Muzium Coklat, Kota Damansara

Lepas balik dari Taman Burung Kuala Lumpur kami singgah sebentar ke Muzium Coklat, Kota Damansara.

Masuk adalah PERCUMA

dibuka kepada orang ramai mulai jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari
dibuka oleh syarikat DR Group Holdings Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengeluar coklat tempatan seperti Fidani.

Beginilah ghopenya muzium coklat yang pertama di Malaysia
sebelum pergi saya ingatkan Muzium Coklat ni sebesar Muzium Negara atau muzium muzium lain yang pernah saya pergi.. rupa rupanya macam bangunan ofis sajok
ok la kan tak besar sangat, senang nak memusingnya nanti (^.^)

Alat untuk memproses coklat
kalaulah ada satu mesin ni dekat rumah
alangkah bahagiany daku. hewhewhew

Info berkaitan koko

Chef depan bagi penerangan mengenai coklat manakala chef dibelakang menyiapkan coklat..
lepas siap, boleh rasa tau. hihi

Ada tiga jenis coklat yang perlu diketahui. Antaranya:
  • coklat putih -hanya mengandungi 33% koko selebihnya adalah kandungan gula, vanila dan susu. coklat putih kurang sesuai sebab boleh merosakkan gigi dan menyebakan daibetis.
  • coklat gelap -kandungannya adalah 70% koko. tak berapa suka dark coklat sebab rasanya agak pahit berbanding coklat susu atau coklat putih.
  • Coklat Susu -yang paling sedap & digemari. campuran koko, gula & susu.
pandangan sisi


salah satu dekorasi menarik dalam kedai jualan coklat.. terkesima i nengok ni tau
bunga coklat atau coklat bunga. mmmm, mana yang betulnya errrkk!

ciksu, kak nor & ina



puas baca segala info tentang koko, dah tengok demo chef buat coklat
sebelum balik boleh la beli buah tangan kat kedai dalam Muzium Coklat ni


Ini sahaja yang dibawa balik
sedap rasanya
sekotak RM10.00
setakat nak rasa, boleh le beli kan

FYI harga coklat di sini tak da la murah macam kat Langkawi tu
cuma lebih murah dari kedai kedai atau shopping complex area kolumpur ni je la.

Saya tak beli banyak coklat kat sini sebab malam tu nak bertolak ke Langkawi :)

kami naik bas.. nak tau harga tiket bas semasa bolek klik SINI



Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Muzium Coklat, Kota Damansara"

seyes menarik... dekat pon dekat... tq bg info.. bole terjah nnt

salam dindaku...

bestnya..ramai kwn fb update pic diorg di sini..mcm best je kanda tgk...

kanda dh publish entry hadiah dr dinda tu...hehehehe

ciksu, kalo saya plak suka dark chocolate. Mungkin sbb dari kecik dah biasa makan coklat susu. Bila dah makin tua ni makin perlukan dose coklat yg lebih tinggi. Mcm peminat coffee jgk. Makin lama makin kaw.

wah...kat cni belom pernah g...boleh lah g nnt

saya amat suka dark chocolate! hehe..

ada gak ek muzium coklat... baru tau ni...

menarik!nak pegi,nak pegi..meleleh air liur tgk coklat2 tu..huu

patutlah tak shopping coklat, rupanya nak ke Langkawai masa tu. hihihi..

Ciksu nanti ceritalah perkembangan diri Ciksu, lepas minum Epyra tu.. hihihi. teringin jugak nak try.. tapi, tula nak tahu kesan positif dia dari Ciksu dulu,,..

wah.. cik sue dh smp sini yer... byk x borong coklat?

peminat tegar cekelat wajib pegi nih.. cun melecun la cik sue ni.. =)

whoaa fae suker choc. kalo fae ade di situ sure fae borong byk2 hihi.

kira murah la harga coklat kat kedai tu yer. ni mesti baru jer kan sebab dulu masa saya duk kat damnasara perdana tu, tak pernah tau atau dengar pun pasal muzium ni, kalau tak confirm redah kan. hehe

mesti wangi je kan bila masuk muzium tu... :)

muzium ni lah yang amir pg rombongan kat tadika hari tu.. wah best2 cik su dah sampai kat kota damansara yer... kat belah manae eh.. nak cr jugak.. kwsan opis.. yer...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF