Sambutan Hari Ulangtahun ATM ke 80 part 2

sebelah pagi tengok perarakan raksasa
pastu kami balik rumah sebab tengah hari panas kan.
 dah la kat Dataran Merdeka tu tengah tengahnya mana la ada sebatang pokok rendang pon 
yang ada padang yang dipenuhi pengunjung sajok

Memang la booth yang ada tu berbumbung tapi kalau dah penuh dengan manusia
maunya tak sesak kan
so, kami amik keputusan balik berehat di rumah.. lagi selesa kot!

Kebetulan petang sabtu ada pasar malam kat Jalan Tar
lepas asar kami gerak ke LRT Damai
pergi naik train je, senang sikit
bukan jauh nau jarak dari Jalan Tar nak ke Dataran Merdeka tu. hihi
kita jogging sikit je ^_*

Kalau uols nak solat area sini pon ada masjid
so, tak payah risau ye
tempat makan pon bersepah
nak nak pula hari tu hari sabtu 
memang ada pasar malam
lepas buat apa yang wajib dan isi perut dalam koi 9 malam baru kami jalan kaki ke Dataran Merdeka.

Katanya korsert mula jam 9malam
masa kami sampai tu masih dok set up lagi
maka berjalan la kami keliling dataran merdeka tu
bukan selalu kan
malam malam cuacanya sejuk, best sikit 

Sebelum konsert mula kita bergambar kenang kenangan dulu, boleh!

dekat air pancut

 bergambar dengan poteret mantan perdana menteri malaysia. 
tak dapat bergambar dengan tuannya, bergambar dengan poteret pon jadik le. kikiki

 dengan Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Najib

Lebey kurang jam 9 lebih baru la start konsert ni
kami layan dari jauh je
jadik le

pergi semata mata nak tengok konsert yang dipersembahkan oleh Badan Kebudayaan Tentera Darat Kementerian Pertahanan (BKTD, Mindef)
maklum ler pestime kan nak tengok geng tentera buat persembahan live macam tu :)

Keseluruhannya memang terbaek la persembahan dorang. tak mengecewakan penonton yang hadir.
 suara macam retis kot. sedap sangat.

Kami tunggu konsert ni sampai koi 11 malam
tak habis pon, ngantuk + penat 

Tunggu esok pula, 
saya pasti datang lagi. hahaha


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Sambutan Hari Ulangtahun ATM ke 80 part 2"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF