Aroma Ikan Bakar, Jeram lagi..

Semalam tak da entri diterbitkan. hikhik. bizi sikit, hujung hujung tahun ni. minggu depan maybe sibuk lagi la kot. kot je la. sibuk sibuk pon leh lagi luangkan masa ke AROMA IKAN BAKAR, JERAM. ala saya pi hari yang sama saya makan Cendol Durian Borhan tu. 

Tenga hari layan Cendol, petang carik nasi kat Jeram. Tak kisah la sibuk ke tak.. meh sini kita layan gambar makanan. hujan hujan ni mula la, teringin tu, teringin ni. kan. kan.

Konon kononnya nak tengok sunset. sekali mendung je. makanya nan hado la sunset. ini je yang ada. layan je la :D


kali ni makan pilih meja kat atas jeti
meja atas jeti tiada `caj dikenakan`

Oh ya sebelum ni saya ke AROMA IKAN BAKAR, JERAM malam. kalau uols nak tengok entri lepas boleh klik SINI
suasana malam lain rasanya. suasana siang pon lain rasanya. 

Lagi satu kan bagi yang tak pernah sanpai ke AROMA IKAN BAKAR, JERAM ni, uols boleh tengok klu ni. ini kalau uols guna LATAR EKSPRESSWAY la ye.
uols carik je signboard JERAM. bila dah masuk area JERAM, uols kena alert dengan traffic light. ok, sebelum sampai traffic light uols akan nampak BALAI POLIS JERAM sebelah kiri. depan sikit ada traffic light. kiranya sebelum sampai traffic light sila amik kanan siap siap ye. takut ni tak sempat belok ke kanan pulak. hahaa. 
kat traffic light tu nanti uols akan nampak masjid ni kat sebelah kanan.


ngam ngam je kat petak kuning. pastu belok ke kanan. masuk dalam sikit. pastu akan jumpa 2,3 tempat makan nanti.

Antara menu yang kami pilih petang tu. antaranya ialah 


sayur kailan. biasa je. 


sotong goreng tepung. terbaek.
amik sekor je tapi memang besar giler :D
 ranggup je. terasa la kesedapannya bila cicah dengan sos.


butter prawn.
udangnya tak da rasa apa. tawar. 
tapi habis jugak bedal. tak baik membazir kan. tu pon cuma amik 7 ekor je.


ketam nipah bercili 
sekor je ketam ni. cik abe teringin nak makan ketam nipah. 
untuk ketam ni saya kureng sikit. saya lagi suka ketam biasa. ntah le, rasa macam pelik je isi ketam nipah ni. hikhik. 

Total makan kali ni RM53.20 termasuk air asam boi dan nasi putih 2 pinggan.

Setakat dua kali saya ke sini, so far alhamdulillah la. masih di tahap memuaskan. 
kalau ikutkan minggu ni nak pi makan lagi sebab member ci abe ajak tapi kami dah surrender. kerap pi pon nanti bosan pulak kan. sekali sekala tu ok la jugak kan...

Tu je la nak citer pasai AROMA IKAN BAKAR, JERAM, KUALA SELANGOR

kalau nak cuba boleh la singgah ke mari..


Selamat malam..:D





Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Aroma Ikan Bakar, Jeram lagi.."

mcm best je tmpat ni..nk try pegi la...

okla bayar mahal sikit janji puas hati kan.. sedapnya seafood..

ok, tngk gmbr pun dah terliur. kalo dpn mta tu, x smpai 20 mnit dah licin. hehe

terliur especially dengan butter prawn

sedapnya sotong tu...heheh

ciksue, nanti ada masa pegilah mkn ketam lembut dekat kuala gula..

ramai yg ckp sedap..nur pun belum cuba lagi..sbb depa kata mahal..

tggu bonus baru ingat nak pi cuba..heheheh..

lama dh x makan ikan bakar.. x de yg fresh kat area rumh.

udang n sotong besar betul..puas makan

Bestnya makan ikan dan seafood segar kat jeram.. lama dah saya n famili tak ke sana.. serik yg kali terakhir pergi masa orang tgh ramai betul..kami tgu lama sangat sampai rasa nak marah...haa.. tp sini makanannya mmg sedap kan..

wow..sedapnyaaaa
mlm tadi pun sy baru makan ikan bakar ajak adik beradik berkumpul ramai2..meriah...

macam sedap jerr.. macam best jer.. =D

p/s-husna tak dpt pon alamat tu ciksue..

nak sotong tu... ok la kan harganya.. sebab ada ketam.. ketam mahal sikitkan kalau kat kedai seafood..

berselera sungguh tgk menu2nya.. syoknye mkn kat atas jeti cam tu..

sedap2 makanan tu sis.. paling suka sotong goreng tepung..:)

Sotong goreng tepung tu nampak best sebab nampak sotong berbanding tepung :D

walaweii..
terliur dh ni tgk menu2 kt sini Qaseh..hehe

ta kalau panas engine ptg2 .lalu kt tempat tu.hehe.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF