KEJADIAN 3

Sambungan dari SINI

Settle je pasai polis tu, cik abe pi la meronda kat area bengkel keta. tak jauh pon, depan tu je. kiranya cik abe kena lalu roblok polis tu le. sekali relax je cik abe lalu. tak nak pula ditahannya. siap cik abe angkat tangan lagi kat prebet polis tadi. polis tu angkat tangan le jugak. hahaa

Lepas je ke depan sikit. kiranya dah masuk ke sri rampai la. tetiba cik abe terpandang sesuatu di tepi jalan raya. cik abe pon stop la moto. pastu amik la benda tu. oh ya benda tu IALAH IPHONE MODEL A1332. JUST AMIK.
 LEPAS AMBIK PHONE TU CIK ABE PON BALIK. LALU LAGI KAT TEMPAT ROBLOK. HIHII. UDOH JALAN TU JE YANG BOLEH LALU.

Baru le cik abe pi gunting rambut. oh ya, masa cik abe jumpa hp tu tadi, hp tu memang dah di OFF. so, buat tak tahu je la. 

Balik rumah cik abe pon start la citer pasai kejadian 1 & 2. sambil sambi tu dia tunjuk hp yang dijumpai tadi. cik abe pon "on" la sebab nak try carik no empunya hp tu. sekali tak boleh la pulak sebab ada "paasword". tepaksa la biarkan macam tu je. just tunggu orang call masuk. 

Tengah azan zohor berkumandang, tetiba ada panggilan masuk. cik abe pon jawab le. cik abe pon terang la apa yang sepatutnya. kemdian orang tu tanya nama & no telifon cik abe. ghopenya telefon yang cik abe jumpa tu KEPUNYAAN SEORANG DOKTOR PEREMPUAN MELAYU. YANG CALL TADI TU KAWAN DIA. DOKTOR JUGA. 
tak lama lepas tu ada lagi call masuk. memang tak jawab la sebab tengah tunggu diorang call no cik abe je. lagi senang kan. pastu memang ada yang call. kawan lelaki kepada doktor yang hilang hp tu. dia dengan cik abe nak jumpa dekat tempat sekian.. sekian.. dalam 120 petang diorang jumpa.

Masa jumpa tu, cik abe minta maap sebab "on" kan hp tu. tujuannya nak carik nama pemilik je. skali ad "password". pastu bermula la soal jawab antara keduanya. cik abe pon citer la dari A-Z. pakcik tu punya la bersyukur sangat sangat & berterima kasih sebab jumpa hp tu. sebabnya segala mak nenek dok ada dalam hp tu. cik abe kata keterujaan pakcik tu memang nampak jelas.

Uols nak tau tak ghope ghopenya hp tu kena curik sehari sebelum tu lagi sebelum dijumpai oleh cik abe saya. pakcik tu kata, diorang dah banyak kali call no tu tapi "off".

Bila dah settle pe semua cik abe minta izin nak balik. sekali masa salam, pakcik tu ada la hulurkan "sesuatu". cik abe tak nak la amik sebab memang ikhlas nak tolong pon. pak cik tu bagi jugak. dia cakap hp tu lagi bernilai. dia tak dapat bayangkan kalau jatuh kat tangan orang lain. 

Alhamdulillah. sungguh tak sangka. kiranya cik abe dapat lebih dari nilai sepatutnya kalau cik abe pi "part time" tu. berganda ganda dari bayaran "part time" tu. terima kasih YA ALLAH.. sesungguhnya percaturan ALLAH itu lebih baik.

Uols nampak tak. dari tak jadi pergi "part time". keluar nak pi tengok banner ceramah ustaz kazim, pastu kena tahan dengan polis, kemdian jumpa hp orang. akhirnya "ending" cukup baguih. alhandulillah.

INGATLAH APA YANG KITA BUAT BIAR SELARI DENGAN NAWAITU KITA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI.

DAN JANGAN SESEKALI AMBIK BARANG YANG BUKAN HAK MILIK KITA. BERINGATLAH. 

PERINGATAN INI UNTUK DIRI SAYA JUGA. 

Tujuan saya citer ni bukannya nak uols puji sikap suami saya tapi lihat APA YANG ALLAH DAH TENTUKAN. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI SEGALANYA YANG TERBAIK BUAT UMATNYA.
ALHAMDULILLAH. 

Meh saya belanja uols yang selesai baca ketiga tiga kejadian itu. tima kasih banyak banyak.. sayang uols ketat ketat. jangan lupa doakan yang terbaik buat kami ye :D

Ini durian crepe. tapi bukan saya yang buat ye. hahaa. saya beli dekat pasar malam jalan tar kemarin. satu peket seploh hengget. kulitnya gebu gebas. memang lembut + cantik + licin je. tapi tu la creamnya banyak bangat. isi droyan secoet je. hakikatnya saya tetap tak bleh trima. bau droyan tu tak menahan beb. hek eleh! mengalahkan orang "morning sickness" la pulak khannn. haisshhh ^_*


ppsstt: punya la best dengaq ceramah ustaz kazim secara "live". selalu tengok astro oasis je. memang keras perut gelak. hahaa. gelak gelak jugak yang penting isi penyampaian tu.


Daaaaaaaa :-)




Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "KEJADIAN 3"

'ending' yg sguh menarik, alhamdulillah rezeki..

berjaya tamatkan..hihihi
saya baca dari kejadian 1 lagi
memang betul..ada masa apa yang Allah rancangkan x sama dgn yg kita rancang.sesungguhnya Allah lagi mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYa

buat baik di balas baik..yg penting niat kita..

Allah sentiasa ada pada mereka yg selalu buat baik.. :)

ustaz kazim ceramah live mmg best..sbb boleh melawak byk..berbanding kat tv..terhad..kekeke

Nak kena baca dari awal story la, nnt saya kembali JJ dah tarik2 ajak dinner. brb

Kan...percaturan nyer dah elok sangat dah.

yg baik akan dibalas baik.. insha Allah...

Kanda tak tau la komen kanda td lekat ke tak..mcm x lekat je..line x clear..apapun kisah ni benar ni sgt baik utk jdkan teladan...sesungguHnya hanya Allah yg tahu apa yg ada di dlm hati hamba2NYA.....

Betul tu sis..jgn ambil klu bukan hak kita.. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui..
UKE mmg best.. anak akak pun dah minat dia...:)

perbuatan baik di balas baik ;) utz kazim mmmng tebaikkk!! ;p

hehe,akhirnya.. tu la,cik sue..kadang-kadang hidup bermula dengan kesusahan.lepas tu nnt ada la kesenangan..

IbuNoey nanti berpantang kat KL jer.kat Kem Wardierburn..nak lawat IbuNoey tak nanti?hehe..

alamakk.. kisah apa ni? hihi.. kena baca dari mula la nmpknya ni.. sorry lmbt terjah sini! =)

Assalamualaikum CIk su.. apa khabar.. Lama tak singgah, bercuti pastu naik kerja bz sikit.. hihihi..
durian crepe, memang Ros tak leh terima walaupun Ros ni memang hantu durian.. hihi.. rasa macam muak kot sebab krim dia tu..

Alhamdulillah, memang tak ramai yang akan buat macam ape yg cik abe ciksu buat tu.. Akhirnya, Allah beri ganjaran yang lagi besar kan..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF