Catuan Air & Tong Air..


Konon2 ingat sabtu ahad nak le mengukur jalan sampai ke Putrajaya nun haaa.
 Salah satunya sebab nak jumpa Dato’ Siti di Dataran Gemilang, Putrajaya serta melawat booth Ephyra.

Penyudahnya tak dapat ler nak pergi. Huhuhu. 
Mengenangkan masalah air yang masih belom ada lagi sampai ke hari ni. Hari ni dah masuk 4 hari tak da air tau. Bermula sejak pagi Jumaat lepas :(

Dengar khabar angin katanya petang kemarin kemungkinan akan ada air balik. Tunggu punya tunggu nan hado juga. Kebetulan hari sabtu tu tersembang dengan sorang makcik, katanya kawasan Wangsa Maju pon tak ada air juga. Huahuahua. Baru aje nak nak bergumbira kononnya catuan air akan ditamatkan. Rupanya tak jadi pulak sebaliknya Catuan air diteruskan. Sampai bila, kita tunggu & lihat aje lah ^____"

Aktiviti hari sabtu ahad khoje laki binik ni ngukur jalan ke Wangsa Maju, Chow Kit & Selayang. Hahaha. Biasalah meriki harga tong air le cik laki kawe tu. Kawe ni kan pengikut setia. Ikut aje le (",)

Sabtu ke ofis cik abe dulu, pinjam troly. Kesian nengok cik abe berhempas pulas usung tong air naik tangga walaupon hanya tingkat 1 tapi sayang badan oiii!!!! nak pakai lama lagi kot ^____°

stok makin bertambah.. warna kelabu pulak.. cik abe kata apa punya warna la, tak cun langsung... hahahaha.. apa pon tak boleh

Selesai masalah troly, kita ke NSK Wangsa Maju. Harga tong air 38 galon masih sama RM63. Harga ahli dapat RM61. Tak semua tempat sama ok harga tong air ni. Nak2 kedai kawasan Chow Kit & Selayang. Setakat ni saya tengok harga tong air paling murah NSK Wangsa Maju.



Kalau tong air yang warna kuning ni di NSK Selayang paling murah berbanding Chow Kit. Bentuk yang sama, warna yang sama. Harga di NSK Selayang RM13.90. Harga ahli dapat RM12.50. Berbanding kedai di Chow Kit harganya ialah RM20.00. 
Rata2 kami sembang dengan penghuni blok ni ramai yang beli dengan harga RM20.00.

Agak mahal hokay!!! melampau betul la tokei kedai ni sekarang kan. Kira nak mencekik aje khoje demo.

"Mmmmmmm, sabaq je la"..


Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "Catuan Air & Tong Air.. "

mentang2 air kena catu so harga tong air terus naik ek.. heheh..

Alhamdulillah..dh xde dh catuan kt tmpat sy..

moga cepat la masalah ni berakhir...

akk pakai segala tong yang ada kat umah termasuklah segala storage box, terpaksa keluarkan dulu brg2 dlm tu... tak sanggup nak beli yg lain... bertabahlah dgn ujian Allah ni

bertabahlah..kesiannya. Tau susahnya bila takde air ni...
da ada brp tong air simpan?

jenuh pk pasal catuan air ni hu3

akakpun dah rasa lemaujer catuan air cam nak sambungjer lagi.. yang pelik nyer cam tak adiljer setengah kawasan okjer tak kena langsung...

xpelaa.. mungkin tauke chow kit tu dpt hrga beli mahal kot.. :p

memang suka ambik kesempatan. tak kesian langsung dekat orang yang ditimpa musibah. huhhhh

emosi pulak kite nie

hadoi....sabaq jer la. Harapnya skang dah ada la air dan takder masalah lagi.

salam QR..
huhuh.... cma beli tong yg berhara rm79.90 .harga asal sebelum catuan dulu baru je rm49.9..
teruk rasa... :(

Bila air takde serba tak kena kan...

ala kesian sy tgk..moga krisis ni cpt berakhir

dah nak habis dah catuan air ni. insyaAllah.

Biasalah Ciksu. Bila takda air, mereka up lagi harga tong sebab permintaan tinggi. Kita nilah yang pengsan membayar tong, mengangkut air dan sebagainya. Letih dan marah betul rasanya.

peniaga pun satu hal.. amek kesmptn dlm kesempitan.. hmmm

Haha.. skg 5 july dah kena catu balik.. sibuk buka tong yg disimpan.. bulan posa pulak tu..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF