Peria Katak Goreng Telur

Saya ni kalau tak da bahan nak pot pet, menu santapan saya la jadi bahan entri. Hahaa! Boleh la kan. Dari tak da bahan. Huhu.

Syoknya pepagi jumaat yang indah ni sambil sambil minum pagi dapat hirup udara segar. Alhamdulillah. Terasa nyamannya dengan tiupan angin yang sepoi sepoi bahasa. Cuba tengok pokok ni, daunnya melintuk je bila ditiup angin (:


Ok, ni menu makan malam semalam. Peria Katak Goreng Telur. 


Gigih le.. dah makan separuh baru terhegeh hegeh nak amik gambar.. hahaa.. apa pon tak boleh.. gini le kalau dah jadi blogger.. sikit sikit nak amik gambar, pastu tepek kat blog.. hahaa! janji happy kan.. betul tak (:


Buat sayur senang + cepat + khasiat.. sapa suka makan peria katak?


Bahan-bahan:
Peria katak, Bawang putih, Cili merah, Telur ayam kampung, Garam

Caranya:

Peria katak potong bulat dan rendam dalam air garam untuk kurangkan pahit. 

Bawang putih ditumbuk. Cili merah dihiris.

Tumis bawang putih sampai kuning.
Kemudian pecahkan telur ayam kampung. 
Masukkan peria, cili merah dan goreng sampai masak.
Perasakan dengan garam sesedap rasa. Gaul rata biar sebati


Kalau tak nak goreng dengan telur, uols boleh buat Peria Sumbat Kelapa.. versi kukus.. ni lagi berkhasiat.. pahit itu kan ubat.. hihi.. selamat mencuba (:

Agak tak terdaya, buat je Peria Rebus.. lagi mudah.. kejap je dah siap.. pastu cicah sambai belacan.. sedap oooooo ;)


pssstt: selamat beristirehat.. 



Previous
Next Post »
27 Komentar untuk "Peria Katak Goreng Telur"

Tak pernah mkn peria katak.wpun kt kg sy byk tmbuh pokok ni..

dah penah try rendam peria katak dlm air garam, tapi tak kurang pun pahitnya.huhuhu..nape x jadi ye..?

Menu peria ni poberet Apak k.atie tau!



p/s:Klu brminat dgn harga promosi pemanggang & pan ajaib..pm k.atie kat sini ya.
https://www.facebook.com/kak.yang.9

salam jumaat cik sue.. mana ada istirehat.. bekerja ni.. huaaaaaa!!!

adeh napala namanya peria katak eh? hehehe Queen x pnh mkn peria..;)

sy masih lum boleh terima peria dalam perut sy..pahit..huhu..walaupun tahu peria bagus, tp.....maybe 1 day...Allah knows better..:)

wahhh! sedap sungguh peria.. suka makan ni sis...:)

saya mkn peria goreng telur je ciksu. msk lain xpnh cuba lg..

Ciksuuuuuuuuuuu miss u tooooooo. huhuhu tak dapek jumpo kito, tu la kalau ambik phone number dulu kan boleh gak try try jumpa, takpo la takder rezeki maybe lain kali. tengok peria ni tingat kat my brother gedik nak beli bend ni kat tesco tapi kami gaduh2 mesyuarat kat situ saper nak masak hahahaa.

kalau lalu makan ratah mentah aje hiris nipis2 cicah sambal belacan...sedap aje

ciksu x suke ke ltk bwm merah?

Salam dinda...

Ku lihat hijau di luar jendela...

Kanda suka sbg peria katak,kalau masak tak perlu rendam garam sbb kanda suka pahitnya tu,buat ulam,cicah sambal belcanpun sodap....terliur dh ni.....

yup ciksue..selalunya yg pahit itu obat..yg manis tu racun,tu yg selalu orang dok sebut hehe :D

peria katak,akak tak pernah masak or makan..tapi peria yg biasa tu mmg suka,sambal cmpur udang basah ermm sodap :)

sy mmg suka amik menu peria kalau beli nasi campur. kdg tengok menu sayur lain tak selera sbb hijau tu dah nmpk layu.

saya pernah masak.. tapi x ingt pula caranya..sy xmakan pun peria ni..

huhu..lya xsuka peria..pahit lepangg

Peria katak lbh pahit dr peria biasa kn?pnh skali beli grg mcmni...mmg rasa pahit tu ttp trasa..hihihi

husna tak pernah makan peria sebab mind set cakap peria itu pahit.. jadi buat lah mcm mana pon tetap tak kan makan.. hehehe..

peria.. Ros kalau nak makan peria, selalu beli yang dah siap. jarang masak sendiri.. sebab suami Ros tak makan.. hihihi...

terbaikk.. yg pahit itu ubat

masak sayur la yg paling simple kan.. mudah dan cpt.. hihi.. tp deqla x suka sayur peria.. huhuhu..

Dulu tak reti makan peria, sekarang dah boleh makan ;D

Saya juga sangat suka apalagi dicampur ikan teri

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF