Hari Ulang Tahun ATM ke 80

Alhamdulillah berakhir sudah sambutan Hari Ulangtahun (HUT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ke 80.. selama 2 hari sambutan HUT ATM 2013 berlangsung dengan jayanya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.. alhamdulillah.. ;)

Selama 2 hari tu juga la saya menyibukkan diri ke sana.. hihi.. tak de khoje la katakan.. so, saje le carik khoje :D

Bagi saya sambutan HUT yang ke 80 ni memang mantop.. dari perarakan perbarisannya, demostrasi jet pejuang dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pameran dari 3 cabang ATM iaitu Tentera Darat (TD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), persembahan Badan Kebudayaan Tentera Darat Kementerian Pertahanan (BKTD, Mindef), pameran aset2 ATM dan pelbagai aktiviti menarik lain yang turut di sediakan buat pengunjung.. pendek kata memang terhibur la ;)

Oh ya, sempena HUT ni juga turut diadakan pengambilan perajurit muda tentera darat untuk Lain-lain Pangkat (LLP) dan juga pengambilan untuk pegawai tentera di bawah seliaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).. oh ya, pengambilan Askar Wataniah pon ada juga.. sambutan memang menggalakkan.. tetap berbaris walaupon di bawah terik matahari.. Haaa, baru ler layak nak  apply tentera kan.. hihi..

Kasi tengok gambo ni la dulu ye.. apa yang menarik dan buat saya tertarik untuk ke sana selama 2 hari berturut2.. nanti saya citer kemdian ye.. buat masa ni saya nak balas jejak dulu.. hihi..

Layannn  :D


Demostrasi pada pagi hari pertama 21/09/2013.. terbaek la ;)


Malam konsert dari BKTD, Mindef.. macam tengok konsert artis tau uols.. hihi.. sebab vokal penyanyi anggota tentera yang menyanyi tu semuanya mantap2..


Calon2 untuk Perajurit Muda Tentera Darat pada hari terakhir 22/09/2013.. masih mendapat sambutan..

Nantikan lagi info2 yang menarik yang akan saya kongsi nanti.. tunggu ;)



Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Hari Ulang Tahun ATM ke 80"

mmg meriah dgr nya... tapi sy n suami x g pun... sbtu busy.. plak rasa nak melepaskan lelah sbb sabtu dh kerja... en.somi tntra pun lagi mls nk g.. hehe

ooo, dia open permohonan utk jadi askor ye. Bagus2.

TENTERA YANG BANYAK BERJASA KEPADA RAKYAT..SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA

wah.. rajin.. tp mmg bestkan kalau dpt p tgk...

rajinnya awak g HUT ATM.kalo saya ajak husband saya pg,dia akan bg 100 alasan dan alasan paling logik sebab dia askar dan kami duduk dalam kem.huhuhu..hari2 pun tengok org pakai loreng, trak 3 tan, meriam dengar bunyi tembakkan..huhuhuhu..

wahh menarik ye..cik sue pegi tgk je ke? atau mmg terlibat??

kwn sy pglah.. sy x dapat pg hujung minggu baru ni sibuk huhuhuhu

klu ada kat area utara ni nak jugak pi seronok...

wahhh dapat g sana la...bestnyaa

Selamat ulangtahun ATM buat suami Ros.. hikhikk

kite tgk dlm tv je

mmg gempak

yg gempak tu ada part naik moto scrambler then lompat 10 baris kete tu.

hewhew kecut perut

bestnya cik sue dapat tgk life.. :)

best klu blh pergi sana...tp jauh la plak

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF