Pulut Kuning sedap


Ada yang tanya macam mana nak buat pulut ni kan.
Ok. Bagi saya la ye, saya buat pulut kuning atau pulut durian,
saya guna cara yang sama juga.

Cuma bezanya ialah pulut durian saya tak letak santan masa kukus tu manakala pulut kuning pula saya kukus dua kali.
Lain orang lain caranya.
So, terpulang ('',)

Yakni saya rendam pulut tu semalaman. Kalau untuk pulut kuning masa rendam taruk la serbuk kunyit atau pewarna kuning + asam keping (untuk bagi kilat)
Optional ok! Ikut yang mana ada di dapur masing masing.

Lepas tu sediakan la santan kelapa secukupnya, daun pandan dan garam.
 Santan tu campur dengan garam, gaul sebati. Masukkan daun pandan.

Caranya:
  1. Mula mula kukus pulut sampai separuh masak. Agak agak la ye.
  2. Lepas tu baru masukkan santan yang siap tadi. Masukkan santan sambil gaul gaul sebati dengan pulut tadi. Pastu
  3. Kukus lagi sekali. Tujuannya supaya pulut tadi masak sempurna. Saya tak da masa yang ditetapkan. Apa yang saya buat, saya buka tutup buka tutup je check pulut tu sama ada dah masak atau belum. Style mak mak. Style mak saya la sebab selama ni saya tengok mak masak tak da pula dia dok ulang tengok jam. Hihihi
  4. Bila dah masak sekata tu, kiranya dah siap la.
gigih le nak letak jugak daun kari tu. Hahaaa

Pulut dah siap, boleh ler makan dengan rendang pedas, telur dadar, serunding atau kari ayam.

Yang lain lain tu macam dah selalu sangat kan makan.

So, saya pilih buat kari ayam tua. 

*saya masak pulut ni memang tak da sukatan*
*kena pandai pandai adjust santan tu ye, kalau terlebih nanti lembik pulak pulut tu*


Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Pulut Kuning sedap"

Lama da teringin nk mkn pulut kuning tau cik su

makan dgn kari telur... dap dap...

Tak pernah buat pulut kuning. Tau makan jer.

ayam tua tu agaknya ayam pencen la kan..

ayam tua tu agaknya ayam pencen la kan..

Tak pernah kukus pulut QR Okj eselalu tanak je hehe...sebab pemalas kan...Sedapnya mcm teringin pulak nak masak pulut ni

wah nak try jugak buat pulut kuning hehe ;-)

pandai ciksu msk..m3h pun lum pernah msk pulut kuning ni...nanti nak try la..mekasih kongsi resepi

saya fail la bab kukus pulut ni ciksu, tu yg selalu saya tanak jer terus walau kukus tu lagi sedap.

Kat sini kalau mkn pulut durian,pulutnye kaler putih....terliur plak kanda....

mak aih,terliur tengok gabungan pulut dengan ayam kari tu..;)

kalau nur selalu mkn pulut dengan rendang..rasanya lai ummpp..!

hehehe...

kecur liur dah ni..hehehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF