Hari Ulangtahun ATM ke 80 Part 5

Banyak yang tak tahu, sekarang dah tahu.
alhamdulillah tambah lagi ilmu saya.

Kalau entri sebelum ni saya berkongsi info

bagaimana nak hidupkan api bila berada dihutan menggunakan bahan bahan semula jadi,
jenis jenis pondok yang dibina semasa berada di hutan dan
malam konsert Badan Kebudayaan Tentera Darat Kementerian Pertahanan (BKTD, Mindef)

Untuk entri sempena Hari Ulangtahun ATM ke 80 2013 ni saya nak share info tentang kenderaan tentera pulak.

Bagi yang tak pernah tengok atau yang dah tahu 
sedia maklum ye, no plat kenderaan tentera bermula dengan huruf 'Z'
kalau uols terselisih atau terlanggar dengan kenderaan 'Z' ni maknanya hak milik Kementerian Pertahanan la tu. 
Antaranya untuk 
Tentera darat ZD
Tentera Udara ZU
Tentera Laut ZL
kalau ZZ atau Z tu hanya kenderaan rasmi yang digunakan untuk Mindef

Arwah adik saya dulu pemandu ZD. 
Arwah tentera darat di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah.
 Arwah berada di bawah Kor Perkhidmatan Diraja (KPD).

Entri ni nak share mengenai jenis jenis kenderaan tentera yang digunakan semasa di medan perang yang mana ia menyediakan kemudahan buat perajurit melengkapi kehidupan mereka. ye ke erk. saya pon dah lupa. kuikuikui
kalau tersalah info maap dipohon.

Antaranya


Ini namanya Mobile Laundry
  • Boleh memuatkan sehingga 25 kg pakaian untuk satu satu masa
  • Termasuk boleh mambasuh dan mengeringkan pakaian
  • Berat 3500kg
  • Buatan Germany



Ini pulak namanya Mobile Shower
  • Boleh memuatkan 80-150 orang 
  • Terdapat singki basuhan yang memuatkan 4 buah paip dan terdiri daripada 6 ruang. antaranya 
  • 3 ruang bilik mandi
  • 2 ruang tandas
  • 1 ruang urin
  • Buatan France
Ini namanya Dapur Medan

  • boleh digunakan untuk memanggang, menggoreng dan mengukus
  • boleh memuatkan 300 anggota dalam masa 2 jam
  • buatan Istanbul, Turkey



Ini namanya ambulans
pandangan depan


ambulans dari pandangan dalam
boleh masuk 4 orang sekaligus
berguna kalau time perang
kalau tak silap saya ambulans ni kalis peluru kot. lupa dah


 dengan kereta kebal

 KEMBALIK
lebih kurang macam towing la jugak

 budak budak la sronok naik semua ni
cer tengok kat belakang saya tu

last sekali meriam yang digunakan semasa OPS DAULAT di Lahad Datu..



Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Hari Ulangtahun ATM ke 80 Part 5"

Memacam rupanya namanya.....hehe selalu kenal lori je haha
Kalau okje kurang minat nak tengok ni Sue...

lya bru tahu kewujudan mde2 ni semua.. siap ada mobile laundry bagai... slama ni tahu ada truck n kereta kebal tu je..

Banyak benda saya baru tau jugak ni, siap translate direct to papa JJ hahaha. Sorang my abang askar and my adik pun askar, tapi tak pernah ambik tau pasal ni semua huhuhu.

bestkan jalan2 mcm ni...boleh tambah ilmu...

Ilmu utk dikongsi dinda....tq..kandapun byk yg x tau....

byk informasi menarik kat sini yer... done clik2 nuffnang !

bestnya dapat pg.. sape amikan gambar2 ni.. abe ker??

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF