Aroma Ikan Bakar, Jeram lagi ^_~



Entry kali pertama ke Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.. bila dah sampai kempunan pulak nak nengok "sunset" makanya kita ke Aroma Ikan Bakar, Jeram buat kali kedua le pulak.. bertolak dari Key El seawal mungkin.. mudah2an dapat tempat duduk di atas jeti.. baru puas makan sambil melihat keindahan lautan yang terbentang luas di depan mata.. sambil2 tu terasa segar dengan tiupan bayu laut ^_~

Baru2 ni buat kali ketiganya kami ke Aroma Ikan Bakar, Jeram lagi.. bukan berdua tapi berempat.. bawa mak mertua & adik ipar sekali..

Sebelum sampai dalam hati memang dah niat kalau boleh nak makan atas jeti.. nak meja paling depan sekali.. ngadap laut.. baru best masa makan nanti.. berangin je semasa menjamu selera nanti.. baru syiokkan (*_^)

Alhamdulillah, rezeki kami..



dapat juga meja depan sekali.. bertentang dengan laut.. tinggal satu ni je meja yang kosong masa saya sampai tu.. meja lain yang atas jeti semua dah penuh oke :) oh ya, meja yang saya duduk tu ialah "jeti6"..

Antara menu pilihan petang tu ialah.. 


IKAN KERAPU 3 RASA RM 69.00
ikannya yang segar bugar, garing di luar lembut di dalam..
kuahnya yang sedap.. tak pedas sangat.. cuma macam manis sedikit..


KETAM TELUR MASIN RM25.65
sedap, cukup rasa dengan telur masinnya tu..
 dengan isi ketam yang padat..

SAYUR KAILAN IKAN MASIN RM8.00 

biasa2 saje.. sekadar melengkapkan hidangan dengan sejenis sayur sahaja.. 


Menu yang simple tapi menyelerakan anak tekak.. jumlah keseluruhannya ialah RM120.60 termasuk nasi, air & tax yang dikenakan.. 

Lain2 lain tempat duduk, uols boleh tengok di entry sebelum2 ni.. 



ini meja yang baru ditambah.. sebelum ni tempat ni lapang je.. 
masa pergi baru ni dah jadi begini.. duduk sini pon syok.. berangin je..
dapat tengok laut yang luas terbentang.. 


sayup2 di hujung sana.. nampak tak ramai yang memilih duduk di meja atas jeti. Bagi yang ingin ke sana.. saya sertakan sekali..

Alamat:

Aroma Ikan Bakar, 
Jalan Jati, Pantai Jeram,
45800 Jeram, Kuala Selangor.

Tel:
 019-28 4452, 017-316 3117

Waktu Perniagaan:

Sabtu & Ahad 
12 tgh hari - 12 tgh malam

Isnin - Jumaat

4 petang - 12 tgh malam

Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Aroma Ikan Bakar, Jeram lagi ^_~"

murah plak ketam telur masin tu..
tak pernah lagi sampai ke jeram..ramai kata situ murah..

ni confirm p masa bulan penuh, sbb tu dpt ketam isi penuh...

iskkk dan2 rasa nak makan seafood pulak he3

syoknya Ciksu// makansambil angin tiup sepoi2 bahasa. tu yang menambahkan lagi selera.. kalau kat sini, Ros pernah p senibong je la ciksu..

siap ada tax yea sue
btw menu dia memang nampak superb :)

Salam QR..
uuu..mahal jgk ye harga seekor kerapu..cma dah lama tak mkn ikan bakaq kat jeram tu.. pernah pegi..tp bukan kedai yg ni..

mahal2 pun, kalau masakan sedap mmg berbaloi2.. nyum3...

wahhh ketam nampak sangatttt sedap. rasa mcm baru pestime dengan ketam telur masin tue. telur ketam ke telur itik depa buat jadi telur masin tue? errrrr konpius @.@

boleh tahan ye harganya...tapi klu sedap berbaloi la...

menyelerakan..
lya x pnh lg mkn ketam telur masin.. teringin nk mkn ramai kata sedap.. tp lya pnh buat sekali..google internet.. tp gna telur biasa.. tak tahulah rasanya sama ke tak..

ke, nama je ketam telur masin.. tp, gna telur biasa??

syoknyaa makan sambil ditiup angin laut..memang tambah tak tengok org lain..:p

kami yg dekat ni pun tak sempat terjah lagi hehe..selalu pi sana pukul brape? book dulu ke?

aduhhh...sedapppnya! ikan bakar tu mmg menggoda.. hehe

rmai yg dok update nih... nk kna g cuba juga nih...

Argghh.. .tak larat tengok ketam tu, Ciksu. Pukul berapa Ciksu sampai meja kat jeti dah penuh ni? Teringinlah nak pergi sesekali nanti. Saya baru ke Bukit Malawati tapi pergi dekat tengahari, takdalah nak merasa makan ikan bakar ke apa. Balik pun sebelum azan Zohor berkumandang. Lain kali nak cuba gaklah tengok sunset kat K.Selangor. Takpun gi tengok kunang-kunang :)

CIksu, awak ni mcm saya, kalo gi kedai ikan bakar tapi order masakan tak bakar pun ikan tu. Heheh.

Syoknya.. dah lama tak pergi ke tempat ikan bakar tepi pantai. Makan kat kedai biasa je, tak sama. Akak nak ajak suami ke jeram jugakla. Hari tu sampai ke kuala selangor tapi makan satay je..

kt yg dkt pun x pernah sampai, lalu lalang jer.. ntah xde nafsu nak singgah lagi .. siap ada tax yer makan kat situ...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF