07 January 2014

Femmina Gamat Emas

Hye! Udoh malam baru sempat nak nyinggah ngadap blog. Pening kepala la. Tu yang rasa malas je nak online. hukhuk. Apa pon tak boleh. Balik teruih lena jap. Kasik charge tenaga. 

Saya nak share dengan uols mengenai beberapa produk di pasaran yang pernah saya cuba minum untuk kesihatan & kesuburan. Ini semua usaha kami la. 
Pasai RM memang pejam mata la. Kami anggap ianya sebagai pelaburan masa depan. Boleh la kan. Janji happy :D

Saya & suami amik produk yang berlainan. Yang penting kedua duanya ada supplement untuk diri memasing. Tak kan la cik isteri guna, cik suami nak tengok saja kan. Kena la cuba juga. 

Kata untuk manfaat bersama. Kalau tak cuba keduanya mana nak ada pekdahnya. Ye idok! Yang penting kita cuba dulu. Serasi ke tak belakang kira, boleh ;)
Ala, selagi boleh diterima badan, apa salahnya mencuba. Betul tak?

FEMMINA

Pernah tengok atau pernah makan tak pil ni?

Kalau belom pernah tengok, meh nak habaq. FEMMINA adalah produk keluaran syarikat 
Gamat Emas. Saya kenal dengan FEMMINA  ni tahun 2012. Itupon member yang rekemenkan. 

Member saya ni ada citer kat sorang pengedar Gamat Emas pasai saya yang dah lama kawin tapi belom ada anak. So, dia pon suggest la FEMMINA ni dekat member saya untuk diperkenalkan pada saya. Akhirnya saya pon tergoda. Niat saya masa tu nak berubat dan berusaha. Mana tau kot kot sistem dalaman ada tersumbat ke apa kan. So, saya pon minta izin cik abe nak cuba. Dapat je lampu hijau terus order. 

Banyak khasiat gak FEMMINA ni. Antara khasiat dari pengambilan FEMMINA ni ialah membantu:

Untuk Keanggunan & Kecantikkan Wanita 
  • Membesarkan & menganjalkan payudara
  • Melincirkan & mengetatkan faraj
  • Meningkatkan libido wanita & tenaga ketika bersenggaman
  • Mensatbil, membina & mengharmonikan sistem peranakan wanita bagi meningkatkan kesuburan
  • Menyokong pertumbuhan flora dalam rongga peranakan bagi mengelakkan jangkitan & kerengsaan.
  • Membantu memulihkan kitaran haid yang terganggu seperti ketika mengalami stress ataupun sewaktu mengalami masalah kesihatan dan juga setelah memberhentikan pengambilan pil perancang
  • Mengatasi masalah sengugut & kerengsaan akibat kesakitan haid.
  • Mengalakkan penghasilan susu ibu
  • Memberi khasiat awet muda dan menghindari penuaan pramatang
  • Membasmi kedutan dan mencantikkan kulit
  • Memberi bentuk badan wanita impian
  • Melambatkan uban dan mengalakkan penumbuhan rambut
  • Menegangkan otot perut dan mencegah kebuncitan perut
Selain untuk Keanggunan, FEMMINA pon bagus untuk Kesihatan Wanita:
  • Mengatasi masalah rabun mata
  • Membantu menghindari kelemahan daya ingatan
  • Memberi kesegaran dan membantu ketangkasan pengerakan
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengatasi masalah tidur
  • Membantu mengatasi gejala menapous seperti peningkatan risiko sakit jantung, masalah osteoporosis, panas baran, gangguan mood dan emosi, pening kepala dan lain-lain.
  • Melegakan sindrom sebelum haid
  • Mengatasi keletihan dan memberi keceriaan emosi
  • Mengatasi masalah yang bersangkutan dengan sembelit
  • Menghindari masalah kembung perut
  • Melegakan masalah rheumatik
Harga sebotol hanya RM80.00/ ada 60 biji kapsul. 
Saya beli dengan member, so, dapat la harga kawan kawan. Niat dia pon nak bantu saya. Katanya, mana tau kot kot membantu sebelum buat HSG.

Lagi satu saya ambik KOPI G-CAFE PEGAGA
Sekotak ada 25 sachet
Harga RM29.80


Cara nak ambik pil ni ialah 
buka sarung kapsul
tuang serbuk dalam kapsul kedalam KOPI G-CAFE PEGAGA.
bancuh seperti biasa, kacau sebati minum.
(saya ada gambar tapi tu la hilang sekali dengan kejadian yang tak diingini sebelum RAMADHAN 2013 hari tu. So, saya pakai gambar tu je. Tapi memang kopi tu la saya minum. Minta maap ye)

Saya start ambik femmina & kopi G-Cafe Pegaga bulan 5/2012.
Saya cuma amik 3 botol femmina. 
Untuk kopi G-Cafe Pegaga saya tak ingat berapa kotak saya ambik. Sebab beli untuk cik abe sekal.

Lepas saya buat HSG saya stop amik femmina. Alhamdulillah juga result HSG pon tak ada apa apa masalah berkaitan tiub fallopian saya :D

Nak tau sebab apa saya stop sebab saya rasa payudara saya macam naik semacam je. Tak sepadan dengan body saya kot masa tu. Pakai bra pon rasa macam semuanya dah ketat. Mak aii.. tak kan kot. Kalah cik ta nanti. hikhik. 
Suami pon perasan perubahan yang satu ni. Alahai. Maleww tau ^___*

Lagipon kan dah gtau kat atas salah satu untuk keanggunan wanita. Membesar & menganjalkan payudara. Cer uols tengok balik. So, kesannya memang ketara saya rasa. Tak caya, jom cuba. Pastu sendiri rasakan. 

Saya cakap terus terang dengan member. Dia pon gelak. Dia kata ok la. Aset tu. Hahaa.
 Tak nak la saya. Cukup sekadar yang ada. Hihi.

Kesan lain yang saya dapat ialah perut rasa kempis je.
Lepas minum senang nak membuang. 
Period pon lancar. Saya tak da masalah period tapi bila period nak datang kadang kadang akan rasa lenguh lenguh kaki, sakit sakit pinggang. Tak selesa kan. Tapi bila amalkan FEMMINA & KOPI G-CAFE rasa smooth je. Tup tup dah period. 

Lagi satu kopi G- Cafe tu suami pon boleh minum. Sedap rasanya. Sekali cuba pasti nak lagi. Hihi




20 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah.. boleh nampak kesungguhan QR... banyak supplement yg pernah cuba tu.. banyak pengalaman...

macam menatik je kopi tu... haha

zaza nizam said...

terbaik la ciksu.. sama2 kita berusaha... in shaa allah

Roha said...

usaha tangga kejayaan insyaallah..
dimana ada jalan disitu ciksue berjuang right :)

Roha said...

usaha tangga kejayaan insyaallah..
dimana ada jalan disitu ciksue berjuang right :)

Chic Na said...

cikna pernah makan produk gamat emas dulu.. tak ingat nama tapi untuk cuci perut sbb cikna gastrik teruk kan.. byk luka2 dalam perut.. kopi pegaga tu pun cikna minum.. memang sedap.. :)

fieda said...

salam sue..lamanya kfieda tak singgah sni..rindu sgguh la..byk juga ye supplement yg sue cuba..kfieda doakan yg terbaik utk sue

Wirda Amir said...

Ehehe...perghhh..kalau mcm ni kandapun nak cuba la dinda....dinda stop,kanda plak sambung.....heehe

Maria Firdz said...

teruskan usaha, doa dan akhirnya tawakallah kpdnya... moga berjaya.. insha Allah...

Sya Nadia said...

alamak..tang menaik sgt tu sy ngeri sikit..haha..yg ada ni pun dah cukup buat sy seram..kalau boleh lg nk kecikkan adela..hahaha

Kira Sakura said...

salah satu saya malas nak ambik supp nie sebab dia membesarkan payudara. malu rasa kalau besar2 huuu

Normi Nieza said...

moga Allah makbulkan doa cik sue..aamiin

Tukang Karut said...

boleh besarkan... ooooo.... tetiba terbayang lak...

Kopiolimauice said...

alamak! makin membesar tu yg tak nak ;) khasiat yg lain tu dah ok ;p igt baru nk try

aTieYusof Family said...

Baru tau produk ni chesue..TQ berkongsi.. nak tgk2 juga lah nti.mana tau boleh cuba...:)

Haryati Faizal said...

bagus jugak ye product ni

fazianbatrisyia said...

semoga ada kebaikan dgn usaha ciksu ni. Ya Allah kurniakan yg terbaik buat ciksu & hb malah seluruh keluarganya....Amin.

Mimi Azirah said...

Usaha tgga kejayaan...sy doakan sue n suami akan dikurniakan baby tahun nih in shaa Allah

mama aryan said...

macam bagus je produk ni...hehehe

teruskan berusaha ye ciksu

Masya said...

femimma tu sy pun cuba hihihihi... thn lps kot...

Cik Nur™ said...

mcm best je produk ni...nur ni jenis susah sikit bab2 mcm ubat ni...tp itulah skrang duk mkn vit c shaklee tu je..nak xnak kena paksa..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...