LATAR EXPRESSWAY

Kesahnya semalam lepas zohor kami keluar pi sri rampai sebab nak top up stok biodex yang dah habis. lepas dah settle urusan belian, kami gerak balik. tengah tengah drive cik abe terjeling pulak pakcik juai droyan kat tepi jalan tu. singgah beli dua peket droyan. rege dua peket RM10. 

Settle je beli droyan kami teruih menghala ke kuala selangor. pestime ni nak ke sana ; D

Sebenarnya tak rancang pon nak berjalan sampai ke sana. hahaa. ni semua gara gara cik abe la ni. asyik dok tanya sangat. "kita nak pi mana hari ni.."
sekali i terlepas cakap "jom kita pi kuale selangor, nak.."
dengan lajunya dia cakap "jom.."

Dah la beli droyan, baunya dalam keta mak aii, betul betul menguji deria bau hidung i tau. dah la i bukan penggemar droyan. haisshhh. last last singgah hadap droyan kat restoran jejantas sg. buloh. lepas tu baru le teruihkan perjalanan. bau droyan dah hilang. lega ^_*

Oppss, panjang pulak penjelasannya. nak citer pasai LATAR EXPRESSWAY sebenarnya ni. maklum ler baru pestime guna LATAR ni. hihii.
sekali pagi tadi dok goggle ghopenya LATAR EXPRESSWAY ni dah buka pada tahun 2011 lagi. sungguh i tatau hoccay. i kan bermastautin di JayBee sebelum ni. pat tahun kot kat sana. so, memang tak tahu menahu pasai LATAR ni.
"baiklah alasan dtrima pakai.." :-)

Oh ya, i dari Setiawangsa, so, kalau nak pi kuale selangor rasanya boleh tahan la jugak jauhnya. kebetulan pulak semalam pi sri rampai dulu kan. 

Macam mana caranya. meh nak tunjuk. hihii. saja je sebab tengah ghajin ni. nak cuba ingat balik jalan ke sana. lepas ni boleh terjah kuale selangor lagi. banyak lagi tempat best yang tak sempat nak nyinggah. tau tau je la kan, kalau pi secara tak dirancang ni. main serbu tak pakai helmet je. hahaa.

Dari sri rampai kami amik DUKE. kena bayar tol RM2 kat sini.
pastu terus ke TOL JALAN DUTA. 
pastu sambung naik PLUS pulak. kemdian amik susur keluar
 ke RAWANG SELATAN. bayar tol ye. berapa erkk. tak ingat la pulak sebab pakai ’touch n go’ ;)

Lepas tu masuk ke GUTHRIE CORIDOR EXPRESSWAY (GCE). amik je signboard ke kuale selangor. senang. lepas GCE baru le masuk LATAR EXPRESSWAY. pastu teruih je sampai la kena lalu 3 tol hoccay. wah, kemain kan. sekali lalu kena CAJ RM2. kali tiga total RM6. pi balik kena la RM12. itu tak termasuk tol PLUS & DUKE lagi ye.

Sepanjang menggunakan LATAR EXPRESSWAY ni, i rasa memang best la.
antara sebab musababnya ialah perjalanan memang lancar tanpa sebarang gangguan. jalan clear dan perjalanan pon pantas. jauh dari segala kesesakan. tapi rasa sunyi la pulak. tak banyak kereta la baik laluan pergi atau balik. yang tak tahannya sampai 3 tol tu. cer kurangkan sikit kadar bayaran tol tu? 
boleh ke.

Ada juga R&R disediakan. kiri dan kanan. orang niaga tak pasti pulak ada ke tak. kalau nak singgah boleh le. tapi kami lalu je la.

Kalau malam, agak agak berani tak nak lalu?

I tak amik port nama tol tol tu. yang i ingat tol last tu TOL IJOK. lepas tol tu amik persimpangan keluar ke IJOK. pastu belok kiri. kalau kanan nak ke LUMUT.
teruih je. lalu ladang kelapa sawit, pastu ada taman perumahan, lepas sikit je dari signboard ke CENDOL BAKAR kot kalau tak silap, belok kanan. sampai traffic light simpang tiga amik kanan. terus ke pekan kuale selangor.

 "yeay, yeay.. sampai juga ke kuale selangor.."

Ke mana kami lepas tu.

"Tungggguuuuuuu sekejap.." hahaaaa

pppsst: tak da pitcher cam tak best je kan :’)


Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "LATAR EXPRESSWAY"

Kalau nak balik taiping selalu lalu kut situ. Cepat dan x sesak.

Yang I rajin sangat baca siap try imagine semua jalan2 termasuk tol tu dah kenapa? macam la esok2 I nak merayap ke sana. I tak ingat la pernah sampai ke idok ke Kuala Selangor, macam tak pernah jer...

rajin pulak google peta kuala selangor sebab duk berteka teki bahagian mana letaknya ia. ok skang dah jelas.

akak pon pernah try sekali je LATAR nih...tapi kalau malam tobat xmo ikut jalan tuu...takut woo hihi

Saya selalu guna LATAR.. Maklumlah, org puncak alam, kuala selangor.. Hehe..

dulu evrytime saya dan suami ke KL dengan kereta mesti kami akan masam muka. sebab selalu sesat. So sekarang ni kalo nak ke KL, kami ke wisma transit dulu then ambik LRT kalo nak jalan-jalan area kl. somi saya lulus jalan ke wisma transit je

seronokkan jalan2 macam ni..dapat tgk tempat org... :)

nama tu pernah dgr..tapi belum sampai lagi..kekeke

rajinnnya berjalan-jalan yer..dulu masa Form 1, pernah jugak datang ke Kuala Selangor..;)

pernah guna jalan ni last year. masa nak gi kenduri kat umah makngah Ros kat klang. bila nak balik kl, guna LATAR ni. tapi, masa tu tak ramai yang guna CIksu. jalan clear je. siang masa tu. ok la kan. kalau malam?.. jeng jeng.. Ros ni dahlah jenis penakut tak bertempat.. hahha.. husband selalu tegur kalu Ros takut-takut tau.. hihihi. dia kata cuba jadi berani sikit!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF