Resepi Mee Hailam. Nak cuba silalah. Hihi


Menu Mee Hailam dengan homemade Air Kurma Merah :)

Disebabkan hari sabtu baru ni terlebih rajin, ditambah pulak stok barang ada dalam peti sejuk maka berasaplah dapuq saya tu.

Hanya tambah beberapa barang saja untuk melengkapkan menu Mee Hailam saya tu. Antaranya daging, fish ball, jagung muda dan sawi. Yang lain semua dah sedia ada :)

Saya tak guna ayam dan sotong sebab saya alergic dengan dua jenis makanan tu. Kalau makan comfirm lepas tu naik bijik2. Huhuhu.


Saya masak Mee Hailam yang simple je.
 Selera untuk memenuhi tekak orang bujang ^____-

 

Bahannya:

Mee kuning sebungkus 450 gram
  • Udang saiz XL dalam 400gram
  • Daging batang pinang dalam 1 mangkuk je
  • Lobak merah 1 batang
  • Sawi dalam 3 ikat
  • Jagung Muda 1 bekas
  • Fish cake 5 keping
  • Fish ball 1 plastik
  • Tepung jagung - bancuh dengan air sejuk.
  • Lada hitam - tumbuk. Nak pedas atau tak terpulang. 
  • Sos tiram -secukup rasa
  • Kicap mee-sehitam yang uols nak. terpulang k
  • Gula dan garam sesedap rasa
Bahan kisar:
  • Bawang putih, bawang besar dan halia -kisar
  • Cili kering -kisar
*saya guna bawang kisar dalam satu senduk kecik.
* cili kisar pon saya guna dalam satu senduk kecik juga.

Bahan Hiasan Mee Hailam:
Kasik cun melecun sikit. Hahaha :p Apa yang saya ada. Antaranya
  • Daun sup 
  • Daun bawang 
  • Bawang goreng 
  • Cili merah 
  • Limau nipis (stok dari kampung, mak saya ada tanam pokok limau nipis)


Caranya:
  1. Mee basuh, celur, sejat.
  2. Daging potong nipis, basuh, sejat. Rebus daging untuk amik airnya. Biar daging lembut, asingkan.
  3. Udang kopek kulit, basuh, sejat, sangai tanpa minyak, kisar dengan air then tapis ambil air udang untuk dijadikan stok.
  4. Tumis bawang sampai garing, kemdian masukkan cili kisar. Biar sampai pecah minyak.
  5. Kemdian masukkan fish cake, fish ball dan daging. Biar kering/ garing.
  6. Dah agak garing masukkan stok air rebusan daging. Biar mendidih.
  7. Masukkan sos tiram, kicap pekat, lada hitam, gula dan garam.
  8. Masukkan lobak merah, jagung muda. Biar empuk.
  9. Masukkan udang. Biar mendidih lagi.
  10. Rasa sesedap rasa, baru masukkan sawi.
  11. Sebelum tutup api masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Nak pekat atau cair terpulang la ye :)
Tadaaaaa..
siap sudah kuah Mee Hailam :)

Tergoda tak nengok kuahnya. Hihi. Stok untuk 1 hari 1 malam. Hahaha. Dok la perangat kuah ni pagi, petang, siang, malam.
cuba tau jangan tak cuba.. memang sedap ini Mee Hailam :)

pppssssttt: Selalunya saya guna periuk telinga ni la untuk buat kuah sup atau gulai.
Kuantiti untuk 2 orang makan.



Previous
Next Post »
33 Komentar untuk "Resepi Mee Hailam. Nak cuba silalah. Hihi"

sedapnya nampak.. nak try la.. ROs suka makan mee hailam.. tapi tak pernah try buat..

oooo ok... tau dah...boleh masak la lepas ni...

wah sedapnya ciksu..tp amy dlm pantang lg..xleh try..hehe

owh..sungguh mengiurkan kuah tu haha, ..pcl dah pakat2 dgn mamaD..puasa ni nak buat makan pasta je masa berbuka ..tgh kumpulkan segala jenis resipi berkaitan. Taknak makan nasi....

auww.. tergoda ai... hihi... dah la tgh lapar nii.. cik sue ni mmg berbakat sungguh dlm masakan kan... ;)

Sedap nampaknya kuah me hailam tu.

Nanti boleh cuba

Mak oi..byk untuk 2 org mkn ni....leh repeat byk kali...

wahh..nampak sedap..nanti bila2 bolehlah cuba. :)

Bagus ni untuk buka puasa nanti.. nyum2..

Sedap sedap. Akk suka mknn yg berkuah ni. Menyelerakan.

amboii sedapnya ciksu oi..terliur jijah ni..

wah! sedappp nya sis...
nak cuba lah nti..jarang dpt makan mee hailam ni..:)

dah kawin nti kena terjah blog ciksu selalu la..hehe..
ciksu, kalau la resepi2 ni dibukukan, confirm tebal kan.. =)

sedapnyer ada udang besar... mee hailam bunda lain sikit..xder cili kisar..tq share..

uih sedapnya... untuk penuhi selera org bujang ke?

yati pun selalu camtu klu weekend, msk siap2 tuk mkn mlm sekali

air kurma elok utk kesihatan kita tu ciksu....

tengkiu share resepi, jaa belum penah buat sendiri lagi mee hailam ni...

Suka gak makan mee hailam ni .... Tp buatnya je jarang! Hehe

mmg mudah nak buat & sedap rasanyer kan !

Tq share resepi, buka pose nnt akk blh la buat sbb xpernah lg msk mee hailam.. :D

Thanks for the resipi sue. Nnt bley try.

Terlioq plak tengok mee Hailam ni di siang ari..

ciksu kalau udang tu ganti dengan ayam sahaja boleh tak? kami allergic seafood. jawab tau.. ;)

ada menu ni kalu rajin boleh la akak try nanti

ada resepi mudah dah... bole masak jk bila2 kepingin nak makan :) sedapnya

www.mnmforlife.blogspot.com

Huwaaaa...tengok kuahnya terus tergoda...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF