Ayam Goreng Berempah

Hari selasa lepas saya ada buat Ayam Goreng Berempah. saja je sebenarnya, buat banyak banyak pastu perap. kononnya nak jimat masa sambil nak kosongkan peti es sebab jumaat ni nak balik kampung dah. in shaa Allah seploh hari la juga. rindu suasana kampung. hihi.

Alhamdulillah, kampung saya tak dilanda banjir. cuma hujan je la. sama sama la kita doakan buat saudara kita di pantai timur. semoga keadaan beransur baik. aamiin.
Ok, kita sambung balik bab Ayam Goreng Berempah aii ye.

Makan nasi lemak dengan Ayam Goreng Berempah sedap juga khan :-) 
tapi chefsu lagi suka makan Ayam Goreng Berempah dengan nasi putih sama dengan kuah gulai. pastu kalau ada papedom dengan bendi rebus lagi sedap. ala ala makan nasi kandaq la jugak. hihi. tiga tahun dok peneng, ni la penangannya.
Ayam Goreng Berempah siap sedia untuk dingaappp. hahaaa :-)
sedap baq hang. eh! 

Ayam lepas siap dicuci buang segala lemak & kulit ayam yang jahat. hahaa. sejat bagi kering air
Lepas tu kasik perap itu ayam sama dengan 
bawang putih + halia + lengkuas + serai = hiris, 
bahan tumbuk/ blend
ketumbar biji + jintan manis biji + jintan putih biji = yang disangai dalam pemanggang ajaib. golek golek pastu kasik tumbuk/ blend 
cabai kering yang siap dikisar
serbuk kari sikit
gula dan garam secukupnya
daun kari secukupnya

Gaul semua bahan bahan tadi bagi sebati
pastu gaul biar sekata dengan ayam
pastu wrap, simpan dalam peti sejuk
bila nak makan, goreng je la. hihihi

Kuantiti pandai pandai la ye. uols lagi expert dari chefsu khan. 
kalau nak serdak lebih, boleh tambah serai, halia lebih sikit.

Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Ayam Goreng Berempah"

salam rania..
TQ..share this resepi..ayam goreng favourite my princess..kena try nii:)

mak baru je masak aym camni pagi tadi.. ;) sedap..

saya yg tak duk penang ni.. pegi sekali sekala pun duk kemaruk makan nasi kandaq..hahaha..

owh sedapnya.. kalah ayam kepsi ni cik sue.. hihi

chefsu nak balik kampung ke. amboih seronoknya... hati2 di jalan raya ye. ayam tu mintak sikit buleh.

bak sini seketul ayam 'upin & ipin' untuk Alya..

takpun ayam berempah ni makan ngan kuah kari buh sambal belacan ngan timun, ngan nasi kukus. hehehee yummy yummyyy.

Mmg nampak sedap tu QR....tapi tulah selalu goreng ayam sebab malas nk menumbuk halia serai bagai tu...so ltak kunyit ngan kari je ....nampak tak pemalasnya tu...hehe

Kandapun suka ayam goreng berempah ni...lamanya blk kg..sepuluh hari tu...moga hepi dgn famili ye dinda.....

dah lama tak buat. dulu masa first time buat, bila goreng, habis berderai perapan dia. hihi.. jadi bogel je ayam tu dalam kuali.. pengalaman kan..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF