Sup Ayam Turki



BULAN LEPAS saya ada buat Sup Ayam Turki. first time makan ayam turki ni. ramai yang dok tanya,
 sedap ke ayam turki ni?
kena rebus dulu ke ayam turki ni?
liat ke tak?
bau hanyir tak?

Ok, mai sini nak habaq mai. 
bagi saya isi ayam turki ni sedap dimakan. tak lembut, tak liat sangat. nak kata camna erkkk! mmm, tapi isi ayam turki ni rasanya manis manis sikit. bila buat sup ayam terasa sangat. nak kata saya letak gula, tak pulak. jarang la saya buat sup letak gula. tak masuk kot. tapi kalau buat rendang pedas memang sedap.

Saya tak rebus pon sebelum nak buat sup atau rendang pedas. masak macam biasa je. 
lagi satu isi ayam turki ni tak da la liat macam ayam tua tu. biasa je.

Ayam turki ni tak berbau hanyir ye. saya cuci macam cuci ayam biasa jugak. basuh dengan tepung gandum. pastu sejat la sebelum dimasak.

Sup pon masak macam biasa jugak. 
guna bawang putih, bawang besar, halia (blender macam biasa)
bawang putih, bawang ros (racik halus)
4sekawan secukupnya
cili padi (ketuk)
ubi kentang
kiub knorr
daun sup
bawang goreng
hirisan

Tumis bahan racik dengan 4 sekawan. sampai kuning. pastu masukkan bahan blender. biar sampai garing.
pastu masukkan ayam. tunggu bagi ayan kecut. pastu masukkan air. biar mendidih.
masukkan kentang, kiub knorr, garam dan cili padi ketuk tadi. biar sampai kentang empuk.
cukup rasa, kentang dah empuk, tutup api. 

Tadaaa, siap sudah Sup Ayam Turki saya


Cer tengok isi ayam turki tu. dia besar besar lebey kurang macam lamb chop pon ada.
Tabur daun sup dengan bawang goreng. nak best perah lemon sikit masa nak hirup kuah tu. 

Sedap memang sedap Sup Ayam Turki ni tapi tu la saya kureng suka. hanya cik abe je yang suka. saya cuba pon sebab cik abe yang suka nak cuba benda yang tak pernah makan. kalau kena tekak, beli lagi. kalau tak kena dengan selera tekak, sekali tu je la belinya. hihii.







Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Sup Ayam Turki"

mak aii besarnya nampak dlm sup tu...hihih...nk cuba try tp manala nk cari ayam turki...hihhiih

Ros tak pernah makan lagi ayam turki.. tak pernah rasa nak mencuba lagi setakat ni.. hihi

Pernah cuba makan ayam Turki tapi tak pernah pulak dibuat sup. Nampak menawan, tertawan juga ni tapi nak suruh buat tu, alahai tunggulah wiken.

musim krismas dengan thanksgiving ni murah kot ayam turki ni kan..

tak pernah pulak nur rasa ayam turki..kiranya samalah rasa mcm ayam yea...cuma manis dari ayam biasa.. :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF