Taman Burung Kuala Lumpur

Kejadian pada 12hb Oktober 2013


Terletak bersebelahan Tasik Perdana
katanya ada lebih kurang tiga ribu burung dalam habitat semulajadi mereka dalam Taman Burung Kuala Lumpur ni.. dibahagikan kepada beberapa zon yang telah ditentukan.

Zon 1 dan zon 2 merupakan kawasan penerbangan bebas. burung burung dibiarkan terbang dan berkeliaran
Zon 3 pulak ditetapkan sebagai taman enggang
Zon 4 merupakan kawasan khas untuk pembiakan burung dan amfiteater di mana pertunjukkan burung diadakan setiap hari.

Dibuka  pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tiket masuk ke Taman Burung ialah RM25.00 sajok untuk dewasa manakala untuk kanak kanak RM12.00
macam biasalah kalau nak harga ni semestinya kena ada MyKad dan MyKid
untuk pelancong asing lain reganya

Taman Burung KL ni memang besar.. tak larat nak jalan semuanya
kebetulan pulak masa saya pi tu, sempat jalan separuh je pastu hujan dah mula merenjis renjis ('',)


sebelum masuk, uols kena pakai benda alah ni kat pergelangan tangan

 bagi burung makan

 chak!
sian dia kena kurung

 maria & ani
penat berjalan singgah sebentar rehatkan diri kat pondok yang disediakan ni
belakang tu ada burung emo
tahu tak burung emo tu macam mana. hihi

Syok syok berjalan hujan turun lagi lebat.. so, memang dah malas nak snap pitcher

Ada kedai juai makanan dan minuman.. harga sedia maklum ye mahai ya amat kot.. macam biasa la ada juai air mineral, aiskerim, jagung manis, waffle dsbnya.
Tandas. memuaskan. ok.

Kedai juai cenderahati pon ada tiga kalau tak salah
satu kat dalam, satu kat luar. lagi satu dalam proses ubahsuai
kalau tersalah pandang, maap la ye..

Ini je la yang saya beli buat kenang kenangan
satu ketoi fridge magnet tu RM7.90
boleh la!


Macam tak best je. tak banyak gambar kan sebab hujan turun menyebabkan aii jadik malas tau..
apa yang paling penting ialah berlari anak mencarik tempat nak selamatkan diri aje.. huhu

Lepas pusing Taman Burung Kuala Lumpur.. kami gerak ke  Muzium Coklat, Kota Damansara pulak.. Tunggu entry Muzium Coklat, Kota Damansara ye :)

Tips:
Sediakan duit secukupnya untuk membeli buah tangan
Tiada kemudahan mesin ATM 
Bawa bekalan air secukupnya kalau ada anak anak kecil


Previous
Next Post »
18 Komentar untuk "Taman Burung Kuala Lumpur"

amy pernah pergi 2 kali..memang best part bg burung makan kuaci dgn susu..mmg best sgt burung keliling kita..hehe

Seronoknya dapat pegang-peganga burung. Kakak tak pernah sampai sana tau...

lama tak jejak sini..ade lebih 10 thn dah la..

waa..bestnye..anak sye suke sgt gi sini..jerit2 die tgk burung..part air tu mmg btul..air mineral kt sne mahal mlampau-lampau!

seronok kan.. mmg penat berjalan.. tapi best...balik rumah terus kna mndi sbb bau burung.. hehe

tasik perdana baru sampai 2x sbb nak lari trafic jammed tp taman burung, lansung x pernah jejak g hu3

salam..seronok ni klu dapat bw anak jalan2 ke sini
jemput singgah page baru saya
https://www.facebook.com/pages/Tudung-Terkini/474205746007448?fref=ts

pernah p sekali masa belom ada mia dl...

hari2 lalu depan je... tak pernah nak masuk pun...

sy pernah gak g zoo dlm keadaan hujan lebat bukan renyai. Gi Singapore Zoo pulak tu, kalau kat sini jek mau kena ulang lagi..ni gi tempat orang...ntah bila sampai lagi...

kalau bagi saya rm25 tu kira mahal la sebab kitakan rakyat malaysia. Patut bagi la half price daripada 25 tu. *heheh..semua benda nak free. mana boleh.

rajin CIksu berjalan yer..
husband Ros memang minat bela burung.. tapi bukanlah burung macam kat taman burung tu. hikhik.. dah macam-macam burung dah ada kat rumah Ros.. yang paling latest burung Murai Batu.. terkejut Ros dengar harga burung tu.. tapi, tak palah dah minat dia ke arah tu.. sekurang-kurangnya ada hobi kan :)

serius x penah pegi.. hrp dok kl jer..hahahaha.. syoklah cik sue.. berjalan aje.. ;)

rasanya nur tak pernah pegi tempat ni..kalau tak hujan bestlah kan..

tak pernah sampai huhuhu.. KL jauhkan...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF