Catuan Air

Aduhai la cik abang syabas oiii!!!! 
hari ni dah masuk hari ke 6 kawasan perumahan saya tak ada air
mencabar sungguh la nak laluinya
kena banyak2 bersabaq la kami ni
tapi sampai bila??? kalau setakat sehari dua boleh gagah lagi. ni dah makan masa sampai 6 hari. cer bayangkan la macam mana situasi kami nak menghadapinya ni.

Rumah saya tingkat 1. bawah rumah saya ada bilik pam air. selama tu juga la dok menanti bila la pam ni nak berbunyi. sunyi le pulak. huahuahua. 
tak dapat bayangkan saat pam air tu berbunyi. 
sungguh!!! saya memang tengah menanti pam air tu berbunyi
tak sabaq sangat2.
dengar pam tu bunyi, comfirm rasa lega ya amat sangat. hihi.


Alhamdulillah, 
semalam ada LORI SYABAS mai hantaq ayaq
lama jugak la lori tu menyinggah
seawal jam 930 malam dah ada. bergerak balik hampir jam 12 malam
pakat la turun tolak troli ngankut ayaq buat stok untuk berapa hari pulak pon tak tahu le 
tunggu, tunggu & tunggu aje la.

Setakat yang saya nampak, LORI SYABAS ada sebiji kat Blok B, sebiji kat Blok C & sebiji kat Blok E
kawasan saya ni ada sampai Blok J
cer bayangkan setiap Blok ada 15 tingkat. setiap tingkat ada 6 pintu rumah.

Katanya tekanan air rendah sebab tu tak sampai ke kawasan kami. entah betul entah tidak tak tahu le. lagipon kawasan rumah saya atas bukit sikit. nak2 blok saya ni (Blok E), terletak hujung sekali. huhuhu.

Nak dijadikan cerita, semalam terbaca wassap group blok kami ni haaa, ada dah yang buat cadangan suruh keluarkan modal sikit pastu nak report kat Karam Singh Walia. hihihi.

mana boleh sabaq sebab dah hampir seminggu. kalau ikut jadual pon paling lama di catu 2 hari buka, 2 hari tutup. masing2 kesian kat anak bini :(

pppsstt: rumah dah berapa hari tak bermop, baju tak bercuci. huhuhu. nampak gayanya kena numpang mendobi kat office cik abe le esok. apa boleh buat. itu je pilihan yang ada.  tak pon ke Brickfield. mendobi di sana.



Previous
Next Post »
36 Komentar untuk "Catuan Air "

sabar..tp tu la tahap kesabaran pun ada hadnya jugak kan? apa nak buat...

direct 6 hari? Allah... sabar ya...

harapnya dengan berakhirnya bulan april nie, makan berakhirlah catuan air

adoi sedih la bila dgr kes ir yg xselesai-selesai..kesian la kat org yg ada ank ramai lg la..bj menimbum..air nk guna banyak kan..

uhuhuhu....lama jugak tu...rumah akk xde air sehari pun akk rasa susah sgt apatah lagi yg lama2 mcmnie...seksanya....

memang tak boleh tahan. kalau kena catu 2 hari pun gelisah ini kan pulak hampir seminggu

lama sgt dh tue xde air..kesiannya..smpai bila nk abis cite nie..sabar ye..

aduii! memang susah bila takdo air ni kan che su... nak buat kerja rumah pun tak boleh...huhu..
saborr je lah!

Cadangan terbaik. Kalau Karam Singh Walia datang masuk TV memang barulah mereka bertindak.

Bayangkan yg ada baby susahnya kakak bayangkan..

lamanya..kalo saya dh angkut baju balik kg.air kena catu 2 jam pun dh terasa gelisah

kat kawasan ssaya bila masuk je hari 3.. jiran2 kami mesti sibuk telefon syabas..
dan malam nya lepas telefon dia akan datang..
bersungguh2 kami mengangkuk air..sampai syabas kena datang berkali-kali malam tu..

dan esoknya air ada balik.
setakat ni dah 2 kali lori syabas datang, sb catu aor lebih 3 hari.

Assalamualaikum kak, kesiannya. semoga catuan air ni berakhir tak lama lagi. in shaa Allah...

aduhai siannyer .. hanya mampu bersimpati !

uit sampai 6 hari, giler lah. sapa tak ngamuk kan,janji 2 hari ni dah sampai 6hari. teruk betul la

CikSu,

Nanti boleh singgah kat blog MD tak? Nak minta contact details lah :)

huk alooooooh laaaa. memang, seksa takder air ni. ehhh nak report kat karam singh kena kumpul modal jugak ker? adehhh lagi sekali, mana wakil rakyat? ceceeh

ya Allah... kesiannya... dah 6hari?! susahnya la kalau tak de air... :(

Baru jap tadi khalid ckp catuan tamat selewat2 jumaat ni...
Tapi dia tak janji catuan pulih sepenuhnya...sebab mungkin mei ni ada catuan semula olih kerana musim panas akan dijangka tak lama lagi..

ya Allah..lama tu!sabar byk2 ya QR..

memang seksa bila takde air ni,
tapi sekarang dah takde catuan dah kan sue

hui.. lama nya... dua hari pun dh rasa seksanya... ni kan pula 6 hari... sabar je la...

Memang stress lah bila tak der air dah lama ni.

mmg betul2 korang diduga kan. syukurla catuan air akan berakhir dah nanti. ke dah tamat dah.

salam QR..
huhu..ya allah..dugaan sungguh..
semoga cik su n hubby dan juga jiran2 semua bertabah...

Bahaya tu kalau lori Syabas dah mai...takut lama tak de air tu...

Haha.. bila dah stress macm2 ya..

Air takdw susah nak buat keje apa2..

Masa takda air ni Ciksu, bunyi air berdetik kat pam air tu pun terasa indah yang amatkan. Bila dengar aje mulalah tersenyum gembira dan lega semacam aje. Dah ada pengalaman gitu Ciksu. Kalau boleh, memang tak mahu lagi!

haihh seksanya xde air.. amboii siap ada wassap group blok.. bagusnye.. :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF