Ikan Cencaru Goreng Sumbat Kelapa

Menu peberet saya ni. Mak selalu buat masa bulan puasa. 2, 3 kali ulang makan ikan cencaru dalam sebulan puasa tu pon tak kesah sebab memang peberet kami. Keluarga saya lebih suka buat Ikan Cencaru Sumbat Kelapa ni versi goreng berbanding bakar. Keluarga mertua suka buat versi bakar. Saya kalau bakar kureng sikit nak makannya. 

Ikan Cencaru Goreng Sumbat Kelapa

Kenapa? 
Dah terbiasa dari kecikkan. Kalau masak untuk kami makan berdua pon saya selalu bahagi dua. Sebahagian goreng, sebahagian bakar. Masing masing punya peberet. Ok la kan. Tak da nak kecoh kecoh nanti :)


Nak buat Ikan Cencaru Sumbat Kelapa ni pon senang je kan. Ala uols pon selalu buat. Kan. Kan.

Bahan-bahan:
ikan cencaru -siang, belah belakang, sejat & lumur garam kunyit
kelapa parut -secukupnya
serai -sesedap rasa
cili merah & cili padi -ikut nak pedas mana, kalau nak pakai cabai blender pon boleh
serbuk kari ikan sikit
bawang merah -ikut nak banyak mana
garam & gula sesedap rasa
benang -untuk ikat ikan

Caranya:
Tumbuk kesemua bahan kecuali ikan la kan.
Kemdian sumbat la ikan cencaru tu dengan sambal kelapa yang dah siap 
Belit ikan cencaru tu dengan benang supaya segalanya isi kelapa tak terburai masa goreng nanti
Goreng dalam minyak yang banyak. 
Bila garing angkat & toskan minyak

*KALAU UNTUK IKAN CENCARU BAKAR TAK IKAT DENGAN BENANG PON TAK PA*
*MASA NAK MAKAN GUNTING LA BENANG TADI*

Sedap ni ^___*

Saya suka Ikan Cencaru Goreng Sumbat Kelapa sebab garing garing baru sedap nak meratah. Hahaa. 
Cik abe pulak suka Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa sebab alergik dengan minyak. 

Uols suka Ikan Cencaru Sumbat Kelapa versi goreng atau bakar? Jom share ^^,




Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Ikan Cencaru Goreng Sumbat Kelapa"

saya pun suka versi goreng dari bakar.. sbb lebih rangup isinya.. aduhh.. terliur liur dibuatnya..

fae minta izin share resepi ne ngan kawan ye kak :)

rasanya nana pun suka goreng lagi,heee...takpernah cuba ikan sumbat bakar

hai ciksue..
akak pon suka cencaru sumbat belakang ni..selalu akak goreng je :)

tQ ciksue kongsi resepi...

aduiii... sedapnya. terus lapar perut ni...

Goreng!!! Haha.. nak sedap mesti ada minyak kan...

sy xsuka kelapa..kalau buat sy letak la semua tu kecuali kelapa..

sedap ni ikan ni.. cikna suka.. lagi2 kalau buat pedas2 kan.. hihi..

Pernah jugak wat cencaru sumbat tapi bezanya xde kelapa...yg lain sume sama

haishh...kecur liur dah ni..kekekek

suka jgk ikan cencaru nie..tp plg peberet cencaru sumbat sambal kuinin...ya ampun..sedap sgt!!!!

terliur tgk.. ikan tu nmpk berlemak jer.. deqla x ksh memana.. dua2 sedap! :)

tak kisah mane².. kalau balut dgn daun kunyit lg harumkan...

arghhhh..sedapnye...nak buatlah

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF