AIDILADHA 2013 di LANGKAWI


Lepas sembahyang RAYA AIDILADHA kami pi meronda. Konon kononnya nak cari lemang le. Skali tak jumpa pon. Mana la ada orang nak juai pepagi raya kan. Apa daaa ^_*

Tok terus pandu kereta ntah ke mana. Yang perasan masa dok meronda tu, Langkawi ni tak la membangun mana. Kawasan kampong masih jauh ketinggalan yang majunya kawasan Kuah dan Cenang. Kawasan tumpuan pelancong la yang naik pon. 


Dapat la tengok keindahan sawah padi, bukit bukau, pokok pokok getah & laut.

On the way, balik ke APARTMENT, terperasan la pulak Bird Paradise, so, menyenangkan kerja kami la petang nanti. Hihi. Ghopenya dekat je la dengan kawasan tempat penginapan kami. Lega :)


Pastu dekat dekat nak sampai APARTMENT, kiranya sebelum sampai traffic light 
terjumpa pulak Idaman Suri. Tapi sayang, Idaman Suri tutup. Huhu. Makanya tak dapat la menerokai Idaman Suri. Tak pa la next time hoccay :*)

Pastu balik relax je kat APARTMENT. Lepas zohor baru kami bertolak ke Dataran Lang, Langkawi. Walaupon kami dah pi masa mula mula sampai, memandangkan tok sekeluarga tak pi lagi maka kami pi la lagi sekali. Hihi.

Layan je la pitcher kami kat Dataran Lang, Langkawi.


Dataran Lang, Langkawi telah dirasmikan secara rasminya
 oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad 
pada HARI RABU 23HB OKTOBER 1996 
BERSAMAAN 10 JAMADILAKHIR 1417H


 Cer tengok langit tu. Tunggu masa je ;)


 Suka tengok pitcher ni. Nampak cantik je sebab view kat belakang tu. 
Ada boat, laut, bukit bukau & awan berarak mendung.


Sat ja kami lepak lepak kat Dataran Lang. Setakat pi amik angin sambil snap snap gambaq kat sini. 

Nasib le cuaca redup je, nak hujan. Kalau tengah panas terik, jenuh le kami mandi peluh. Hahaaa. 


Lepas tu kami pi Bird Paradise pulak. Citer dekat Bird Paradise, sila tunggu ye. Hihi. Saya pecahkan kepada part part. 
Banyak sangat aktiviti kat dalam tu. Saja nak buat kenangan dalam blog. Kalau nak cuci gambar, rasanya tak tercuci kot. So, jimat duit + jimat masa saya simpan je dalam blog picisan ni. Mudah mudahan hari mendatang saya masih le ingat. Hahaaa.

 

Daaaa. Jom balik :)

Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "AIDILADHA 2013 di LANGKAWI"

wah! kira nya Sue raya Aidil Adha kat Langkawi lah kan..seronok nya..:)

Yg best kalau jenjalan dgn cuaca redup. Kakak suka tengok sawah padi CikSu.

husna pergi hari tu time malam.. kurg jelas nak ambil gmbar pon..=(

bila la nak smpai ke langkawi ni.. bestnya la hai..

hehehe mana nyer nak dapat lemang pepagi rasa kannnn. tapi kan, saya prefer Langkawi as it is, tak payah la nak bangunkan semua tempat, nnt dah takder the kampung value, tourist pun suka tengok kampung2 ni semua, lain dari yg lain.

Best jugak beraya sambil berjalankan QR...tp okje tak berpeluang sebab mak bapak masih ada lagikan...

Awan mendung je waktu tu ye...dinda kalau nak ke cameron,mesti rimas masa musim org ramai,nak parking susah,kereta jln mcm semut..kalau nak sopping apa2pun,shopping kat pasar malam tau yg bermula dr siang sebenarnya,setiap hari ada,jgn beli kat dlm kedi,wpun kedai borong sbb di pasar malam tu lebih murah...

berhari raya di perantauan gitu :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF