Pasar Malam Mat Sirat, Langkawi

Tempat penginapan dah settle, kita relax relax jap. Lepas maghrib baru kami keluar cari makan.. Tok bawa pergi Pasar Malam Mat Sirat. dibuka setiap hari Ahad ;)

Dari tempat penginapan kami agak jauh jugak.. kena lalu depan Hospital Langkawi.. drive je sampai ke penghujung jalan.. maksudnya penghujung simpang tiga.. 
kalau amik kiri ke airport.. so, nak ke pasar malam amik simpang kanan..
itupon kami siap tanya dekat pakcik naik moto kat traffic light.. hahaa
belok je ke kanan, dah tak jauh.. terang terang dah nampak pasar malam tu..

Bagi saya, Pasar malam Padang Mat Sirat nih, tak da la besar mana. Boleh la.. kawasan kampung kan.. lagipon dah jauh dari Pekan Kuah.

Ape pon meh la tengok 2 keping gambo yang sempat di snap. hu hu hu. jadi lah buat bukti yang kami dah singgah ke Pasar Malam Padang Mat Sirat. hiks. 

 Airil dengan air airnya..
Damia dengan cik tweetynya 

boleh tahan, ramai juga orang.. 
banyak jual kain baju dengan makanan je..

Kami beli nasi ayam untuk makan malam, buah buahan serba sikit juga stok untuk hari raya nanti. Ye la, comfirm kedai banyak tutup kan. beli buah anggur, jambu batu, jagung, kuihmuih, kopok lekor dan sate.. tak da la kami bantei makan malam tu jugak.. simpan untuk esok. senang, kan!

Then kami balik dinner kat rumah.. tapau dari pasar malam. save budjet di situ.. hahaa.

selesai xtvt hari pertama di Pulau Lagenda, Langkawi.. tunggu xtvt seterusnya yek..

Sebelum tu, meh saya share senarai pasar malam kat area Langkawi dengan uols.. 
mana tau kot kot uols nak terjah jugak khenn.. macam kami comfirm pergi sebab memang kaki ronda pasar malam.. hahaaa.. apa yang best pon tak tau le..
 yang penting njoy...

Pasar Malam Padang Matsirat
Hari: Ahad
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Tempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat 

Pasar Malam Ulu Melaka
Hari: Isnin
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Ulu Melaka



Pasar Malam Kedawang/Padang Wahid

Hari: Selasa

Waktu: 6.00petang-10.00 malam

Lokasi: Simpang tiga Dimat /Padang Wahit




Pasar Malam Temoyong (Berdekatan Pantai Cenang)

Hari: Khamis

Waktu: 6.00petang-10.00 malam

Lokasi: Jalan Bohor Tempoyak, Temonyong 



Pasar Malam Air Hangat
Hari: Jumaat
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Berdekatan Bulatan Simpang 4, Air Hangat

Pasar Malam Kuah
Hari: Sabtu dan Rabu
Waktu: 6.00petang-10.00 malam
Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah

Sumber : langkawi-map



Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Pasar Malam Mat Sirat, Langkawi"

tiap2 hari ada pasar malam. Best jugak.

salam dindaku..salam rindu...

banyaknya pasar malam kat sana..habislah duit kalau mcm ni..hehehe

bru je lg dtg cni.. awl bln 11 aritu..
hehe

lasti time Queen g langkawi we all g pasar malam kat kuah tu... ;)

hahaha jelas penerangan untuk cari pasar malam tu, hahaha siap I imagine lagi dari traffic light, ambik ke airport, cehh koya hahaha.

kalau pergi pasar malam biasanya cari yong tau foo, atau laksa atau kepok lekor jer...he he he...

tq kak entry ni:) boleh tgk2 kalau nak ke langkawi nanti,tapi ntah bila la,hihi

uiii ciksu pi pasar malam kat langkawi nooo,berapa hari duk sana?...

rsa nk g langkawi lah lma tak melawat kawasan.hihi

IbuNoey ni kalau dapat pergi pasar malam,borong makanan..;)

senang bila tahu ada pasar malam kan..mmg jimat byklaa... :)

izin copy your p.mlm details..tq :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF