Pulau Langkawi Part 2

Part 1 klik SINI

nampak je ciksu naik keta teruih Damia panggil "kakak".. hahahhh

Destinasi kami seterusnya carik kedai makan untuk lunch.. kami lunch kat kedai masakan kampung je. makanan pon dah tak banyak.. lewat dah kan.. tak sempat nak snap pic.. 
lepas lunch kami teruih ke tempat penginapan..

Kami menginap di SRI LEGENDA APARTMENT
Kedudukan SRI LEGENDA APARTMENT ni tak jauh pon dari Jalan Pandak Mayah.

 Apa yang menarik kat Jalan Pandak Mayah.. nantikan dalam entri lain ye : D
 Awal tu saya pon tak tau, dekat dekat dah nak balik baru ler perasan.
 Dah banyak hari kan, kalau asyik meronda baru le terang bijik mata. Siap boleh hafal jalan lagi kot! hahahaha

 Hutan sebelah apartment ni.. nak tunjuk gambar burung sebenarnya.. tapi tak jelas la pulak kan.. so, abaikan..

Rumah kami bernombor 3301

Jom kita masuk ke dalam. Tengok apa yang menarik.

Damia yang sebok. Hahaa

Ada 3 bilik. Dua bilik air.
 Dapur lengkap dengan pinggan mangkuk, dapur gas, gula kopi dan peti sejuk. 
Ada mesin basuh juga. 
Ada set tibi lengkap dengan astro. 

Ruang tamu dan ruang makan yang selesa.

Ada kolam renang juga. 
Walaupon tak secantik atau segah hotel  5 star tapi bagi saya apartment ni dah cukup selesa kalau uols bawa family yang besar.

kat tangga tu la Airel licin. Sib baik tak telentang. Huhhh

 Family Tok & Opah :)

 Kat belakang tu macam terbiar sikit. 

 cik ajis wif Airil

 Kolam budak budak. 

Sri Legenda Apartment ni
 teruih terang saya gtau kedudukannya agak jauh dari pandangan laut dan pantai. 
Kalau sesape yang suka dok tepi pantai ini bukan tempat yang sesuai untuk didiami ;)

Tapi bagi kami yang datang,
 just nak dapatkan tempat tido yang selesa kemdian nak keluar jalan jalan ini yang terbaik. Sesuai dengan harga sewanya. Kalau datang bawa keluarga ramai ramai boleh le :)

Antara kelebihan apartment ni ialah kedudukannya agak stategik sebab berdekatan dengan

  •  Idaman Suri, 
  • Pekan Kuah
  • Langkawi Plaza,
  •  Langkawi Parade,
  •  HIG Group, 
  • Taman Burung 
  • paling penting dekat dengan Jetty Point.
  •  Kalau dari airport memang jauh sesangat.

Sewa semalam RM150.00 untuk kadar hari biasa. 
Kalau hari cuti umum akan dinaikkan sehingga RM250.00 semalam. 
Kiranya masa hari RAYA AIDILADHA tu bayarannya jadi RM250.00 la.
Tetiba rasa nak beli rumah dekat Lagkawi pastu buat sewa. 
Masyuk! Masyuk! Hihiii

Untuk yang berminat nak menginap di sini uols boleh contact Amir. 
Amir ni la yang incharge kami hari tu. 
Bagus budaknya. (kenapa saya kata baguih, nanti saya citer dalam entri lain hoccay)

 Oh ya, kereta yang Tok sewa pon bawah dia juga. Tok amik keta Viva.
Sewa sehari RM50.00. Cuti umum naik jadik RM70.00.

So, lengkap semua sekali termasuk tiket masuk ke Taman Burung dan Cabel Car pon diuruskan oleh Amir. Kiranya pakej la :)

Ni no phone Amir ye 019-460 1753. 
Kalau berminat boleh contact dia (^.^)

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Pulau Langkawi Part 2"

salam cik sue...
wah pegi langkawi, bestnya...akak teringin nak pegi langkawi jugak,tak tau bila dpt pegi nih

wah...best juga ada aset kat langkawi ni.:)

bolehla simpan no tepon tu ciksu.. mana tau next time nk g langkawikan... queen pun x kisah stay kat mana asalkan ada tempat tido

bestnya! tak sabar nk tgk apa ciksu borong kat langkawi..hehe..

pandak mayah tu macam biasa dengar jer...

Ala Langkawi tu tak besar mana pun kan, sewa keta pun murah, apartment gini ok la selesa.

terima kasih di atas info. kami selalu duduk di lancon hotel di pantai cenang, betul2 depa underwater world. tapi macam nak try kat apartment ni pulak lah next trip *verangan sekejap*

cantiknya tempat tu..!ade kolam lagi..

mmg..kalau nk p langkawi kn buat rombongan reramai..br best sewa rumah,,..kalau g 3 beranak je cam tak best jer..hahah... cantik rumah sewa tuu...

beshhhh :)

Ai selalu kalo ke sana mmg kena tggal umah akak lah sbb akak dok sana..tp sesekali rs nk dok chalet tepi pantai,wahhh mesti best :)

ada bwk balik coklat utk didiey x???hehehe

Lepas ni ada entry brg2 yg dinda beli kat sana tak?hehehe...bebas cukai kan kat sana....

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF