Buat yang bertanya..

Khas buat kakak kakak ku zura&iwan, fazianbatrisyia & Okje

Ate acaner saya boleh joined majlis Datuk Siti bulan Jan 2014 hari tu. Sebenarnya majlis tu khas buat kelab peminat Datuk Siti (SITI ZONER). Tapi kalau yang bukan ahli nak join pon okje. Bila pergi tu dah dikira ahli la juga. 

Sebelum2 ni pon saya tahu je setiap kali sambutan ulangtahun Datuk Siti dorang (SITI ZONER) akan raikan tapi tu la saya tak berkesempatan nak pergi. Salah satunya sebab jauh & kekangan masa la. Alasan kan. Hihi. Ye la, bila duduk jauh banyak faktor kena amik kira. Bukan setakat nak pi majlis tu je. Makan, minum, cuti & tempat tinggal haruslah diutamakan :)

Itu yang saya cakap kali ni memang rezeki saya. Kebetulan tahun 2013 Datuk Siti tak buat sambutan hari kelahirannya bersama peminat sebab jaga Datuk K di hospital kan. So, 2014 dorang buat sambutannya. Kebetulan saya duduk KL kan. Dekat sangat tempat majlis tu berlangsung. Tak jauh pong ;)

Saya tahu pon last minute jugak sebab tertengok kat IG @roziesangdewi pasai majlis tu. Terus la email tanya masih ada kekosongan atau tak. Nasib masih ada kekosongan. Memang rezeki kami la. Selesai buat perbincangan dengan big boss, terus aje bank in duit.

Bayaran dikenakan sebanyak RM100 seorang. Dapat makan tengah hari & minum petang. Ada goodies bag juga. Majlis berlangsung hari Ahad dari pagi hingga ke petang. Tak payah nak apply cuti bagai. Balik hari je. Hihi. Keramat ke Taman Melawati apalah sangat kan :)


Memang puas la dapat ’face to face’ dengan Datuk Siti. 

Kalau ikutkan sebenarnya nak tengok konsert Datuk Siti dekat KLCC bulan Februari, sempena hadiah besday saya 7/2/2014 tapi sekali tengok bertindih dengan jadual kusus cik abe. Cik abe kena pergi kusus 4/2/2014. Huhu.

 Walaupon tak dapat pergi KLCC akhirnya ada jugak rezeki ke majlis ni. Terubat la kan :)

Selalunya ada je halangan nak pergi jumpa Datuk Siti. Tahun 2014 ni alhamdulillah dipermudahkan semuanya. Kalau ikutkan 2013 dapat jumpa juga dekat Aeon AU2 tapi terkandas di penghujungnya. Huhu. Sama juga masa kat JB dulu. Kesemuanya untuk road tour ’SimplySiti’.




Previous
Next Post »
34 Komentar untuk "Buat yang bertanya.."

klu dah nama nya rezeki kan...dapat jugak bertemu muka ;)

ohh ye ke...kalau dah minat tu kan...cer nyanyi sikit nak dengar, boleh ikut tak lenggok suara tu...???
kawan akak ada tau yg minat ct ni & boleh nyanyi dgn best suara dia...skrg dia jadik wartawan BH...

oo..memang rezeki la kan.. lagi pun takde la mahal sangat..siap dgn makan dan goodie bag bagai.. dapat gambar ngan retis kesayangan.. bukan mudah dapat peluang mcm tu..

ei...syoknye dapat jumpe face to face...suke gak dato ct ni...

peminat setialahni.. syiokler kan dapat berjumpa... comeljer cam adik beradik dahtu...

wah bestnye dapat jumpa datuk ct face to face

wah bestnya.. rezeki ciksue dapat jumpa siti kali ni kan

rezeki tu...bukan senang dapat jumpa Siti kan,saya dapat jumpa 3 kali face to face...itupun dah lebih dari rezeki...lebih2 lagi duk Kuala Lipiskan..hehehe..

Salam QR..

cma suka dato siti..

sama comel dah QR dgn dato siti.. bestnya dpt FTF dgn retis pujaan :)

Ada seorang yang Che Mid, amatlah tak suka pada Dato Siti...entah tang mana pun tak tau le..

akak 1st time face to face dengan siti masa kat UPM dulu..dia pernah join program dgn ipta masa tu..cantiknya kulit dia kan..tapi sekarang dia dah berisi cket tp tetap cumel lotey :)

Kat mana majlis ni ciksu? Taman Melawati kat area mana?

Alhamdulilah terubat jugak rasa sedih dulu tue kan? ;)

Owh.. Penminat setia dia la ni ea..

Assalamualaikum.. alhamdullilah. dapat juga jumpa Dato Siti akhirnya. hehe bestnya ~~~

seronok kan.. ;)
pasti meninggalkan kenangan manis.. ;)

peminat tegar lah ni ... alhamdulillah dah dpt jumpa .

Bukan saja ahli kelab tapi peminat setia Datuk Siti ni nampaknya....

amboi rezeki bertentang mata dgn datuk siti yer !

Birthday kami nnt tak nak join ker? Lama lagi so sempat la book tiket semua, masih banyak kekosongan. Heheh gurau jer CikSue. How are u? Miss u laaaaa. Have a nice Jumaat and weekend ahead.

Ohhhhh.....gitu yeh QR, tq bagi info yeh....okje teringin je nak berface tu face ngan datok ct...tp tulah cik abe....susah sikit...

Bestnya peminat setia CTDK dapat sertai majlis dengan tuan badan.. seronok tu.. ada rezki ciksu tahun ni ya.. dapat jadikan kenangan manis.

This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus
This comment has been removed by a blog administrator. - Hapus

seronoknya dapt jumpa DCT secara live kan?.. cantik je SITI.. Alhamdulillah tercapai hajat sis nak jumpa dia..:)

seronoknya dapt jumpa DCT secara live kan?.. cantik je SITI.. Alhamdulillah tercapai hajat sis nak jumpa dia..:)

Wow, bestnya dapat jumpa ct... ^__^
K nrl pun minat jugak ct...

Sy minat kt die tp x berkesempatan nk join pe2 event yg dianjurkan

bestnya.. :)

teringin gak nak tgk tok ti live.. :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF