Kisah malam RAYA AIDILADHA

Malam Raya AidilAdha hanya saya, cik abe dengan tok je keluar sebab Damia dengan Airel macam dah tak sihat.. kena hujan kan masa naik kereta kabel.. opah pon kaki melecet.

Kami pi ronda kat kompleks bebas cukai dekat Langkawi Prade Megamall atau lebih dikenali Teow Soon Huat Shopping Complex.. macam macam ada termasuklah coklat, boleh juga beli kat sini.. tapi tu la tak boleh beli borong.. depa juai sepeket sepeket.

Pepero kat Langkawi Parade sekotak RM17.50

Pastu tok dengan cik abe ntah ke mana merayap.. masa jumpa siap beli t-shirt sorang 3 helai.. saya pulak dok pusing carik coklat lagi ler.. hahaa.. dasar hantu cekelat la katakan.. apa pon tak boleh :)

Dah settle pe semua saya pi Marrybrown.. ingat nak tapau ‘chicken porridge` untuk dua beradik tu.. sekali nak order, dah habis dah.. so, tukar amik set kiddy meal.. pastu ada free gift :) untuk yang dewasa ingat nak ambik nasi la, sekali Tok call jangan beli.. sebab dia dah order nasi putih, tomyam dan siakap tiga rasa kat kedai berhadapan Langkawi Parade tu..

Oh ya, kalau uols nak tau, Marrybrown dekat Langkawi hanya ada dua cawangan sahaja. satu dekat Langkawi Airport dan lagi satu dekat Langkawi Parade.

Dah settle membeli dan memblah, kami pon balik ler rumah menjamu selera.. sampai je rumah, dua beradik tu dah lena.. huhu

Makanya kami yang tua tua ni je la menjamu selera.. memang sodap la.. tokei kedai siap gtau yang dorang bercuti 2, 3 hari.. habis  lah kedai tutup.. hahaha.. penangan mai bercuti time raya kan.. 

Lepas makan relax relax jap.. pastu kita zzzzzzzzzzzzzzzzz la..



      
Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Kisah malam RAYA AIDILADHA"

time raya syok ke berjalan? macam tak je...

kalau singgah Haji Ismail Group mesti ciksue dah boleh beli borong.. =)

Memang penatlah berjalan,paling sian budak2 la...mak budakpun bl melecet kaki..hehehe..nanti kalau pergi cameron,singgah je mana2 kedai makan,kanda rasa pelik sebab makanan kat sana sgt mura,ingatkan kaw pelancongan makanan mahal tp sebaliknya.....

cik su suka marry brown eh?.. Kat jb ni banyak kan.. yang paling sekat ngan rumah Ros, kat Giant extra, kat taman suria tu. hihi..
dulu masa kat sungai petani, mana jumpa pun.. banyak kfc je..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF