Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api



Dah lama Dapur Ciksu tak berasap kan. Hihi. Nak2 masa bulan puasa hari tu, rasanya boleh bilang kot dengan jari, berapa kali je berasap. Itu pon time sahur je. Untuk waktu berbuka memang tak berasap langsung tau. Huhu.


Baru2 ni anak tekak saya teringin nak makan ketam :).. Akhirnya dapat la juga. Alhamdulillah cik abe beli ketam yang berisi la jugak. Memang rezeki kami. Hihi.



Kalau ketam ni saya lebih suka buat sup atau masak lemak cili api je sebab nak hirup kuahnya tu. Sedapnya lain macam. Dengan rasa manis isi ketam tu kan. Kalau goreng saya kureng berminat. Garing semacam je rasanya nanti. Dah tu hilang pulak kemanisannya isi ketam tu.


Orang kata Sup Ketam penawar kepada sesiapa yang demam denggi kan. Nak tahu keberkesanannya kena la mencuba. In shaa Allah, kita berusaha mencari penawarnya kan ;). Semoga dipermudahkan hendak-Nya. Aamiin.


jom masak Ketam Masak Lemak Cili Api yang simple ni, nak :)

  Bahan-bahannya
  • Ketam (3-4 ekor dipotong 2)
  • cili api -nak pedas lebihkan cili, tak nak pedas kurangkan hoccay 
  • kunyit hidup -agak2 la ye
  • Santan sawit
  • Asam keping  
  • daun kunyit secukupnya
  • garam sesedap rasa
Cara-caranya
  1. Nak tumbuk pon boleh, nak blend pon boleh. terpulang hoccay.. cili api, kunyit hidup. pastu masukkan dalam periuk, masukkan air dan didihkan...
  2. Bila dah mendidih, masukkan ketam.. terbalik-terbalikkan ketam tu.
  3. Masukkan santan, kena kacau selalu supaya santan ni tak pecah minyak.. 
  4. Masukkan asam keping.
  5. Garam sesedap rasa.
  6. Daun kunyit, simpul2 campak dalam periuk ye.. kacau2, tutup api.. siap :)
Ppppsssstttt: Kalau suka boleh letak nenas.


 
Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api"

wah sedapnya masak lemak cili api nih..bikin akak teringin le pulak

eh² sama pulak citarasa.. sy baru jer masak ketam masak lemak hai isni hari tu berbuka kikikikikiki

Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa. Saya suka ketam. Masak apa pon sedap!

sedapnya ketam.. dulu kecik2 sempat merasa sebelum kena allergic.. huhu

sedapnyaa ketam masak lemak cili padi..ya Allah lama bertahun sudah xmakan ketam tau kak...huuu

Aroma daun kunyit tu yg sedapp

dah lme m3h x msk ketam..smlm g pasar nampak ketam,x jd beli..mahal..hehe

Sedapnya ketam..akk dah lama x masak ketam :D

perghh sedapnye ketam.. dah lama x mkn ketam..hukhuk

wowww..terliur da tgok ketam cik sue nie..sdapnye..:)

ni feveret Ros ngan husband tau...

This is great Article
Thanks for the recipe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF