tapi hakikatnya tak buat apa2, acaner !


Previous
Next Post »
23 Komentar untuk "Persediaan Mental dan Fizikal "

insyaallah. kalau rezeki tak kemana. hihi.

Usaha tangga kejayaan...Tawakal serelah kita berusaha....

kalau tak nak beri kera sama susahlah..

:D:D wish u guys luck, always :) yer la kita mana boleh tawakkal jer kan, kena jugak letka usaha dan doa. Insya Allah... mudah-mudahan.

Sabarlah duhai hati... banyakkan berdoa... saya pernah tulis satu entri tentang mendapatkan zuriat di sini:

http://dialoguda.blogspot.com/2013/03/petua-dan-doa-mendapat-zuriat.html

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu ciksu...

in shaa Allah smp masanya nti pasti ada ezeki tuk CikSu..

Ciksu sihat?moga sihat2 hendaknya tau :)

ye, kalau nak buat sesuatu rawatan, memang kena bersedia dari segi fizikal dan mental.. bukan satu pihak je, tapi kedua-dua pihak..

Ciksu dah buat rawatan kat hospital ye?.. boleh share prosedur dia tak?..

tak apa...yg penting dah ada perancangan. Ini jugak perancangan Allah utk hambaNya. Jangan risau sangat ye. Kawan2 sy ada yg menanti zuriat masing2 6, 7,9 & 12 thn...mereka juga bahagia sebelum ada zuriat. Ada juga yg masih menanti sehingga kini. Sabar & berfikiran positif selalu.

apa2 pon akak doakan yg terbaekkk utk kalian, InsyaAllah d permudahkan urusan...

inshaallah moga lpas ni rzki ciksue ya ;-)

Ada rezeki nnt tu..yg penting jgn berhenti berusaha dan terus berdoa ya.. :D

Betul tu QR...dua dua kena bersedia dan bekerjasama...Insyaallah...kalau ada usaha tentulah membuahkan hasilkan!

Betul tu. Usaha tangga kejayaa. Jangan mengalah sebelum berjuang.

Sis, mungkin u bley join TTC group. Bley berkongsi cerita dan info. Member saya ni salah sorang yg tgh buat rawatan ☺

http://akubukanblog.blogspot.com/

setakat ni berusaha mkn ubat la apa la..hihi.. tp x pegi lagi check up.. hari tu ada la check k up just nk tgk deqla ada fibroid x..lebih kurang gitu la bunyinya.. tp lps tu doc klinik sunggest p sepital check.. hubby bz pulok.. mmg sama2 kena check up kan? laki bini?

takpe jan putus asa ciksue... In Shaa Allah, Allah akan makbulkan doa ciksue

usaha,doa dan tawakal..jgn putus asa Insyaallah ada rezeki..cuma belum masanya lagi

Hheeee. :)
Sama2lah kita berusaha lagi..

Setengah org cakap-berusaha keras ;)

Insta allah ada le rezeki tu nanti.

insyaAllah ciksu..moga2 usaha tu berhasil ye.. yang pnting sabar dengan takdir Allah..mana tahu Dia bagi lambat dan twins terus diberi.. =)

betul tu.. kerjasama & sokongan dari pasangan sangat penting kan..

semoga segala usaha yg dilakukan akan berhasil

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF