Resepi Lala Masak Lemak Cili Api..



Apa daaa Ciksu ni, balik2 masak lemak cili api lagi kan. Itu ler gamaknya kalau dah kemaruk dengan masakan oghang nogori ni. Hihi.

Saya suka sangat makan masakan Masak Lomak Cili Api yang sedara mak saya buat. Memang terbaek. Cukup segala rasanya. Dengan pedas2, manis2 ayam/ daging/ lala/ ikan, masin2. Lengkap la. Udah oghang nogori sombilan katanya. Kalau buat masak lemak ikan keli atau daging siap salai dulu :)

Mak saya belaja dengan sedara nogori. Sekarang saya pula yang belaja dengan mak. Bukan belaja apa pon, cuma tengok cara memasak, kemdian bahan2 yang digunakan. Itu je.


Sedap tau. Sampai hirup kuahnya. Tapi jangan tersilap ye, bukan ciksu yang masak tau tapi mak yang masak. Hihi. Mak masak sebelum saya bertolak balik ke Perak hari raya ke enam hari tu. Alahai mak, macam mana la anakmu tak ingat masakan tu kalau dah sedap sampai hirup kuahnya. Dah la kenyang makan tengah hari tu, selepas Asar sebelum gerak saya balas lagi sekali. Hahaha. Sampai sekarang dok terbayang2 je Lala Masak Lemak Cili Api ni ;)

Nak resepinya ke. Kalau nak meh usha tengok ye. Mana la nak tau kot2 nak mencuba. Hihi. Bagi saya bahan2nya sama je semuanya kan. Cuma bezanya cara dan air tangan seseorang tu.Betul tak?

Apa yang perlu ialah:
  • Lala secukupnya
  • Santan
  • Cili Padi -blend/ tumbuk
  • Kunyit hidup -blend/ tumbuk
  • Daun kunyit - koyak2kan
  • Serai -ketuk
  • Asam keping
  • Garam
Cara-caranya :
  1. Gaulkan lala bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Bila dah mesra boleh ler masukkan santan cair. Kacau sebentar.
  2. Masukkan santan pekat dan asam keping. Masakkan ia hingga menggelegak, masukkan garam secukup rasa dan daun kunyit. Kacau supaya semuanya mesra.
  3. Bila kulit lala terbuka sendiri itu maknanya dah masak, bolehlah matikan api. Siap.
Masak Lemak Cili Api ni lagi pedas lagi sedap kan. Kena pulak dengan ikan gelama masin, sambal belacan, cicah dengan pucuk gajus. Memang terus melekat kat situ ler jawabnya. Hihi.

Ppppssssttt: Masak apa hari ni?


Previous
Next Post »
23 Komentar untuk "Resepi Lala Masak Lemak Cili Api.. "

salam jumaat ciksu,baru semalam akk masak kupang bercili,lupa pulak nk snap..kalo tak dah leh up entry..hehe

sedapnya ciksu.. kta pun suka lauk lala ni..
sampai harini teringat2 masa mkan kat kdah dulu..

lala ni klu msk air dh sedap..masak lomak lglah menjilat jari

lala ni klu msk air dh sedap..masak lomak lglah menjilat jari

lala ni klu msk air dh sedap..masak lomak lglah menjilat jari

sedapnya. resepi masak lemak org n9 mmg cam tu...sy pun ikut jek...betul yg bezakan cuma air tangan..

hari ni luch pizza hut jek...

betul tu lg pedas cilipadi lagi sedapp.. baru terasa kaw..hee

hari ni masak asam pedas ikan tenggiri je :)

lalalalalala sedap lalalalala sedapnya lalalalala...

Lala masak cili, sour sweet dan taucu pernah, tapi yang ini, tidak pernah cuba...boleh cuba ni, thanks CikSu for sharing...

hehe..air tangan mak,memang terbayang-bayang la jawabnya..

nyum3.. x penah lagi try lala masak lemak cili api..slalu mkn yg masak sos je..

akakpun suka masak lemak cili padi...tp lala blom pernah buat lagi..boleh la cuba nnti...campur sayur paku mcm masak siput sedut tu boleh ko ciksu..?

tengok menu pun dah pedas.. hihi..

sedap..sedap.. teringat kat anak buah Ros, Nil. memang minat sangat ngan lala. hihi..

ni makan nasi panas2 sedap ni kan ciksu...siap resipi ni yang bertambah syok nak mencuba nih

Akak pun suka tp la ni lala mhl kan..susah nk dpt yg betul2 fresh...

Dulu lal pun sy suka masak lemak cili padi, tp sejak sy masak dgn tiram letak cili padi lg sedapp terus masak lal sos tiram cili padi, letak serai halia .. perghhh sedapppp tau ...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF