Hotel Chua Gin, Cameron Highland

Hari nak pergi baru call tanya bilik.. nasib ada kosong. pagi call, tengah hari bertolak ke Cameron Highland.. singgah Jumaat dekat masjid lepas Tol Tapah.. pukul 4 petang baru sampai depan hotel.. ngam2 sampai ada parking kosong.. lega, tak payah parking jauh2.. rezeki. Allah Maha Mengetahui ;-)

Hotel Chua Gin
     3 hari 2 malam.. RM270
kalau hari biasa boleh dapat RM60++ satu bilik.. hari minggu & cuti am macam biasalah.. harga naik berlipat ganda.. sedia maklum..

      Hotel Chua Gin 
ada 3 blok bangunan.. tengok pada no yang saya tulis tu.. saya dapat blok baru yang bernombor 2.. bilik saya yang dibulatkan tu.. tingkat 4.. memang puas la menapak naik tangga.. huahua.. 





bangunan baru lagi satu yang saya tulis no 3.. nak ke bangunan tu, kena lalu lorong kecik tu.. agak ke belakang sikit.. mula2 kami dapat bilik kat bangunan no 3 tu la tapi saya TAK PUAS HATI SEBABNYA BILIK TU BOCOR.. dah la lantainya semua dipasang karpet.. karpet yang sebelah bilik air tu habis basah.. belom sempat nak tanya dekat staff yang hantar kami tu, dia dah blahhh!!!

Saya cakap dekat cik abe, mana boleh tahan macam ni.. dah la 3 hari 2 malam.. saya memang nak lepak kat bilik je.. kalau keadaan macam ni, hilang mood tau.. dengan bau hapaknya.. waaa.. tak tahan kot.. dah la bilik tak da aircond atau kipas.. macam mana nak tido, nak solat.. bla.. bla.. bla... t
erus cik abe pergi kaunter & minta tukar bilik..

Alhamdulillah, rezeki kami.. nasib masih ada bilik kosong tapi tingkat 4.. boleh je asalkan selesa.. bayar mahal kot.. 

Bilik

Kena naik tangga tu.. bilik kami pintu sebelah kiri.


Kunci Bilik

Semput la jugak menapak dari bawah sampai ke tingkat 4.. hahahaa.. tapi bilik memang selesa & puas hati..

Bilik Air

 Siap ada baldi & gayung.. air tersangat2 sejuk ok.. nak2 time pagi nak solat subuh.. air paip macam air ais dalam esbok tu..

air panas jap ok jap tak ok..


 TV 

Siap ada kipas meja lagi.. kipas syiling atau aircond tak da..

siaran tv boleh la layan.. ada astro tapi siaran tv3 tak dapat pon.. maka kami dok layan tv1 aje.. kes MH370..


 Heater & gelas

Heater kami bawa sdn. bhd.. yang ni kami buat masak air panas untuk mandi je.. hihi..



Katil yang selesa

Bantal kecik 2 biji tu sdn. bhd.. hihi..

oh ya.. tuala TIDAK DISEDIAKAN..
nasib saya bawa tuala sdn. bhd sebab saya jenis tak berapa suka guna tuala hotel..
pergi mana2 pon saya bawa tuala & selimut sendiri hatta balik kampung sekalipon..
 baru puas & selesa :)


Lantai Kayu

pemandangan dari tingkat 4..

Motip saya pilih hotel ni sebab TUJUAN ASAL NAK PI PASAR MALAM JE.. dekat sangat.. jalan kaki je dah sampai.. tak dan nak basah ketiak la kalau jalan tu.. hihi..




Bangunan ni sebaris dengan GUARDIAN & MASJID.. kalau nak ke pasar malam, masjid ni sebelah kiri.. kalau berjalan kaki dari HOTEL CHUA GIN..




Selain tu HOTEL CHUA GIN  juga berdekatan KFC..




Pasaraya Jimat berdepan je dengan Hotel Chua Gin



suasana waktu pagi..

Kesimpulannya,
-bilik memuaskan.. tip top la senang citer-
-heater dalam bilik air tak berapa nak panas. so, kena guna inisiatif sendiri jerang air panas.. ok je-
-wifi ada tapi tak guna pong macam siput-
-dekat dengan pasar malam-
-banyak kemudahan ada mini market, KFC, Guardian, kedai makan melayu dekat masjid, masjid, kedai peladang, balai polis & balai bomba.

Previous
Next Post »
29 Komentar untuk "Hotel Chua Gin, Cameron Highland"

bestyer.no bad la dgr hrga rm270 utk 3 hr 2mlm kan..:)

Komplen jek...kita yg bayar...yg ni baru betul customer is always right...

saya pun xsuka pakai tuala hotel..

salam QR..

huhu..mmg patut mintak tukar..kalo dah bayar mhl, tp tak spt yg dijangkakan membazir namanya..

tgk keadaan bilik nmpka kemas.. aa..mesti syiok tido memalam..sejukkk :)

dulu p ch pun tido kat chua gin :)

Wah..ok jgk kan sis...mana tau ke CH boleh stay hotel ni... banyak kemudahan dI sekitar nya...;)

rasanya adik akak pun sewa hotel ni hari tu
tapi akak biasa pegi balik hari
ikut jalan koyan :)

Saya insyaAllah ahad ni nak g CH... hotel tak tempah lg, main redah je ni... hihi

nsb baik ciksu dpt bilik yg baru kan... sbb saya ada survey2 gak hotel kt sana.. dr komen2 yg saya baca tu, byk yg "bad" dr yg ok utk hotel ni...

masa gi dulu akak duk kat equatorial hotel...nak gi pasar minggu tu punyer lah jauh giler..dengan jem lagi..tambah plok masa tu cuti sekoloh...
bilik dia pun memang memuaskan ...lengkap dengan air panas...takde lah sejuk sangat

Haha..berdua ni senang kan.. nak ke mana2 mudah je terus pergi. Mujur dapat tukar bilik ya. Bab mandi pagi mmg siksa ya kalau kena air sejuk. Masa akak gi yg cuti bln 12 hari tu biliknya air tak panas sgt.. meraungla budak2 ni mandi air macam tu. Mujur yg pergi baru2 ni ok..

wah seronoknya ciksue g ch...bersejuk2:)

Salam perkenalan. Seronoknya pegi CH. Dah 6 tahun tak pegi...teringin!

kalau sejuk2 takde air panas mmg bercinta laa jawabnya... haha..

wahhhh rare sungguh tangga open string gitu....

apapon CH tetap best...

mungkin sebab tempat sejuk so tu lah takde aircnd kan? kan?

rindunya nk gi cmron lgi..tapi nk naik tu hazab nya... hihihi..


note : ari tu ada msg2 shana dia kta bln 12 kot kenduri dia...

macam nak pegi lagi rasanya... ;D

janji dapat tdo lena hahahaha ....

Wah.. X pnh lagi bermlm sana.. Just pegi n balik hari yg sama..

Lain kali nak g CH kena survey tmpt la. Br best kan. Tmbh pulak nk bwk anak2.

lamanya tak ke cameron sejak tanah runtuh aritu..dah ok yer tempatnya?

bilik mula2 tu klu tak bersuara mmg hangin la nak dok lama tp bilik macam hampeh..nasib dpt tukar bilik yg selesa.kemudahan semua dekar.kira ok la

wiee...memang best kan cameron, ok la bilik tu dekat dengan segala tempat kan. lucky ciksue jenis yang prepared.

klau sy xpsang dh kipas ke apa. tak tahan sejuk. npa ciksu x ambik hotel yng sy pergi dulu. ada lift.. xpnat.. hehe

Macam nak reject je hotel ni, sebab kena menapak naik tangga.. tak sanggup cheq..hahaa

Nampak bersih & kemas hotelnya. Harga pon murah juga.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF