Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Dah lama la teringin nak makan Daging Salai Masak Lemak Cili Padi sendiri buat. Alhamdulillah, dapat juga cik abe cari daging batang pinang dekat pasar Dato Keramat kemarin. Beli setengah kilo je. Jadi le untuk dua orang makan. Yeay! yeay! merasa jugak akhirnya. Hihi!

Ni le ghope Daging Salai Masak Lemak Cili Padi den (: Simple je den buat. kalau ada daun asam gelugoq lagi sedap.. 

Kali ni buat ngam ngam semangkuk je. Kuah pon cukup cukup je. Nanti nanti den jugak nak perabih kuah tu. Tak sanggup den. Hahaha!

Den cuma letak kunyit hidup + cabai burung = tumbuk bagi lumat lumat (kunyit & cabai tu ikut kepedasan yang uols nak. den letak dekat seploh biji jugak. campur hijau dengan merah. baru meriah warnanya kan)

Daging secukupnya = hiris nipis pastu salai dalam pemanggang ajaib. nak bakar non hado tempat. kalau kat kampung boleh le buat bara kan. ini kita salai versi moden. hahaa!

Serai = ketuk ketuk je

Santan Sawit + air secukupnya = bancuh siap siap

Asam keping secukupnya

Kentang secukupnya

Gula + garam (den letak gula sebab nak seimbangkan balik rasa pedas tadi)

Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk. Letak serai + kentang + daging siap disalai + santan yang dah siap bancuh dengan air. Letak atas api. Kacau selalu masa atas api. Bila dah agak mendidih masukkan asam keping. Lepas tu perasakan gula + garam. Cukup rasa, siap, angkat je la.

Jom makan. Hihi!
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yang power. Hahaa. Buat sikit sampai tak cukup pulak kuah tu. Haisshh. Dagingnya lembut, kentang empuk, kuah pon terasa kepekatannya & kepedasannya. Makan dengan nasi putih + bendi rebus je pong. Tak boleh buat banyak banyak lauk nanti rambang mata nengok. Hahaaa!

Syukur, alhamdulillah (:

ppsssttt: Uols masak apa tengah hari ni? den tak masak lagi. tadi breakpes makan nasi goreng. kenyang la lagi :D

Previous
Next Post »
34 Komentar untuk "Daging Salai Masak Lemak Cili Padi"

10 ulas cili dia letak. Kuatnya pedas ciksu. Ciksu, daging salai tu berapa lama nak letak dlm pemanggang ajaib?

sedapnya!

selamat tgh kenyang, kalau tak kompen kecur liur..hehehe

sedapppp nye ;) betul2 pedasss tu, sy tak lalu mkn pedas ;p

* tq tips kesuburan tu coz sy sebahagian dr masalah tu w/pun belum kawen ttp ada perasaan takut T__T

enak itu kak
hmmmm kirim dong
hehehehe




https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

haippp..
terliur la tgk masak lemak cili tu

hmm..boring ari ni
so kita blogwalking je..haha

wahhh! sedapnya cheSue.. suka masak lemak cili api ni...nyum! :)

enak enak enak :-)





https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

sedapnya, terus terasa2 je ni haa :)

Assalam..


macam.sedap je..tak pernah masak pun style ni kat rumah..tapi kalau yg masak2 lemak cam ni mmg favorite seisi rumah.

ciksu... sedapnya la hai.. wlpun sy xmkan pedas, tingin nak rasa..hehe

sedapppp....teringin nak makan..da lama tak makan ni

konfem pedas berapi nih.. hehehe

Wahhh... ini makan betul-betul meleleh peluh CikSu. Kakak tapi suka pedas.. Lagi pedas lagi best!!

Waa... Feveret akk ni....

Rania, email akk msredcheesecake@yahoo.com

Kalau dapat details hari ni bule akk terus pos.... Cuti ni...

santan sawit sedap ke? saya rasa kurang berlemak..ada lagi sepeket dalam peti sejuk tak terguna guna.. huhu

Mak aih, sedapnya!
Tgk gmbo dh tau sedap ke idak hehe..

Ayah mertua nieyla suke masak daging salai masak lemak nie...:)

sedapnye.. nk try.. tp hubby x plak mkn daging..xkan deqla nk mkn sensorang plak..hihi

tak pernah masak lemak cili padi..tak tahan pedas...

Semalam saya buat mi goreng aje untuk sarapan lepas tu terasa kenyang sangat dah petang baru buat nasi goreng cili padi pulak :) Niat nak makan di luar sebab banyak bahan takda, tak sempat beli kerana dapur dah beberapa hari tak berasap :)

sedapnya masak lemak daging salai
my feveret tu
makesure pedas berapi

Daging salai ni,masak lemak cili padi dgn rebung.punya la sedap tau dinda....terliurlah....hehe

eh daging tu salai x yah letak ape2 ka Cik Su..just salai kosong je?
kalo pakai santan asli mcm kat kg lg best kan :)

sedap tu ciksu..telan air liur akak menengoknye hehehe...tak penah makan lagi masak lemak daging salai ni

sedapnya..teringat dulu...arwah mak sll buat..tapi gn daging rusa salai...sedapnya

Wah..sedapnya gulai ni. Ooo guna pemanggang ajaib je utk panggang daging.. menarik ni.. boleh cuba laij kali

salam.. lama x singgah jengah kak su.. hihih.. sama la.. kite pun pakai santan ni sekarang.. nak masak nasi lemak pun guna ni... senang.. beli kat tesco.. hihi

daging salai tu mmg masih mentah eh? kat sini banyak jugak daging salai tapi depa salai sampai masak, so boleh makan macam tu jer. Nak cuba buat la masak lemak lagu ni, nak rasa kuah dia tu hihihi.

Sedap ye....kuning lemak tu cerah betul
.guna kunyit idup mmg sdap..ad bau asli lg...

yeay,.. dah ada resepinya.. nanti boleh try..
ciksu, Ros dah beli pemanggan ajaib.. tapi ada kat kampung.. hihihi.. tak balik ambik lagi. tak sabar nak try masak guna tu. dok dengar cerita dari mak dan mak mertua Ros je.. jeles.. hahahha. sebab mereka dah try...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF