Perjalanan ke Langkawi

Walaupon penginapan kami ditaja oleh tok tapi pengangkutan kami lain2 ye. tak sama. kami pi berasingan. tapi satu destinasi Pulau LANGKAWI. wehooo ;)

Disebabkan kami bagi jawapan last minute maka kami laki binik gerak dengan bas manakala tok sekeluarga terbang dengan Air Asia.

Kami laki binik gerak sehari awal iaitu pada 12hb oktober 2013. naik bas malam. manakala flight tok pada 13hb oktober 2013. koi 12pm. komfem la kami yang sampai dulu nanti kan.. mmmm..

Daku dan cik abe pilih bas sebab nak rehat. memang tak nak drive. penat la.
sedia maklum kan sehari sebelum kami bertolak ke Langkawi, kami laki binik memang sebok sebab saya joined lawatan ke Taman Burung KL manakala cik abe balik kampung sebab sepupunya kawin. so, kami bahagi dua. dua2 sama penting. itu yang terpaksa buat macam tu. janji dua2 pergi kan. puas hati!


Petang lepas balik dari Taman Burung saya jemput cik abe kat LRT Damai. Kalau tak silap cik abe sampai lebey kurang jam 645 pm cam tu dari Kuale Kangsar. balik rumah, kemas apa2 yang patut, masak seringkas yang boleh sebab malas nak kemas dah. hahaaa. sekali sekala, dua tiga kali naik pala la.

Lebey kurang jam 10 pm kami gerak ke Pudu Sentral. parking moto kat sana. RM3 per entry. murah la tu. janji selamat. baru sronok nak tinggai lama2 kan. kalau tak selamat, nanti asyik dok pikir la pulak :-)

ok settle bab parking. masa untuk tunggu ketibaan bas pulak. kami amik bas dua tingkat, so, kena tunggu kat luar Pudu Sentral la. berhadapan dengan Hotel Ancasa.

Punya la tak sabar nunggu bas. eksaited nak pi Langkawi sebenarnya. hihi. mau tak eksaited, lama dah tak pi Langkawi. Malangnya bas kami lambat dalam setengah jam juga. kebetulan hujan renyai2 + jalan jem. al maklum la, orang nak balik ghaya haji kan. itu yang sesak semacam. lupa pulakk nak bagitahu, kami naik bas COSMIC. kenapa COSMIC sebab selesa lah. lagipon perjalanan dari kl ke perlis sangat lah jauh, so, nak lah keselesaan yang tahap maksima. boleh gituuuu !!!!

Seingat saya, saya mula pi Langkawi masa saya dengan arwah adik no 2 ada. masa tu kami dua beradik je. pergi dengan mak ayah. naik feri dari Kuala Kedah. saya kecik lagi masa tu, belom sekolah rasanya. last saya jejak Langkawi pada tahun 2003.
masa tu saya joined Kem Pemantapan Belia KEDA. saya bermalam di Felda Tok Wan Redong. mmmm, lama kan !!! so, ini kali ketiga saya ke Langkawi dan pertama kali buat cik abe..

Update: Parking moto RM12.00

💕💕💕💕💕

Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Perjalanan ke Langkawi "

Salam dindaku..

Owhh..tok sekeluarga naik flight..dinda plak naik bas...ada tmpt utk sewa parking motor kira ok la tu..kanda baru tau....terjamin keselamatan motor tu...hehe

thn 2003:..dh lama sgt tu...10 thn dulul...ehehee.....tertunai juga impian nak buat entry ni ye...ok dh masalah dgn lappy tu ke?

Nak ikotttttt..bila nak habis pantang ni.
nak travel mcm YB sue jugak

ini cerita oktober lepas yea..nur ingatkan ciksue pegi langkawi lagi..hehehe

bestnyaa! nak pegi langkawii!! xpernah pegi lagi..hukhuk

hi cik sue..bercoti nmpak..jeles i..huhu

Teringin nya nak pegi Langkawi jugak. Teringin sangat nak pegi dgn family. Tp kos msti tinggi klu pergi satu family. Family besar pulak tu.

Assalamualaikum CikSu.. selamat pagi ciksu.. memori di LAngkawi.. tak sabar nak baca entry seterusnya berkenaan Langkawi :)

kalau boleh parking per entry bagus la. Kalo per hour nanti pengsan nak bayar. Betul la, naik bas bleh rehat. Tapi lama la perjalanan kan?

teringin gak nak jln2 langkawi, nak bawak baby kecik pulak...

best kan Ciksu g lgkwi..dulu Ai kj sana..masa kj tu rs biasa je tp bila skrg g jln2 rs best sgt..feeling dia lain kan kalo kj dgn jln2 :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF