Asid folik

Lepas jumpa doktor pada 7/11/2012 saya kan ada bagitau, yang saya dapat ASID FOLIK. So, sampai sekarang saya masih ambik ASID FOLIK ni. On/ off jugak kekadang tu. Masa ingat makan la, masa tak ingat tak makan la. Tak da apa apa kesan kot rasanya. Rasanya la kan :)

Kenapa ambik ASID FOLIK?
Tujuan ambik asid folik ni ialah untuk mengurangkan risiko kecacatan saraf. Contohnya seperti spina bifida.
Selain tu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Bila perlu ambik asid folik ni?
Seawal 3 bulan pertama kehamilan

Selain itu, pengambilan asid folik ni membantu untuk meningkatkan peluang untuk hamil. In shaa ALLAH.
Dos yang dibenarkan ialah sebanyak 5mg setiap hari. Ambil satu kali sehari sahaja
Kalau boleh ambil berpandukan nasihat doctor O & G masing masing

Oh ya asid folik ni bersifat larut air.
So, secara tak langsung tubuh badan kita akan buang asid folik yang diambil secara berlebihan. Tak ada risiko lain. Jangan risau ye.

Pastu kalau kita masak sayur sayuran yang kaya dengan folat ni maka secara tak langsung kita kena la hadkan pengambilan air. Bagi mengelakkan pembaziran asid folik tadi terlarut dalam air.

Selain pengambilan pil asid folik, 
asid folik juga terkandung dalam sayur sayuran hijau, kekacang, beras perang, ayam, telur, susu, keju, daging kambing, daging lembu dan ikan salmon.


Asid Folik masa mula-mula dapat dari HKL. Tengok la sarung tu dah lasam. Usung ke sana ke mari. Hahaa. tapi lupa jugak kekadang tu. Haissshhh.



Asid Folik sekarang. 

Saya rasakan ada kena mengena la pengambilan asid folik ni dengan jerawat yang keluar kat muka saya tu. Sebab pe saya kata macam tu tau, hari tu saya ada baca komen kat blog mana ntah. Katanya dia ada ambik asid folik ni sebelum kawin. Bila dia makan je tak lama lepas tu  mukanya naik jerawat. 


Adakah disebabkan hormon?


Mmmmm, saya pon tak tanya la pulak dekat nurse tu. Kecik je kot masalah tu. Setakat naik sikit sikit tu, saya pejam mata je la. Hahaa. 


Apa nak risau EPHYRA kan adaaaaa untuk membantu. Hihihi ^___*


Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "Asid folik"

Salam QR..diawal kehamilan mmg doc bg Asid Folik ni..tp rezeki masing2 lar,cam k.atie xder rezeki dah :(

memang bagus amalkan asid folik ni.. ipar saya yg kerja sbg doctor mg sarankan makan awal, waktu merancang nak ada baby lagi..

makan dia naik jerawat eh..
btw moga berhasil insha Allah :)

Assalamualaikum cik su..

asid folik.. penting sgt..akak ambil setelah 6 bln kawen...bukan sblm kawen... !! ala kecik je saiz ubatnya..tak rasa apa pun telannya kan... masa mengandung mmg xblh lupa laa mkn kan...

kita pon mesti nak anak kita sihat walafiat..so kn bg persediaan untuknya..untuk kita juga..tambah lagi kalau mengandung lepas umur 30 an..lglah..kena berjaga jaga...

kfieda last mkn asi folic ni msa ngandung maira je..hihi..

last mkn asid folic ni masa preggy last year. skang masih consumed supplement shaklee jugak. kalau cik sue nak cuba pun bole juga, set subur..insyaAllah, kita cuba mana yg termampu..

bagus2 cik su. Usaha tangga kejayaan. Masa saya peknen dulu tak makan pun acid folic. Nak natural katanya.. hahahah.

dh macam2 usahakan mudah2an ada rezekinya kelak ;)

masa mengandung pun blm tentu makan.. lg2 time morning sickness kan.. ape pun x boleh masuk..

tp mmg doc sarankan even x mengandung pun just continue makan asid folic ni..

ohhh baru plak tau sis..
ingatkan kita kena ambil masa dah mengandung je..huhu..sbb masa pregnantkan pae dulu mmg kak ada mkn asid folik.. nk kena cuba ni..:)

Kakak makan Acid folic dulu masa kakak mengandung anak-anak kakak. Dah bersalin ni tak pernah rasa lagi:)

Jerawat pd yg alahan agaknya.

ayu doakan yg terbaik utk ciksue ;-)

asid folik mmg bagus kalau yg nk preggy. amalkan selalu cik su..buat reminder kat hp..( org ajar sy ni)

yg penting ciksue berusaha..!

caiyokkk..!

bagus asdi folic nie...sy pun dulu masa consume nk preggy amalkan jgk..ciksu ada cuba GLA shaklee..itu pun bagus jgk!

utk yg x preggy pun boleh amalkan.. utk kuatkan rahim kan..

Ros pun on off je amik ni. Kadang ingat kadang lupa.. hihi..

alhamdulillah.. sekarang masih amalkan acid folic ni.. yang pnting usaha kan?

makan acid folic ni sebelum makan ke @ selepas makan ye

Sya pun naik jerawat mkn acid folid

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF