Punca Ketidaksuburan Lelaki

Dalam entri dua hari lepas saya dah citer tentang Punca Ketidaksuburan Wanita kan..

Semalam non hado entri sebab saya capek.. kuikui.. keluar rumah dalam tengah hari.. destinasi pertama saya ke SENTUL.. duduk kat SENTUL hampir ke jam 4 petang.. lama hoccay.. huhu.. lepas settle kat SENTUL, kami ke SRI RAMPAI pulak.. lepas tu panjangkan kaki ke WANGSA MAJU pulak.. settle kerja kat situ, balik ke SETIAWANGSA.. hampir maghrib baru sampai rumah..
 alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah. ada kena mengena ke! 
ada la, punca saya jadi malas nak hupdate.. ha ha ha (",)

Tak kisah la, jom sambung baca mengenai PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI pulak.. sekadar menambah ilmu di dada, boleh.. saya dulu pon tak tahu menahu sangat.. bila orang asyik tanya bab anak.. comfirm semua akan jawab BELOM REZEKI.. iye, itu salah satunya la kan..

Hakikatnya kalau asyik sebut BELOM REZEKI TAPI USAHA TAK DA.. seolah olah tak da maknanya juga kan.. bila dah usaha macam macam cara baru kita puas hati.. selebihnya lepas berusaha, baru kita berdoa & tawakal.. in shaa Allah..

Ok, untuk pihak lelaki/ suami ianya berpunca dari 
1) SPERMA TIDAK MATANG
hal ni terjadi apabila LELAKI TIDAK DAPAT MENGHASILKAN SPERMA NORMAL YANG BERGERAK BEBAS & MENCUKUPI..
ini berkemungkinan berpunca daripada JANGKITAN KUMAN SEMASA KANAK KANAK..
PEMBULUH DARAH YANG MEMBENGKAK pada alat kelamin juga boleh menyebabkan KUALITI SPERMA RENDAH..
antara penyebab lain ialah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan..
jangkitan virus seperti selesema pon boleh menyebabkan KEKURANGAN KUALITI SPERMA.. ini hanya bersifat sementara sahaja..

2) GANGGUAN PENGANGKUTAN SPERMA
untuk kes ni, ada sesetengahnya melibatkan air mani cukup semasa dihasilkan tetapi tidak dapat masuk ke tubuh wanita melalui pemancutan.. disebabkan salur duktus yang mengangkut air mani tersumbat.. ala, lebih kurang macam tiub fallopian tersumbat la..
untuk kes ketidaksuburan yang ni, tak banyak yang berlaku.. tak sampai 10% kot.. 

Untuk tengok tahap kuantiti & kualiti sperma cik abe saya kena jalani ujian SFA. ujian ni dibuat dua kali..
 yang pertama buat dekat HSI, JB.. 
yang kedua kalinya di HKL, KL..
nurse suruh buat yang baru sebab keputusan kuantiti & kualiti sperma sentiasa berubah ubah.. 

Seingat saya masa di HSI, JB.. nurse ada bagitau.. kalau tak silap dalam satu hari hanya 4 pesakit atau sampel air mana sahaja yang diambil.. menurut nurse tu, ini disebabkan petugas makmal perlu membilang dengan teliti jumlah sperma yang dihasilkan.. kalau amik banyak banyak sampel mau berpinar pinar bijik mata orang tu nak mengira.. hahaa. dia kira guna manual atau mesin saya tak pasti sebab tak tanya pong. ala, dorang mesti ada caranya kan.. kita mana la tahu kan.. hiks 

AIR MANI YANG DIKATAKAN BERKUALITI NORMAL IALAH 
APABILA TERDAPAT
LEBIH 20 JUTA SPERMA DALAM SETIAP 1 MILILITER (ml) AIR MANI..

Sebelum buat UJIAN SFA tu.. pihak suami tak boleh bersama isteri 3 hari sebelum tarikh ujian SFA dibuat..
untuk ujian SFA ni pihak suami perlu ke bilik khas yang disediakan untuk mengeluarkan air mani secara sdn. bhd.

Tu je la kot info berkaitan PUNCA KETIDAKSUBURAN LELAKI..

pssstt: suami saya memang tak merokok.. tapi kalau nak disabitkan dengan faktor merokok, tak juga.. sebab dari apa yang kami perhatikan ramai je member suami yang merokok tapi tetap boleh menghasilkan kuantiti & kualiti sperma..

Previous
Next Post »
24 Komentar untuk "Punca Ketidaksuburan Lelaki"

Usaha sehabis boleh..doakan sue yg terbaik..

Assalamualaikum CIksu.. buat ape kat Sentul lama-lama tu.. hihi.. cer citer..

perkongsian yang bagus ni Ciksu... :)

faktor rokok pun adakalanya termasok juga...bkn kerana lelaki tu merokok..tapi sll sangat hidu asap rokok kawan kawan...

takpe dia nk bgi twins tu hihi skali dpt terus kembar 3 kannn ;)

Semuanya bergantung pada rezeki kan cik Sue..
Mcm asben myra semua ok xdak masalah tapi itulah yakin dengan rezeki :D

ada yg kata merokok mengurangkan bilangan sperma... ye ke?

thks for info dear..

inshaAllah stiasa berdoa ye syg..

Yezza QR okje pernah dengar cerita mcm ni dr officemte yg sama masalahnya..... dah ramai pun anak dia sekarang!sabar yeh QR

Semoga usaha sue berjaya..amin..selamat ptg ciksue

tak semua istri didunia ni dpt secepat kilat mndapat gelaran ibu atau emak..sesetengah tu perlu brusaha lebih dengan disertakan doa sekali utk mndpt zuriat..semoga apa yg diusahakan ciksu mndapt ganjaran dari NYA amin..:)

thanks share kak.. sabar la yer..

usaha,berdoa,tawakal in shaa Allah ada rezeki buat ciksu..

nak keluarkan mani sdn bhd tu yang susah tu...huhu

Bagus info ni sis..
boleh lah sama2 tambah ilmu..harapnya usaha sis akan membuahkan hasil..insyaAllah! amin..
sis, boleh email akak kt sini atie3101@gmail.com :)

pm tau:)

jan putus asa ye moga Allah makbulkan usaha dan doa kalian berdua...

Insyaallah pasti berjaya nanti..sabar ye...

berusaha dan berdoa...seiring..insyaAllah dipermudahkan.....

ooo.. macam2 punca boleh jadi ye.. tq info..

Subhanallah.. 20 juta dlm 1 ml!!

dooa dan usaha.. inshaAllah.. :)

Ciksu ni dah pregnant kan? Hehehe...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF