AROMA IKAN BAKAR, JERAM, KUALA SELANGOR

Lepas terbabas sampai ke Tanjung Karang cik abe pusing stereng patah balik menghala ke pekan kuala selangor. wah! masa pi tak terasa kejauhannya tapi masa balik, mak aii, jauhnya kita tersasar. huahuahua.
Selesai maghrib kat masjid area Tanjung Karang kami sambung semula perjalanan.

Makanya misi jalan jalan cari makan di aturkan. kata sepakat diambil, kami pilih AROMA IKAN BAKAR, JERAM. masa kat pasar malam SEKINCHAN kami beli kuih muih je. so, kureng mengenyangkan. muahaaaa

 Masuk je area JERAM kena la slow kan kereta. kalau boleh amik ke kanan siap siap. kalau tak silap ada masjid kat depan tu sebelah kanan lepas traffic light. sampai je traffic light tu CER PERATI SIGNBOARD TULIS MEDAN IKAN BAKAR PANTAI JERAM & AROMA IKAN BAKAR, JERAM. bila nampak je signboard tu, teruih belok ke kanan. senang je kan. cer bayangkan. hahaaa. pastu teruih je, kemdian belok kiri. uols akan nampak first restoran yang ala ala pintu gerbang. i tak ke situ. tapi i ke sini.

Tadaaaaaa ^_°



AROMA IKAN BAKAR, JERAM KUALA SELANGOR

Pestime I mai sini. masa sampai tu teruih je pi beratuq, sekali dah siap pilih ikan untuk dimasak, adik tu tanya no meje. aik, kena amik no meje dulu ke.. hihi. sorry errkk, tatau prosedurnya lagi. tinggal ikan tadi pastu pi carik meje. pilih meje yang tak kena bayor. di ulang tak kena bayor.

 "maknanya..?" hahaaa. 
"takda maknanya.."
 jap gi i story hoccay. lex lu :*)

Meh kita usha rege ikan, udang & ketam di AROMA IKAN BAKAR, JERAM pastu baru i citer panjang lebor ye ^_°

itulah regenya. semuanya  SEGAR BUGAR.

Ikan siakap, ikan kerapu memang best la. besau besau je nengok. carik saiz kecik untuk due orang makan tak jupe jupe. last sekali amik yang sedang sedang. tu pon hampir mencecah ke 800 gram la jugak.



ada ikan pari, ikan bawal juga
kupang & kepah pon ada. kami tak amik pon sebab dah selalu sangat makan.
mentarang tak da la pulak. ghasanya bukan musim dia la sekarang kan.

Selesai pilih ikan, kita tengok suasana di AROMA IKAN BAKAR, JERAM pulak ye..

Kalau uols pilih duduk di KERUSI KERUSI MERAH seperti gambar di atas IANYA FREE OF CHARGE
Tapi kalau uols pilih nak makan sambil bersila uols boleh pilih 
SAUNG ATAU BAMBO TAPI DIKENAKAN BAYARAN OK :*)
kalau pilih SAUNG KENA CAJ RM10
kalau pilih BAMBO KENA CAJ RM20


BAMBO kedudukannya betul betul tepi pantai la. kalau malam memang tak nampak pa pe pon. gelap gelita. cumanya uols akan dapat rasa tiupan angin je la. kalau pi petang boleh la nengok sunset. 
malam tu memang best. angin sepoi sepoi je


Ini macam atas jeti la sikit. atas tu pon best. sijuk je bila angin tiup malam tu. sebab nak hujan kan.
atas jeti, malam tu memang penuh orang duduk


AROMA IKAN BAKAR, JERAM turut menyediakan surau & tandas untuk kemudahan para pelanggannya
 surau luas + selesa+ telekung ada disediakan
tandas lelaki ada 4 pintu
tandas perempuan pon luas + bersih

Kawasan restren ni MEMANG LUAS. tak perlu risau. macam i pi hari tu hari biasa. tak sesak sangat. kalau hari cuti tak pasti la kan. kalau tak salah ada juga tempat duduk yang berhawa dingin.


I lebih suka pi hari biasa sebab comfirm tukang masak dia, relax je masak kan. tak da la nak terkejor kejor khenn. nanti sapa yang rugi PELANGGAN jugak sebab apa, sebab chef masak ikut mana dan je janji siap. saya tak suka ok!


Selesai sesi suai kenal. 

kami melangkah masuk ke AROMA IKAN BAKAR lebey lurang jam 810 malam cam tu la. pilih tempat duduk pula depan tibi. memang layan berita la dulu. hihii. pastu sampai la hidangan kami. 
orange juice + apple asam boi. dua air ni RM5.50. kurang ais. sedap je :’)

IKAN SIAKAP 3 RASA RM37.40
  terbaek la. kuah sedap. ikan garing diluar lembut di dalam. 
fresh + tak da bau + besar sangat. 

 UDANG GORENG TEPUNG RM12.00
6 ekorr. rasanya biasa biasa je. macam buat kat rumah la jugak. sos dia sedap. cuma cam manis je. 

NASI GORENG PAPRIK RM4.50 
NASI PUTIH RM1.20  
I order nasi paprik tapi dia kasik nasi goreng paprik. balon je la. tapi rasanya tetap tak boleh lawan ROSDET TOMYAM . ada ke patut dia kasik jagung tua. huk aloh :-)

Memang puas hati la makan siakap 3 rasa tu. terasa kesegaran ikan dia. i makan sampai sendat + padat perut tau. lepas makan tu kan YA Allah rasa macam nak pi baring je kat SAUNG @ BAMBO tu. dengan angin lautnya. macam nak teruih lena kat situ je la. hahaa. kami lepak kat situ lagi 5minit koi 10malam.


TOTAL RM60.60

in shaa Allah jika diizinkan i nak singgah ke AROMA IKAN BAKAR, JERAM lagi sebab nak tengok sunset pulak. hihii


Dah bayar jom balik. masuk je keta hujan turun dengan lebatnya. sepanjang jalan. sampai masuk LATAR EXPRESSWAY pon hujan lagi. 

Sebelum tu i ada ajak cik abe balik ikut shah alam sebabnya LATAR tu kan sunyi semacam je. skali cik abe kata buat apa nak patah balik ke sana. jauh balik le jadinya nanti. 

ok. saya yang menurut perintah. huhuu

Masa ni dalam pala otak dah dok bayang JALAN RAYA MISTERI yang KESUMA ANGSANA citer hari tu. huahuaa

sepanjang jalan dari Tol Ijok sampai la ke Tol Plus Rawang Selatan, sirius tak sampai 10 biji keta pon lalu tau.

Alhamdulillah, kami sampai dengan selamatnya ke parking rumah tepat jam 1120 malam. lega ^_°





Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "AROMA IKAN BAKAR, JERAM, KUALA SELANGOR"

peh..mkn sungguh smpai 60 engget..tpi klu sedp ok la..brbaloi..

peh..mkn sungguh smpai 60 engget..tpi klu sedp ok la..brbaloi..

oo..ade beza yea...tmpat bebayo n x..tpkan tempat berbayo tu mmg nampak best la...hehehe

Salam dindaku..

Kanda nak ke kuala kangsar ni..x sempat lagi nak bc entri2 dinda...tentang cameron highland tu..nnti kanda bg tips di ruang komen blog dinda ye..x tau la sempat atau tak buat entri....

Part ikan mmg sedapkan.. garing dan rangup. Masa dtg baru2 ni terkejut juga tgk ada tempat kena byr. Mungkin ada reason tersendiri buat mcm tu.

menarik ikan siakap tu..teliooo..time masa pegi tu mmng takde musim mentarang coz air laut pasang mati

Best la M tengok tempat ni..mesti syok layan ikan kat situ yek cik Su..

Medan ikan bakar yg kat sebelah aroma ikan bakar tu, lagi murah n lebih sedap.. Bagi saya la.. :-)

Baru dpt nikmati masakan di sini..terliur juga le

wah.. blh tahan harganya... x kisah makan jika berbaloi juga dgn rasa kn..

pergh..sedap jer tgk ikan siakap tu..;)

xpelah skali skala bayor smpai 60 hengget.. janji berbaloi2 kan..

walaupun cerita pasal ikan bakar, Ros lagi tertarik dengan udang tu Ciksu.. hihihi

baru nak try pergi minggu ni tapi tengok komen dari segi rasa mcm tak berbaloi dgn harga...mungkin dah terkenal sebab tu ala kadar jer...

Visit KedaiCikNab

Dulu mmg sedap tp skrg hampeh... tggu 2 jam dpt makanan dah sejuk dan x sedap... mmg x berbaloi..

Last pegi aritu sabtu lepas.. adoii.. tunggu 1 jam setengah baru lauk pertama sampai iaitu siakap 3 rasa dgn nasi putih. . Lauk lain sampai dekat 2 jam.. perghhh... lama sangat. . Anak yg umur setahu pun dah tak selesa lama sgt tunguu.. last2.. makan sikit je yg lain bungkus bawa balik.. rase mmg tak berbaloi dgn harga... kurang sedap.. masak ala kadar jer..

Last wekend pegi.. 2 jam tungu baru sampai..rasa pun x seberapa.. adoii.. penat je dtg jauh2.. huhu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF