Popia Basah sedap, terbaik..

Hi :D

Kejap je kan. hari ni dah pon 9hb Nobember. 
pejam celik, pejam celik dah sampai ke penghujung tahun. huhu.

Kalu ikut tahun islam, saya dah tutup buku lame, sebabnya tahun lepas ulangtahun pernikahan saya jatuh pada satu Muharram.
 tahun ni awal muharram jatuh awal dari tarikh anibesery kami.
 masuk buku baru tapi azam tetap yang sama.
teruskan usaha :-)

Ok la takmo sedey2.

Saje je pagi2 nak ajak uols jamu mata tengok popia basah saya ni. oppsssttt, jangan salah sangka ye. 
bukan saya yang buat tapi saya beli dekat pasar malam LRT JELATEK, KL semalam.

Bagi saya popia basah ni memang sedap dan terbaik.

Kenapa?

Salah satu kerana rasanya yang memang mabeles. cukup rasa. 
Keduanya sebab besar. makan sebiji pon dah kenyang.
Ketiga, harganya berpatutan la. 5 biji RM3.50.
Keempat, ramuannya padat. ada sengkuang, taugeh, udang kering, bawang goreng. yang pasti kuahnya memang the best. akak tu tak lokek bahan tau.
Kelima, kulit popia basah ni lembut & lembap aje. tak kering la.
Keenam, POPIA BASAH BEBAS MINYAK.

Saya mula makan popia basah ni sejak tahun lepas. masa mula pindah mai key el ;D

Oh ya, pasar malam ni setiap hari jumaat sahaja. 
kedudukannya berdekatan dengan LRT Jelatek.

Kalau yang berdekatan area sini, boleh la singgah. 
pastu cer try k.

Pasti tak rugi. setakat nak makan dua orang, baik saya beli je kan. 
berbaloi la :-)


Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Popia Basah sedap, terbaik.."

nampak sedappp :D makan during high tea lagi up the feel hehe.

dekat taiping ada popia sedap mcam ni jugak...

jauh plak nak pegi cari ni. Ciksu ni.

gerainya dekat sebelah mane, selalu jugak saya turun dekat lrt tu bila balik keja sekiranya tak memandu :)

memang nampak mengancam popia tu tau.. :)

Salam QR..kat tpt k.atie ni,popia basah klu 5 ketui baru RM2.00..mmg sedap!!

kat sini susahnya nak cari yang sedap

waaa kecur air liur ni kak. dah la tgh lapar ni tskk T___T dah lama tak makan popia basah

Sama je selera kita nih...kanda tak sabar menunggu siang sbb esok kat pasar tani ada jual popia basah yg paling sedap...memang bebas minyakkan dinda.....

selalu gi psar malam tu dulu.. kenangan tu semua... sedap jugak sesekali makan popia basah ni. Tapi kuih ni bukanlah kegemaran Ros.. cumanya kalau bulan ramadhan memang selalu jugak beli :-)

x mahal ke Cik Su rm 3.50?
kalo sini mahal lah tu sbb selalunya 5 cuma rm 2..tp kat sana biasa lah kan,mahal xpe jji sedap :)

pehh.. nampak sedapp tu..patut marveless yer..

Pembukaan gerai kami terletak di taman cempaka
blok 14 berhadapan @mart kempas johor

kami menyediakan pelbagai jenis popia :
popia basah :
-sayur
-speacial ayam
-speacial daging
-special ketam

popia goreng :
-sayur
-ayam
-daging

Popia mini
Popia kacang
laksa johor
tauhu bakar..
juga menerima tempahan utk kulit popia,sos popia,sos rojak,
sos laksa johor,

Boleh hubungi sy call sms whatsapp email
0177423411(ariff)/0108939871(balqis)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF