Ketam Bercili dan Telur

Dah lama nak share resepi ni dengan uols tapi tu la tak berkesempatan. 
Klik SINI untuk tengok wajah wajah ketam sebelum dikorbankan :)

Saya guna ketam bunga. jangan ditanya kenapa namanya ketam bunga. 
saya nda ada jawapannya. 
ok.

Uols dah masak ke?
 kalau ada stok ketam dalam peties kemdian tak tau nak masak apa.
 apa kata uols try buat macam saya buat ni. 
comfirm makan sampai tak henggat nanti. ye ke! 

Asainya saya nak buat ketam telur masin tapi carik resepi dalam simpanan saya dah hilang.
 last last saya goggle je. sekali terjumpa resepi ni kat blog Masya Amir. 
so, saya pon try le. 

Guna bahan yang simple je pong. 
  • Janji ada bahan asas dia. Telur dan ketam.
  • yang lain lain tu macam biasa la. 
  • cili kering -kisar
  • bawang putih, bawang merah, halia dan serai -kisar
  • gula dan garam sesedap rasa.
  • air secukupnya untuk rebus ketam -banyak ke sikit terpulang. kalau nak kuah lebih, lebihkan air masa rebus tu.

Caranya:
  • ketam tu kasik rebus dulu dalam air mendidih. kemdian angkat dan sejat. air jangan dibuang ye.
  • pastu tumis bahan kisar sampai garing atau pecah minyak.
  • kemdian baru masukkan ketam dan air rebusan tadi.
  • bagi didih sekejap pastu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa yang uols nak.
  • bila dah cukup rasa baru pecah kan telur. untuk resepi ni saya pecah 2 biji telur.

macam sedap je. macam sedap je. sedap kew. hihiiii. 
persembahan kena la menarik khenn. kasik cik abe tertawan. hahaaaa.. 

ada dua ekor je. sorang sekor. tak elok membazir ye puan puan. hihihhhh
ini pon dah kenyang ya amat tau. sebab isi ketam ni penoh. 
memang rezeki kami la. thanks kat cik abe. 

kasik zooom sikit. nampak isi ketam tu. banyak kan. 

Akhirnya jadik begini. kikiki. memang sedap la. 
kuah dia pon banyak saya buat cuma saya asingkan dalam mangkuk lain. bila nak kuah baru cedok. 
pastu cicah dengan isi ketam yang dah dikopek tu.

Ya ALLAH, 
memang terasa keenakkan dan kesedapannya.
 Kalau nak lagi sedap uols ratah je tak yah makan dengan nasik. hihiii. 
tak caya cuba la try :D

Nak tengok versi masya amir klik SINI.

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Ketam Bercili dan Telur"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF