Ujian Darah D21, D2 & SFA

 Bermula pada 11/01/2012 amik darah untuk FSH dan LH.. injik2 semut lagi. untuk ujian darah ni tak amik masa yang lama.. just inform kat kaunter pendaftaran kata nak buat ujian darah hari ke berapa sambil tunjuk buku kuning. kalau uols tak pasti atau masih blurr blurr, dekat buku kuning tu nurse ada tulis D21 atau D2.. tarikh ikut pada kitaran haid kita.. kalau sama dengan penggiraan nurse, maka senang la keja nanti sebab tak da perubahan.. kadang kadang tarikh tu akan berubah sebab akan jatuh pada hari minggu atau hari cuti am.. kena sabar banyak banyak k.. lepas tu, pekerja dekat kaunter akan bagitau tempat sekian sekian.. so, pandai pandai le bawa diri ye.. 

Oh ya, untuk ujian darah ni bayaran tidak dikenakan.. kecuali bila nak jumpa doktor, baru kena bayar RM5.. no giliran semua tak payah amik :) m
asa pergi ke kaunter untuk ujian darah ni, uols just letak je buku kuning tu dalam bakul yang disediakan.. tunggu le sampai nama anda dipanggil.. hihi.. Time amik darah ni pon kira nasib jugak.. kalau tak ramai orang, cepat je..




ujian darah D21 (Progesteron/ ISTERI)

11/1/2012 @ 8am
saya pergi dengan cik abe.. kebetulan ujian SFA pon dibuat pada hari yang sama juga.. cumanya kami kena datang ke JB semula disebabkan masa tu kami bercuti.. kami bertolak dari Perak.. masa nak pi spital buat ujian ni, kebetulan pulak moto kami tayar angin kurang.. huhu.. maklum le tinggal tengah panas.. dugaan.. terpaksa la naik slow slow pi Shell terdekat pam angin.. alhamdulillah, settle.. 


Ujian SFA (SUAMI)
11/1/2012 @ 8am
buat serentak dengan saya juga cuma bilik lain lain.. SFA untuk suami.. yakni amik air mani suami untuk diuji.. sejauh mana kualiti dan kuantiti sperma yang dimiliki.. di HSI, dalam satu hari cuma 3 orang saja dibenarkan menjalani ujian SFA ni.. menurut kata nurse yang bertugas bukan senang nak bilang sperma yang dok ada.. boleh berpinau bijik mata orang yang mengira tu.. hahaa
Caranya suami perlu keluarkan air mani yang telah ditentukan oleh nurse bertugas.. sebelum buat SFA tak boleh bersama.. tujuannya untuk tentukan tahap kepekatan & kepantasan sperma tersebut..

ujian D2 (FSH & LH/ ISTERI)

21/1/2012 @ 8am
 Untuk ujian darah D2 ni saya pergi sorang sorang je.. cik abe keja.  huhu..

Pengalaman saya sepanjang buat ujian darah di HSI, JB sangat sangat la cepat & selesa.. tak perlu tunggu lama. 
Dah siap amik darah dah boleh balik.. sekejap je.


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ujian Darah D21, D2 & SFA"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF