Spaghetti Goreng simple..

Menu untuk makan malam ni simple simple je. janji kenyang perut kami laki binik. alhamdulillah :D

masak apa tew. hihi. 
kite masak spaghetti goreng je. 
guna pakai apa yang ada dalam peti es. 
tak elok membazir kan.
 selongkaq punya selongkaq, hanya ini yang saya jumpa. hahaaa.

meh tengok. sukatan pandai2 la ye. saya masak untuk 2 orang makan je.

1 genggam spaghetti (didihkan air + garam, minyak, rebus, tos)
1 mangkuk kecik daging kisar
1 biji bawang holland (dadu)
3 ulas bawang putih (dadu)
1 batang lobakmerah (dadu)
1 biji cilimerah (dadu)
2 biji cilihijau (dadu)
cilikisar (dua sudu)
ladahitam (1 sudu kecik, tumbuk)
sos pasta adabi (ikut sedap la)
garam sesedap rasa
olive oil jangan dilupa ye. kata nak jaga badan :-)

caranya:


  • tumis bawang holland, bawang putih. bair kuning. kemdian masukkan cili kisar. biar pecah minyak.
  • masukkan sos pasta adabi.
  • agak2 dah didih masukkan daging kisar. kacau kacau biar sebati. baru
  • masukkan lobakmerah. biar sampai lembut. 
  • perasakan dengan garam. kalau dah cukup rasa
  • masukkan spaghetti, cilimerah, cili hijau dan lada hitam yang ditumbuk.
  • kacau sebati. siap. tutup api. 
jemput makan :D

spaghetti goreng dimakan dengan chicken nugget. 
bebola daging tak da. hahaaa.
 boleh je kalau nak menguli bebola daging tu tadi tapi saya tak cukup ghajin la pulakk. hihiii.

makan spaghetti ok la jugak. cepat kenyang. 
tapi saya kurang suka spaghetti goreng ni sebab koring jo ghasonya.
 ini selera tekak cik abe. dia kureng suka yang berkuah.
 malam ni saya surrender masak 1 versi je. hahaaa.

spaghetti goreng sama jus mangga marigold. 
terbaek la. 

selamat malam ^___*

Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Spaghetti Goreng simple.."

Wahai dindaku...

Dalam bermasalah bila ke blog,byk juga entry yg terhasil sehingga kanda terlepas byk...hehehe...

Itu bukan simple tu...byk juga bahan nak disedia tu...hehehe...mesti sodappp...alhamdulillah.jnji kenyang....

wahhh
simple dimple mcm ni la sedap Cik Su :)

spagetti.. abg Ros pulak tak makan .. so, memang tak pernah masak pun spagetti ni.. hihi.

Resepi sendiri la ni ye. main campak apa yg ada dalam simpanan..hehe

akak pun selalu guna apa yg ada kat umah...

sedapnya...boleh cuba resepi nie nanti..

mudah msak speghtai.. mmg disukai oleh suami dan anak... :)

lama x buat spageti huhuhuhu... sy suka dua² x kisah pun yg goreng ker.. yg makan mcm tu semua suka.. janji masak ikut selera tekak sy...

wah,best nih..boleh dijadikan menu untuk AniqFiras,penggemar spagheti..;)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF