Air tak da

Ye, memang sedey giler kot. on d way balik dari Taman Burung kami singgah kedai beli ikan bawal emas, ikan terubuk, cempedak, kopok ikan & sayur mayur. kononnya nak balik masak la. banyak kedai makan best best tutup. 
maklum le hari raya kann :-)

Dah settle bab beli membeli, kami balik apartment. bersihkan diri pastu mula la bertukang di dapur. semua amik bahagian. hihii. airel & damia tengok tibi. alhamdulillah, siap je masak ke semua jenis lauk pauk, nasik & sayur. tapi kami ada masalah la pulok. tiba tiba tak da air. apa kes!

Alahai, bikin tension ooo. sib baik la dah siap masak. cuma masalah nak membasuh je la. tak pa, kita makan dulu. basuh membasuh lepas selesai makan kita pikiaq lain. hahahaa. boleh cenggitu pulak ye. eh!

Kebetulan hujan dapat la tahan sikit air untuk basuh apa apa yang boleh. tunggu punya tunggu sampai tengah malam tak da air jugak. nasib baik surau dekat je dengan apartment kami. setakat nak membuang & berwudhuk boleh la. nak mandi macam tak sesuai la. surau kan.

Sabar je la. esok tu bangun pagi ingatkan dah air, sekali non hado jugak. adoiii :(
pastu tu tok pon call la tuan rumah. sebelum tu dah call dah. tapi tu la, nak buat macam mana kan. benda dah jadi. pagi tu dengan tak da tak da air, saya buat jugak cucur cempedak dengan air teh. apa boleh buat, barang semua dah beli kan. nak lapik perut kena la jugak buat. dengan opah beli sosej la, nugget lagi, kopok ikan. sudahnya terpaksa la habiskan segalanya. lepas lepas goreng boleh makan & dibuat bekal kan. 

Kebetulan hari ni saya dan cik abe dah nak balik. kesian kat tok sekeluarga la. dorang akan stay kat Langkawi semalam lagi. huhuu.

Sudahnya amir datang. dapat juga penyelesaiannya. tapi terpaksa la berangkut. dengan tak mandinya. alahai.  


Pagi tu lebey kurang jam 9 pagi kami jumpa Amir kat sini. depan HIG ni ada kedai makan, kedai serbaneka & tandas serta surau.
bincang punya bincang dapat le ghumah baru. hewhew :D

 

Rumah baru ni tinggi. lupa pulak tingkat berapa. sampai atas nampak seluruh pekan kuah. tak jauh dari APARTMENT SRI LEGENDA

Ada tiga bilik, dua bilik air. cantik & kemas. saya dengan cik abe tak sempat la nak bermalam kat rumah baru ni sebab petang tu kami dah nak bertolak balik.

Lepas siap siap kami terus zaaaaaaasssss ke rumah si dia. hihii.

Siapa si dia. tungguuuu..

Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Air tak da"

macam best je langkawi..saya belum penah pegi sana lg..

selamatlah dapat rumah barukan..
leceh gak bila air xde kan..susah nak buat ape2...

ish.. sgt melecehkan la kalo air takde.. time2 gini... huhu

memang dugaan kalau tak ada air ni.. tak selesa jadinya.

laaa... yang takde air tu apartment tempat ciksu tinggal tu je ke. Potong betul...

Memang masalah besar kalau tkde air....hehe

da tau da siapa....dia adalah blogger M.....kanda d pergi ke blog dia....last entri 30 nov tu....lama juga dh tu...apa khabar M agaknya ye...?dh lama x update entri.....

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF