Jom Heboh Bukit Jalil part 2

Sambungan dari SINI

Dalam banyak banyak booth disediakan, saya cuma tertarik dengan booth KOTA ILMU. di bawah kelolaan USTAZ SHARHAN SAFIE. banyak ilmu dapat kat sini. selain tu, saya ada tengok secara "live" ustaz merawat pengunjung yang ingin mengetahui sama ada di dalam badan kita ada "benda tumpang" atau tidak. ada banyak sesi rawatan dilakukan tapi saya sempat tengok satu sesi je. sebabnya saya tak tahu. huhuu. rugi sangat sangat. setiap rawatan tu ustaz just "scan" badan pesakit je. ustaz letak tapak tangan beliau di atas kepala pesakit. kalau ada "sesuatu" perwatakan pesakit akan berubah serta merta. masa sesi tu saya tengok hanya ada 3 pesakit yang berubah perwatakan. dua pempuan satu lelaki. kalau tak silap setiap satu sesi ustaz minta 10 orang sukarela untuk di "scan". PERCUMA SAHAJA kecuali untuk air zam zam kena bayar RM15.

Yang perempuan memang ada la jerit jerit. dua dua makcik. yang lelaki pulak nampak muda. macam nak bersilat pon ada gayanya. yang paling teruk makcik yang last dirawat. kami yang tengok bersama diminta berselawat sekuat yang boleh beramai ramai.
yang lelaki tu ustaz ustaz cuma azankan di telinga mangsa. 

Ustaz ada share 10 tanda tanda sekiranya diri kita diganggu jin. antaranya, ini yang saya ingat la k

sering mimpi ular
mimpi menyusukan bayi
mimpi orang yang dah meninggal dunia kembalikan barang pada kita
sukar tidur malam. asyik terjaga.
mimpi kena kejar dengan binatang 
mimpi jatuh dari tempat tinggi

Ustaz sharhan ada bgtau, kalau duduk rumah flat, pastu selalu dengar bunyi orang tarik kerusi, main guli atau terperasan ada bayang bayang melintas, kiranya ada penghuni lain yang tak bayar sewa. hihi. maknanya ada gangguan jin lettew.

 So, ustaz suruh tampal ayat pendinding ni dekat pintu bilik, ruang tamu dan lain lain tempat dalam rumah. 
Surat perjanjian NABI SULAIMAN DENGAN JIN. sekeping poster tu RM15.

Lagi satu buku SEINDAH NAMA SEMURNI PERIBADI. isinya sangat sangat bagus. kalau uols berminat boleh carik di kedai kedai buku agama. in shaa Allah ada. 
harga pasaran RM35
semalam uztaz jual RM25
untuk ibu hamil ustaz jual RM20 je

Lagi satu kan. ustaz ada bagitau, ada sesetengah nama TAK ELOK DIBERI KEPADA BAYI BARU LAHIR SEBAB NAMA NAMA TU DAH DITEMPAH OLEH JIN. 
antara nama nama tu ialah RAYYAN, DAMIA, QISTINA, BALQIS. itu je yang ustaz sharhan share.

Lain lain gerai macam biasa je.

Oh ya, lagi satu uols jangan risau k kalau mai karnival jom heboh bukit jalil ni. segala kemudahan sedia ada. antaranya surau, tandas tempat duduk dan tempat makan. kalau tempat lain saya tak tahu le. bergantung juga pada tempat yang diplih oleh penganjur.
kalau uols naik LRT turun je kat stesen depan depan tu ada surau dan tandas. selain tu kemudahan ada juga di sekitar medan selera dekat stadium. tempat duduk ada je kerusi yang disediakan. tak pon duduk je kat tangga. hihii.

 Layan SANY CHAR KOAY TEOW dulu. 

kalau tak makan char koay teow uols boleh pilih nasi ayam atau benda lain. banyak lagi gerai dok ada. 
nasi ayam pon ada dekat SANY CHAR KOAY TEOW.

Dah kenyang, apalagi siap siap untuk balik le. hihii. tapi kan makin petang makin ramai pulak pengunjung yang datang. maybe nak tengok konsert kot. konsert start jam 830 malam. konsert  i tak minat. so, jom balik. dah nak maghrib :-)
tengok tu, ramaikan. 

Masa nak balik, haaa.. amek kaw. sesak ya amat. semua dok beratur nak beli token. nasib baik la kami dah beli token siap siap masa sampai tengah hari tu. so, kami terselamat le :D
saja la amik pitcher kenangan dengan train. hahaa. tapi tak cun la pulak khan.

Sampai plaza rakyat dalam 730 malam. 
nak solat boleh naik ke tingkat 3 pudu sentral, ada masjid.

Bagi oghang utara nantikan kemunculan jom heboh di SUNGAI PETANI, KEDAH PADA 28 & 29hb. DISEMBER 2013.

Daaaaaaaa ^_*

Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Jom Heboh Bukit Jalil part 2"

syok nyer gi kat jom heboh..

dah lama sangat tak pegi jom heboh ni, masih menarik lagi rupanya :)

Kadanf2 tengok gambar CIksue macam Liyana Jasmay pun ada, lawa tau.

Banyak jugak saya belajar dari entry ni, Alhamdulillah takat ni kami tak pernah lagi berdepan ngan benda pelik2, minta jauh.

Seblm terlupa...cantik profile view dinda...number dia 9988

kanda takut bila tgk org kerasukan tau....dia bl pi tgk plak...

dulu ustaz sharhan selalu keluar dalam alkuliah..suka nur tgk.. :)

panas sangat kat sana.kejap je pegi.

Meriahnya... tak berkesempatan lagi nak pegi mana2 kawasn jom heboh ni..uhhuhu

tak pernah tahu pula ada perjanjian nabi sulaiman dan jin tu..

wah....best2...erm,kat umah IbuNoey,selalu dengar orang tarik-tarik kerusi n main guli..tapi orang kat tingkat atas memang ramai anak..

Ros memang suka dengar ceramah dari ustaz sharhan. kat tv9.. kat youtube je la.. jumpa depan-depan memang tak pernah lagi.. ada banyak petua tentang kesihatan jugak.. doa-doanya..

comey aih cik sue ni.. pecaye x deqla skali pn x penah jejak kaki ke jom heboh. haha

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF