Terminal Bas Kuala Perlis

Bas kami jam 10:05 malam.. lama la nak kena tunggu kat sini..
dari petang sampai, merata kami pi ronda.
lenguh masuk lepak dalam ruangan menunggu kat dalam terminal feri
bosan keluar pulak.

Tunggu kat terminal feri sampai la Isyak. Masa koi tujuh tu dan la layan MR. Arrogant sat. Hihi



Lepas buat apa yang patut kat terminal tu kami berjalan ke stesen bas.
Sempat isi perut kat kedai makan bertentangan dengan stesen bas tu. Banyak kedai tutup. Itu aje yang buka. Boleh la. Kedai kecik je.
Kami tak kesah asalkan boleh isi perut.
Pastu take away burger kat gerai sebelah. Pon boleh la boleh :) saje buat bekalan dalam bas, kot2 lapaq tengah malam nanti. 


Hujung sinun tu la kaunter tiket bas.
Pilih je nak yang mana.
Ada Cosmic, ada Sani Ekspress, ada Shamisha juga. Ini antara bas kegemaran saya la. Yanglain tu sorry la errkkk. I tak berminat.

Ruang menunggu. Kurang selesa sebab kekurangan tempat duduk. Penumpang ramai maybe sebab cuti perayaan kan..


Bas banyak keluar masuk. Saya rasa patut upgrade sikit la stesen bas ni.
Macam rugi pulak bila diabaikan. Bukannya tak da orang kan. Tengok tu ramai jugak.
Nak nak tumpuan pelancong yang naik bas dari KL - Langkawi.


Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak bas Cosmic ni. Ini bas balik kami ke KL.
Tetap pilih Cosmic walaupon sokmo lambat. Hahaa
Sebenarnya bas masa dari KL tu bas lain. Lupa nak snap. Skali share je la gambar yang sama.
Cuma beza pintu masuk je. Apehal!
Masa mai pintu masuk kat tengah tengah untuk bas balik pulak pintu masuk kat pemandu.


10:30 bas lambat lagi. Huhhh. lambat pon lambat, lah. asalkan selamat. Ok je!


tetap pilih seat bawah. Terbaek la. Lena je sepanjang jalan. Nyenyak pulak tu : D

Babai.
Selamat tinggal Perlis.
Selamat tinggal Langkawi..
Ada masa saya ke mari lagi ye.
In shaa ALLAH.

Agak agak berapa tahun lagi la ye nak sampai ke Langkawi pulak.. hahah
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !!!

* Toilet kat stesen bas kuala perlis tak menepati piawaian kebersihan. Teruk. Kotor. Banyak sampah kat dalam.
* Tempat bas masuk pon, alahai sedih je aii tengok. Tengok sendiri la kalau uols ke mari.

Previous
Next Post »
25 Komentar untuk "Terminal Bas Kuala Perlis"

last sekali pergi terminal bas perlis ni dekat 10 tahun lepas.. waii.. lama gila kot..

toilet kat stesen bas malaysia mmg teruk..saya mmg elak sangat sangat.. dah kronik pun sanggup tahan gak..

Bestnyer..lama giler x naik bas..last naik 9 thn dulu kot..;)

tak larat nak naik bas pi jalan jauh2 ni,.,.,

Semoga lepas nie terminal bas tu di upgrade lg utk keselesaan semua pengguna.

salam rania..
bestnya dapat pi lengkawi..dpt shopping sokmo kan !..

pisst..insyaAllah semoga cepat dpt timang baby ea..amin.. "doa dr saya"

agak2 klu tak terdesak confirm tak masuk tandas tu kan...

biar lambat asalkan selamat

gigihnya rania naik bus ye, kagum betul dengan uolsss berdua ni :)

best kan naik bas ni..nur lama dah tak naik bas...

syok jenjalan.. lps ni boleh la ke sana lagi yer.. in shaa Allah.. deqla pun suka naik bas seat bawah.. lebih selesa. =)

Lama tak ke Perlis.. dah lupa suasana terminal bas nya..apa pun nak ke Langkawi tu mmg best..:)

lamanya xnaik bus... rindunyaaa!

akak tak penah sampai perlis, penang, kedah :)

Sesekali layan naik bas romantik gak kan ciksu..heheee

dah lama tak naik bas..dulu masa keja kat Kota Kinabalu,memang naik bas kalau nak balik Tawau..

erm,tak balik umah mak mertua sebab ayah IbuNoey ada kat KL ni.

ku sanggup menahan kencing sbb mmg nehi nehi nehi to public toilet. kalau kat r&r plus highway, kalau yg besar2 punya ok, kalau r&r kecik pun sama jugak kotor.

sayang kan stesen bas kuala perlis tu tak dibuat sebaik mungkin. BTW, dekat2 dgn stesen bas tu ada tmpt yg boleh dikunjungi seperti gerai2 makan tepi tambak pantai.

tak pernah naik bus kat sini lagi Cik Su.. tapi, Ros kalau naik bus 2 tingkat, tak pernahnya nak dapat duduk bawahh. mesti seat atas.. hihi..

bab kebersihan tandas tu, samalah macam kat shahab perdana, alor setar.. huhu,.. memang menyedihkan kebersihan tandasnya. tak sama dengan taraf bandaraya nya..

dah lama tak pergi perlis. bestnya jalan-jalan..

setakat berdua ni, boleh je travel jauh jauh naik bas. hihi
lg snng walaupon amik masa terlalu la lama. kiki

da lama dah x pi kola perlis nih..las ingat pi masa form 5 terminal bas..lama kan x pi...huhu..

Coding tu just amek hat dia bagi dah dan buh kat edit template kita nun..kak intan buat lagu tu ja

jarang dapat berjalan jauh naik bas.. tp bila dah dapat mestilah nak yg selesa..hehehe..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF