Taman Burung, Langkawi Part 1

Kejadian pada 15hb Oktober 2013, petang hari raya aidiladha

Taman burung ni tak da la sebesar taman burung kat kl tu
tapi boleh tahan la juga. kami enjoy masuk sini. berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan. macam macam jenis burung dan hidupan liar ada dalam ni.

Disebabkan terlalu banyak gambar makanya saya akan pecahkan ikut bahagian bahagian. tujuannya 
supaya mudahkan korang nak tengok dengan lebih dekat. ye ke! Kalau bawa anak anak suka la ni.

TAMAN BURUNG LANGKAWI terbahagi kepada beberapa seksyen:
  • LOBI
Area sini ada kaunter tiket, kafe, tandas dan burung burung jinak tanpa sangkar.. nak bergambar, silakan :)


Petang raya AIDILADHA kami mai pusing pusing Taman Burung ni. Ater tak da rumah orang yang kami boleh pi ziarah. Ada baiknya kami pi melawat burung burung ni. Hahaaa : D

Sila tunjuk MyKad ye.. baru dapat harga ni. harga tiket untuk dewasa sorang RM15 x 2 = RM30

Penyambut tetamu :)
sebelum masuk uols boleh beli makanan kat entrance ni, ada gerai jual makanan haiwan, satu bekas RM10. dalam bekas tu ada kacang, jagung, apa lagi ntah. lupa dah

sudut flamingos
  • BUAYA
Kebetulan masa kami pi tu pihak taman burung ada menganjurkan pertunjukkan bagi makan buaya. Kemain pelahap la pak pak buaya tu nak amik daging ayam. Seriau je kami yang nengok ni. Kus semangat tau.

relax lagi masa ni sebab belom ada bau kan..

 sekali hidung dah dapat hidu bau, kemain pak buaya tu angkat kepala. agak tinggi ye.
  • PHEASANTS SECTION
penah  tengok burung ni tak?
cantikkan tapi gaya gaya macam pemalu.
bila nak snap gambar, ada ke patut dia bagi vontot kat saya. Haiiissshhhh!
mula mula masuk memang di sambut dengan sangkar sangkar burung je. kiri kanan penuh :)

  • MAMMALS SECTION
 ada beruk juga 

 apa la dibuatnya kat hujung sana tu. malew la tu. 

kasik makan dulu

 Untuk kawasan ni ada bumbung ye. so, kalau hujan turun pon tak da kelam kabut sangat nak larik. 
bersebelahan sangkar sangkar ni ada ruang khas untuk taman orkid.


  • BUDGERIGARS SECTION
Masuk je pagar kedua, kawasan ni tak da bumbung. dorang just pasang jaring je kat atas sana. tapi jangan risau, dorang dah siap bekalkan payung hoccay. pestime tengok ni. baguih sungguh inisiatif dorang.

kiri kanan ada payung tau.

burung burung comel ni. alahai cute sungguh. ko jangan tak caya burung pon ada cermin tau. kikiki

Ini je la aktiviti buat kami yang datang Langkawi time hujan hujan begini.
memang kena buat aktiviti indoor je la. hahaaa


Sikancil. Kecik. Comel je
 Sambil sambil bagi burung makan lalu pulak si kartoon kartoon ni. Ada tiga ekor kesemuanya. Ekor ke orang? Mmmm..

Lepas zon ni kita akan masuk ke tempat berhawa dingin. klasss ko masuk taman burung siap ada tempat berhawa dingin lagi. zon kedua tu ade ape ??? tungggguu

*setiap section ada sinki untuk cuci tangan* - baguskan.. 

Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Taman Burung, Langkawi Part 1"

banyak tempat akak belum sampai..

Assalamualaikum dinda...

Salam rindu tu.kanda bz dgn berbagai urusan,semalam pergi kuala kangsar(minggu ni d dua kali ke sana),mlm br sampai rmh,esok nak ke kampar plak..
Memang puas berjalan ye..kanda tak pergipun taman burung ni...ruginya...

Dah ada tmn burung ya. Ada haiwan lain pula tu. Menarik.

3 kali ke langkawi, saya tak pernah masuk sini. cuma bergambar kat depan entrance tu jek. bulan depan pegi lagik bawak family dan anak. maka kena la masuk gamaknye.

adalah 3 ke 4 kali ke langkawi tp tak pernah lagi singgah sini..best jugak eh..next time leh ler singgah..

Bestnya pelbagai burung dpt dilihat..budak2 msti suka...:)

bestnya tengok burung..sy pun suka..tp dah lama tak pegi..

kita dah pergi Bird Paradise ni..
bulan 2 hari tu..
mmg best..sedap dpt feed animal..hehe

cockatoo tu burung kakak tua kan. nak tau tak, lagu burung kakak tua tu sebenarnya ada version english. eh, kot ciksu dah tau...

bagus jugak cara derang uruskan tempat ni. ada payung, ada sinki utk basuh tangan.

khazanah alam harus di banggakan.. boleh tau spesis2 burung

bestnyaa..walaupun dh besar rasa mcm teringin plak nk p tempat2 mcm ni..

bila la akak dpt pegi sini agaknya

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF