Jenis-jenis emas

Emas atau mas ada banyak jenis kan. yang paling femes di amos mas 916. untuk dijadikan perhiasan.

Kalau emas 999 ianya adalah pure emas maknanya emas ni tanpa campuran kandungan lain. 99.9% adalah pure emas. ada yang panggil mas 24k. maksudnya mas 24karat.

Kalau nak beli mas kita kena la cari yang jenis mas tumpat. sebab mas tumpat ni tahan lama dan paling terbaik untuk dijadikan perhiasan. giteww!

Emas ni sebenarnya lembut, so, ia nemerlukan campuran kandungan2 lain bagi mengukuhkan bentuknya. supaya tahan lasak.

Meh nak tunjuk jenis2 mas serta kandungannya.

 emas 916

 emas 950

emas 835

emas 750

Saya memang suka barang kemas tapi tak da la sampai nak kalahkan mami jarum. kikiki. pakai sekadar boleh. tak leh simpan lebih2. susah juga zaman sekarang ni. kalau pakai barang kemas ada risiko tak pakai pon ada risiko means kalau kita simpan kat rumah la. kalau simpan kat Ar-Rahnu tu lain citer pulakkan. So pilih yang terbaik.

Risiko kalau pakai takut kena ragut la pulakkan. setakat ni saya tak pernah kena lagi la. tapi pernah jadi kat member saya. tengah2 bawa moto tetiba si penyangak tu nak tarik gelang tangan yang dipakai. member saya kata penyangak tu masih baru belom expert. kiranya tak dapat la. nasib baik tak jadi pa pe. lau tak, tak dapat nak bayang. barang kemas hilang, sakit pon dapat.

Kalau dah ada barang kemas tapi tak pakai. Means tinggai kat rumah pon sama. saya ada pengalaman untuk ni. huhuhu. 

Kisah ni jadi dekat saya masa baru sebulan nikah. gelang tangan & subang saya hilang dalam rumah sewa saya. kejadian berlaku waktu malam. saya tengah tido tu. rasanya macam saya kena pukau je. sebab memang tak sedar. sedar je waktu pagi, semua dah berterabur. huhu. sedey memang sedey sebab gelang tu hadiah kawin. tapi nak buat macam mana bukan rezeki saya. masa saya beli harganya RM1600. trauma la saya masa tu. dok ingat ja kat gelang tu. kejadian sebelum puasa hari tu pon saya hilang subang lagi. huhu. 

So, bila pakai barang kemas, kita sebagai pemakai ni kena la sentiasa berhati2 dan beringat walau di mana kita berada. apa yang penting safety first. tak gitu cik jemah!

Sekarang ni tengok mas seronok2 ja. setakat tengok je la. beli nak bagi kat sapa lagi kan yang dok ada pon cukup la. maklum la saya belom ada anak. kalau ada anak pempuan confirm saya perturunkan. kemudian saya tukar yang baru. kikiki. lagipon saya anak pempuan tunggal dalam family. adik2 saya semua lelaki. 

Bagi saya beli barang kemas mahai2 tak rugi sebab boleh digunapakai time sesak2.
harga mas tak pernah jatuh. turun naik sekali sekala tu biasala kan.

Lagi satu emas tumpat ni sentiasa ada nilai sama ada untuk belian, jualan atau gadaian. 

Tapi kalau dah kena kebas memang putih mata la. apa pon tak boleh.. huwaaa.. waaa 



Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Jenis-jenis emas"

kite x mnt sgt emas kuning ni
sbb rs mcm makcik2 pulak hiks
kite suka emas putih
tp emas putih ni beli mahal
tp jual blk murah sgt -_-
ibu adalah beli barang kemas kt kite
tp kite x pki sgt pun
pakai time raya je tu pun pakai kejap je hihi

cikna tak minat emas.. nasib baik gak, kalo x jenuh duit abis asyik beli emas je.. hehe..

ooo utk berubat, semoga istiqamah.. inshaAllah mujarab.. sama2 doakan ye.. :)

Ha borak mas kita kali ni :D I kalau ada lebih duit mmg nak beli emas tapi as u said, risau mana nak simpan,pastu kang kita terlupa nak bayar zakat kang satu hal pulak yer. I tak suka pakai.

zaza mmng suka emas dri beli hp cangih2 hahaha...emas lgi byk untung! :)

salam dinda...

emas tu kan perhiasan wanita..bak kata pepatah...emas jua dipandang org...ewahhh..tp kanda tak mampu dah beli emas buat masa ni..dah mahal sgt harganya...hehehe

p/s kanda ni tak arif tentang kenderaan lah dinda,jenis tayar ke,jenis bateri ke..kanda tau bawa je...hehehe..lepas ni nak belajar lah..kat intenet@blog mesti ada cite pasal kenderaankan...?

selamat lena beradu sayangku...

jijah harapkan emas masa kawen dulu je pakai..hehee

tu pon xleh pakai pegi keje nurse.. sobsob :( jadi simpan jelah..

nur pakai emas, tapi xdelah minat sangat2..hehehe...

selama ni nur tahu emas 916 je..kekek

deqla mcm cikna gak.. x berapa suka sgt ngan emas nih.. mujur la kan.. kalo x jenuh laki nak belikan.. haha..

X minat emas jugak.. Tapi sedih sebab pernah emas suke hilang kes org pecah rumah :( Dah bukan rezeki..

diri ini pencinta emas...hihih~
tapi blm lagi tahap mcm mami jarum dlm filem tuh lagi la..hehe~

Minat juga brg kemas ni..sbb bila susah mmg dpt membantu.. Alhamdulillah adalah jg sikit pemberian suami & beli sndiri..:)

brg kemas mmg menarik perhatian..pompuan klau pakai brg kemas lg nampak berseri seri gitu...

hahah..akak pernah gadai cincin risik...hahaha..geram sbb cincin risik tu besar kan main..dr xleh pakai..baik gadaikan...beli yg lain.kan..mmg berbaloi sbb harganya naik sekali ganda... hihi

Saya pun suka emas ciksu. Skrg kumpul emas utk Luth. Sbg aset dia. Nanti nak belajar senang. Skrg harga emas masih turun kan? Saya paling minat emas 24k la. Tapi betul la, lembut sgt. Tak sesuai sgt nak pakai buat hiasan.

sib baik ciksue tak pape...cuma brk kemas je yg ilang...

tak tahu sangat pasal emas ni. tahu 916 je.. tak minat sangat tapi dah namanya perempuan, ada jugaklah membeli kan. hikhik.

sy baru tahu ni emas ada lain² rupanya selalu dgr 916 jer.. yg lain xtau..

teringat kes kawan kena ragut masa naik motosikal...rugi beribu-ribu gak..tapi mujur dia tak cedera.

memang tak rugi kalau beli emas banyak-banyak...;)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF