Pathology Department, Hospital Sultanah Aminah, JB..




Rasanya dah genap sebulan kot tak update pasai TTC Journey saya ni kan. Hihi. Ingat-ingat lupa dah ni. Mood nak berblog pon ke mana la ni. Ntah bila nak sampai balik pon tak tahu ler ;)

Ok berbalik pada hasil ujian darah yang saya amik hari tu. Bagi yang ingin ketahui prosedurnya boleh KLIK SINI.
Jeng.. jeng.. jeng.. hasilnya, alhamdulillah.. normal ;).. lega rasanya.. bila tengok hasil ujian darah hari tu. Ye la takut la juga kan, kot2 ada penyakit yang saya sendiri tak tahu ke. 

Oh ya, lupa pulak nak habaq.. masa saya check up dekat klinik kesihatan pihak suami takda buat apa2 tau, hanya saya sahaja yang buat ujian darah tu.. untuk pihak suami semuanya akan di check oleh doktor pakar nanti :)
 
Sekarang dah dapat surat rujukan untuk jumpa doktor pakar.. dengan adanya surat ni baru la boleh jumpa doktor pakar.. kalau takda surat rujukan ni, doktor pakar tak layan tau ;) kalau takda sila dapatkan dari doktor ye.. klinik swasta atau gomen tak kisah.. terpulang ;)

Asalkan kita ada surat rujukan tu yang mengatakan kita perlukan rawatan seterusnya.. in shaa ALLAH.

Dapat je surat rujukan dari doktor Klinik Kesihatan Sultan Ismail (KKSI) teruih pi Hospital Sultan Ismail (HSI).. ala sebelah menyebelah je pon tu yang teruih pi.. tak mau tunggu lama2.. konon2nya nak choop untuk next appointment la.. sekali pergi.. haahhh, amek kaw.. nurse bagi tarikh dating dengan doktor 27/12/2011..  
Wow, dua bulan lamanya.. sila tunggu dengan penuh kesabaran ye.. lalalaaa

Ok, next :)

 
Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Pathology Department, Hospital Sultanah Aminah, JB.."

semoga segalanya dipermudahkan dilancarkan untuk CikSu yer...

aikk.. tahun 2011? dah lepas la dear.. hihihi.. sila betulkan blk.. kot kompius plak org..huhu..apapun moga dipermudahkan segala urusan ye dear..

Kalau pergi Gov mmg pjg que.. semoga semuanya berjalan dgn lancar.

cik sue buat ujian darah untuk apa sbnarnya?

moga2 berkat usaha akak nanti berhasil. :)

27/12/2011?
Ke ini kisah lama? Eh saya yg tak update ke?..hihi

Betulkan tarikh next appointment tu dik (2013 bukan 2011) hihi...

Harap semua berjalan lancarlah.

2011? tu tarikh dah lupt tu.. hehehehe

Alhamdulilah,kesihatan mmg harus kita utamakn :)

insyaAllah kalau xde masalah ada harapan untuk hamil.. jijah doakan ciksu di murahkan rezeki anak.. Amin..

xpe ciksu,mne tau,x sempat tggu bln 12,dah sangkut..hehe

in shaa Allah,dimurahkan rezeki..

teruskan berusaha.. InshaAllah ciksu.. ;)

inilab entrynya ye. hihi. ok, next. nak tahu kisah seterusnya pulak...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF