Susunan temujanji di HSI, JB

Entry hari ni just nak share tentang procedure yang perlu untuk rawatan yang saya lakukan.. tujuannya hanya satu.. nak tengok sama ada kami suami isteri ni ada masalah klinikal atau tak.. bukan nak carik salah siapa.. ini semua dugaan dan ujian ALLAH s.w.t untuk kami.. ini bahagian kami suami isteri.. kami redha dengan ketentuannya.. In shaa ALLAH ada yang terbaik untuk kami nanti.. ye la, bersabar tu bersabar juga tapi kena la usaha kan.. kalau bersabar tapi tak da usaha yang dilakukan.. tak da maknanya juga.. betul tak?


Tengok, penuh je susunan appointment saya tu kan.. semuanya bergantung pada kitaran haid saya a.k.a isteri sebelum nak buat apa2 rawatan susulan kecuali untuk SFA..

Untuk si isteri Ujian Darah pada hari kedua period (D2 ). ujian darah yang ini untuk check hormon FSH dan LH. kena amik darah MACAM NI pada 22 Februari 2012.
 manakala untuk ujian darah pada hari ke 21 (D21). ujian darah ni untuk check hormon Progesteron. kena amik darah pada 11 Januari 2012.. 

 Oh ya D2 dan D21 tu adalah kiraan period hari kedua dan hari kedua ploh satu isteri.. tujuan amik darah ni ialah untuk tengok hormon FSH, LH dan Progesteron si isteri normal ke tak normal.. yakni boleh menghasilkan telur atau tak.. senang citer nak tengok si isteri ni subur ke tidak :) 
Ini semua bergantung pada kitaran haid isteri.. ianya nasib ye.. kalau jatuh pada hari cuti am atau cuti hujung minggu maka tarikhnya akan berubah.. itulah masalah utamanya. lagi satu pemeriksaan untuk isteri ialah buat Hysterosalpingogramp atau HSG. in shaa Allah next entry saya kongsikan proses HSG dan apa itu HSG ;)


Nampak tak tarikh 19/3/2012 tu.. sepatutnya tarikh tu saya buat HSG.. tapi apakan daya.. ALLAH MAHA MENGETAHUI segalanya.. inilah yang dikatakan kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang menentukannya.

Untuk pihak suami hanya buat SFA sahaja.. 

Previous
Next Post »
24 Komentar untuk "Susunan temujanji di HSI, JB"

walaupun nur tak berapa tahu sgt, tapi nur cuba untuk tahu..
penting gak untuk masa depan..:)

Salam dinda...


Perlukan kesabaran yg tinggi dn komitmen yg sepenuhnya....serta masa.....moga berjaya

ciksu...semoga segala rawatan berjalan lancar...sy sentiasa doakan ciksu..

banyaknya appointment.. jgn lupa ye.. ;)

Moga dipermudhkn urusan dan dimakbulkan segala usaha...

tak salah berusaha CikSu, semoga CikSu dan suami cepat dapat apa yang dihajati... Farah doakan...

semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin..

byknya ujian kena buat. Tapi ciksu dan suami baus la sebab berusaha dgn gigih. Ada org yg taknak buat ujian ni semua sebab ego.

akak tak berapa nak faham ni..

ooo.baru sy tau..sy kawin belom lg..hehe
moga akak dipemudahkan urusan ye

teruskan usaha.jangan putus asa dan berhenti berdoa.semoga satu hari doa awak dan suami akan termakbul

in shaa allah cikssu, semoga allah permudahkan urusan.. sama la dgn zaza masih menanti zuriat.. sama2 doakan ye! aamiin. :)

moga Allah permudahkan semuanya tuk Ciksu dan suami..amin

insha ALLAH usaha tangga kejayaan..
kita doa sama2 :)

tak sabar nak tau perkembangan setrsnya..cpt2 update ye..

Ujian ujian ginilah rupanys yg depa kena hadapi yeh QR....in sha allah hasilnya akan menggembirakan nanti

xper ciksu ikhtiar mn yg boleh lainya tawakkal jer

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF