2 Tahun Sudah..

Salam takziah  & al-fatihah. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya untuk teruskan misi pencarian serpihan pesawat MH370. Aamiin.

Bulan Mac banyak memori yang tercatit dalam kotak memori saya dan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Untuk saya sendiri pada Mac 2012 ada kisahnya tersendiri. Disusuli Mac 2013 kes Lahad Datu & terbaru Mac 2014 berita kehilangan pesawat 
MH370. 

Pada 21/3/2014 genap la sudah 2 tahun pemergian arwah adik saya. Pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun. Sekejap je rasa 2 tahun berlalu pergi. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Walaupon perit pada mulanya. Sebagai hambaNya kita kena redha dengan setiap ketentuan dariNya. In shaa Allah.

Kebetulan,

Gambar ni saya snap pada 21/3/2014 masa di highway PLUS menghala ke utara tanah air. 

Terserempak dengan deretan konvoi trak 3 tan milik tentera darat. Dari mana saya tak tahu la kan. Ada lebih kurang 7 buah trak juga la. Menurut cik abe dorang ada buat ’exercise’ kot.

Apa kaitan trak 3 tan dengan arwah adik saya?
 Arwah adik saya berkhidmat dengan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) sebagai pemandu. So, memang arwah bawa la trak 3 tan ni. Itu yang saya cakap kebetulan tu. Memang tak sangka akan berselisih dengan trak 3 tan ni pada tarikh tersebut. 

Ini kalau dalam keta masa terselisih dengan trak ni, kebetulan mak saya ada juga comfirm dia nangis dah ni. Kenapa saya kata macam ni sebab pernah sekali tahun lepas masa on d way dari Kedah nak ke KL, saya, mak & bang cik naik bas. Tetiba mak menangis. Bila tanya "pasai pa mak teriak".. terus mak habaq kata terpandang trak 3 tan ni. Padahal saya tak nampak pon lagi masa tu sebab bas berenti isi minyak kat hentian Gurun. Macam mana mak saya boleh perasan pon tak tau la. Oh ya, masa tu kami naik bas dua tingkat. Tempat duduk kami memang di tingkat atas.

Bagi saya agak jauh la jugak, pandangan mata dari stesen minyak shell Gurun tu menghala ke laluan highway tu. Punya la tajam penglihatan mak saya masa tu. Naluri seorang ibu kan.

Kenangan bersama arwah selepas tamat latihan bulan 12/2006 di Port Dickson.

Keluarga saya. Tak cukup sorang. Adik no 3 tak da dalam gambar.
Kenangan bersama arwah di hari bahagia saya. Masa ni kat kedai pengantin di Pekan Kuala Kangsar pada 24/11/2007.

Al-Fatihah...

ppssttt: Ada yang rindu dengan aii tak? Hihi. Nanti mood dah baik, aii kasik update ok. Banyak benor berita yang nak aii kongsi dengan uols. Tunggu ^_____°




Previous
Next Post »
43 Komentar untuk "2 Tahun Sudah.."

setiap yg berlaku ada hikmahnya..al-fatihah..semoga semua tabah dalam mengharungi dugaan ini..amin..

Al-fatehah..semoga arwah tenang di sanaa....mmng rinduuuu ari2 dok tertanya2 mana cik su menghilang ;)

Hai, Cik Sue...
Lama x singgah sini..
Alfatihah buat arwah adik Cik Sue... ^__^

mesti la rindu. mac bulan kelahiran sy & sy kehilangan abg pun dlm bln mac. Al-Fatihah.

mac yang menyedihkan..memori insan tersayang tersimpan kemas di hatii...:'(

Salam QR..

tersemat kisah disebalik tarikh2 ini..
alfatihah buat arwah adik cik su ya..
dan juga penumpang pesawat MH370

*missu:D*

Huhu.. Sedihnya..sbb suami sy juga tntra... Salam takziah ea...

al-fatihah buat arwah adik cik sue...

mestilah rindu awak.. awakkan selalu sehari bnyk entry ni takda entry lain je rasa... sy pun bizi huhuhu

sebak bc n3 ni... semoga arwah tenang d sana...

ajal maut allah dah tetapkan.
kita pun tak tahu lepas ni giliran kita pula.

tu la, lama sangat menyepi...windu tau :)

al fatihah untuk adik akak...
lama nyepi,;-)

semua itu kebetulan kan..

alfatihah utk arwah adik qaseh..

Al fatihah utk arwah adik akak. Semoga beliau ditempatkan di sisi org2 beiman. InsyaAllah

hye ciksu..lma sngguh xhupdate..

Mak manalah tak sedih ......tp tulah...... bukan mudah nak menghadapi sabar tak semudah mengungkapkannya....
Rindu tu rindu QR.....tp tk sempat nak bw...

sedih kak baca kisah adik ciksu.. kejap je 2 thn..mmg perit kehilangan ahli keluarga tsayang..apalg pemergiannya dlm keadaan mengejut cmtu..smoga arwa ditempatkn dikalangan org2 yg beiman..

akak pun turut merasai perasaan yg sama dgn ciksu..kak jg kehilangan 2 abg tcinta..baca kisah ciksu ni mbuatkn akk teringatkn arwah abg2..smg mereka sejahtera disana..

salam...datang dr cacamerba.hehehhe.. tq sudi singgah n komen kat entry sy...selamat berkenalan...
saya doakan sis akan dapat zuriat yg diidamkan...saya tak smpat nk baca semua lg...nanti sy jenguk2 lg...bye..

Takziah cik sue
semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman

Al fatihah bt adik ye..skrg ni 2 tahun trasa 2 ari dh...

Al Fatihah untuk adik ciksu. Eh, mestilah ai rindu nak dengar cerita sensasi ciksu. Cepat le dtg mood tu ye.

sedekahkan alfatihah tanda kita sayang dan ingat pada arwah bila rindu tu dtg yer !

opkoslah rinduu Ciksu.. lama tu tak berupdated.. mesti ada sebab ni kan?.. hihihi..
sabar ye Ciksu.. bila teringat, mesti rasa sedih kan.. semoga Ciksu dan keluarga tabah hadapinya :)
Al fatihah buat adik Ciksu...

salam takziah.. semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 soleh.. amiin..

^
|
|

Semoga cepat pregnant dear

btw amy rindu...lama x datang kat blog :)


semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman..amin..

al-fatihah
dari dia kita datang, kepada dia kita kembali

Kenangan bersama orang yang kita sayang memang sangat terkesan di hati...
Hanya mereka yang pernah melaluinya yang lebih memahami...

Ai.. bila nak update kisah happy tu? Dah pgnnat ke ni? Lama menyepi... hihi

Dua tahun cepat berlalu ya.. dua tahun lepas rasa Naim kecil lagi, ni dah jadi 4 tahun yang macam2 kepandaian. Naim lahir 22.3 itu yg tumpang sebut dua tahunm tarikh dekat tu. Semoga keluarga Ciksu redha dgn pemergian arwah adik tu ya.. sedih baca pasal mak menangis bila yengok trak 3 tan tu. Memang ibu mana yang tak sedih kalau anak pergi lebih awal drp dirinya..

Semoga mak sue terus tabah...erm maaf tny..adik sue meninggal kenapa ye??

Sy dh bce entry psl arwah adik sue...sesih sy bce

dh lama x komen2 kat cni..akk cpt2 la update lgi hihi

Al fatihah moga tenang dia dekat sana .

semoga terus diberi ketabahan.. Al-fatihah..

alfatihah utk arwah....semuga diampunkan dosa2nya...

Al-fatihah! Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Masa sekarang ni memang pantas berlalu Ciksu. Sekejap aje semuanya dah berakhir. Betullah kata pepatah 'masa itu emas' kan. Tercungap-cungap juga nak mengejarnya kadang-kala.

Mana tak rindu kat Ciksu. Kalau ada, mesti bertandang sekali-sekala. Kalau takda, memang tak nampak bayang dan blog pun sepi sesepi-sepinya!

takziah untuk awak sekaluarga. moga arwah ditempatkan bersama para solehin amin

Kakak akak ni pn still dok nangis kalau ingtkan arwah husben dia walaupun dh setahun berlalu.

Meninggal knp ye. Alfatihah. Moga ditempatkan dikalangan yg beriman.

al-fatihah...

byk2kan doa yea ciksu..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF