IVF

Saya terang sekadar apa yang saya dengar dan tengok. bila buat IVF baru boleh terang selengkapnya..  :D

Tengok gambarajah yang nurse tunjuk pon saya dah seriau giler hoccay.. dengan segala mak neka jarum yang akan digunapakai masa proses IVF dilakukan.. alahai.. semoga saya diberi kekuatan mental dan fizikal hendakNya.. aamiin ;)

Nama panjangnya INVITRO FERTILISATION.. nak senang sebut je IVF ye.. hihii.

Untuk proses IVF ni, si isteri kena cucuk sendiri kat area perut.. bukan main cucuk je tau, ada tekniknya..
Mula mula je nurse tunjuk cara nak cucuk kat perut tu.. seterusnya sendiri kena buat tau..
itu yang saya seriau sangat tu. huhuhu
 untuk membolehkan telur telur membesar dengan jayanya.. hanya beberapa telur sahaja yang akan dipilih untuk dilakukan proses persenyawaan di luar nanti.. 

Pendek kata sperma suami dan ovum isteri akan disenyawakan di luar kemudian baru disuntik ke dalam rahim isteri.. paham tak! 

Sebelum tu suami perlu la keluarkan spermanya secara sdn bhd atau bahasa buku panggil secara ejakulasi.. sendiri paham la ye.. gi mana caranya itu.. nggak usah saya terang secara details di sini.. hikhik..

Bila sperma suami dihasilkan, ianya akan ditempatkan ditempat khas di makmal. kemdian sperma akan dibersihkan.. hanya sperma yang berkualiti dan berdaya maju sahaja akan dipilih untuk disenyawakan..

Menurut kata nurse masa sesi kaunseling hari tu, katanya kos rawatan untuk buat IVF dalam  RM4000.. 

Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "IVF"

oh, kena cucuk sendiri.. begitu prosesnya..

tau2.. pernah belajar ni masa tingkatan 5 subjek biologi.. hehe.. seriau jugak tgk prosedur dia..

tak berani nak main cucuk2 sendiri.. ngeri..

akak tahu proses dia sbb pernah baca pasal ni,tp xtau yg kena cucuk sendiri tu,kwn akak pun kata nk buat rawatan ni, tp xtau la dia buat ke tak lg

mahal juga kosnya tp tk jamin berkesankan. .

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF