Blogger Langkawi

Sebelum balik ke tanah besar sempat luangkan masa jumpa blogger M

Mula mula call nak pi beraya umah M, sekali M kata dia balik umah mak mertuanya, so, x dapat le. esoknya M msg tanya, comfirm nak datang ke tak. hihi. saya tanya tok, dia cakap ok je. apalagi terus je lah minta alamat. kami nak terjah rumah M:D


Pertama kali kot jumpa kengkawan blogger ni. neves baq hang. maklum lah tak pernah bersua muka. masing2 dok layan citer memasing dalam blog j. ahahahahaa.

Perasaan? 
Mmmm, nerves la jugak, sebab hanya mengenali beliau di alam maya.
 Sekali saya cakap nak jumpa M. pertemuan yang tak dirancang. 

Thanks M sebab sudi layan kami hari tu. M hidangkan ketupat + rendang. Habis dibelasah oleh Tok, Cik abe dan Opah. Hahaa. Ater masing masing dok carik ketupat sejak kemarin lagi tapi tak jumpa. Sekali jumpa kat rumah M. Thanks M:)

Oh ya rumah M ni dekat je dengan persimpangan nak ke kereta kabel langkawi. Lepas ni kalau uols nak naik kereta kabel boleh la rodger rodger M dulu. Hihi

Lepas pi rumah M, kami terus gerak ke pantai berdekatan Airport. Konon kononnya nak pi pekena Laksa femes area situ. dah sampai, tengok2, tutup daaa. Tak mengapa. Kami pilih kedai lain. Lepak kat situ tak lama. Sambil makan sambil tengok laut terbentang luas di depan mata.

Lepas makan tok hantar kami ke jetty point. Pastu on the sport amik tiket balik. Feri kami pukul 2.30 petang.  Kami ada masa 45minit lagi untuk mencari sesuatu. Lepas selesai buat perkara yang wajib kami terus masuk kedai coklat dekat Jetty Point. Nak top up coklat pepero yang member pesan.

Tok pulak lepas hantar kami dorang terus ke WATERWORLD, LANGKAWI. so, cerita di Waterworld, Langkawi non hado sebab kami balik dulu.. 

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Blogger Langkawi"

bestnya dapat jumpa kak M.. :)
skrang kak M dah kurang berblogging, masalah internet..

bila baca entry ni, terubat rindu dekat kak m.. :)

oh M.. rindu giler kat dia... bestnye dpt jmpa.. deqla dah penah dah jmpa M ni masa gathering melaka.. hihi.. dia lembut je orgnya. terngiang2 lagi suara dia tu. kedah pekat kemain. =)

beraya dengan rakan blogger di perantauan gitu kan. hikhik

Seronoknya....dpt kenal di alam nyata...Allah izinkan pertemuan ini terjadi....memang comelpun.....

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF