Donat Labu lembut & sedappp



Setelah sekian lama saya tak menguli tepung membuat adunan donat. makanya baru2 ni semasa bw ke blog MEL tertengok & terbaca entry pasal donat yang beliau buat. terus pergi dapur tengok apa yang ada. semuanya ada kecuali keledek oren je tak ada yang ada cuma si labu. labu pon labu lah. apa salahnya kan. janji jadi donat. ye dok !!



Banyak juga dapat. buat makan sikit selebihnya saya buat frozen. untuk frozen goreng donat separuh masak sekadar untuk mematikan yis & mengekalkan bentuk donat. 

 Simpan untuk menu berbuka puasa, so, tak payah la beli kuih muih kat luar nanti. sehari goreng 5 biji je. tak jemu ke hari2 makan donat ?? mana ada jemu kita yang buat dia, so, kita pelbagaikan la nanti. hari pertama tabur gula ising, hari kedua golek coklat + badam & seterusnya sendiri pikir. hihihi. lagipon cik abe Pn. Su peminat donat ^_~

Uols nak buat ke ?? kalau nak, meh Pn. Su kongsi resepinya di sini pula. rugi tau tak cuba sebab donat dia lembut aje bila digigit.

RESEPI DONAT LABU
resepi asalnya DONAT KELEDEK OREN
Sumber: Mel

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar butter

bahan sampingan:
gula ising secukupnya

Caranya:
Lecek labu yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan labu. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit), gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter & susu. uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
Tutup mangkuk dgn tuala lembab & biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donat hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula ising.

Previous
Next Post »
22 Komentar untuk "Donat Labu lembut & sedappp "

sedap tak? orang labu kena cuba ni donut labu... meh la pos kat sini...

wahhhh pandainyer buat kuih... da la donut labu ni 1st time akak dengar... terbaekkkk la...

anak anak saya kalau makan donat tak pandai makan sikit2.. memang tak sempat nak frozenkan.. hehe

ira panggil coq keria klu letak ubi ni..hihi...boleh buat nnt..nampak sooo sedap

Mmg balik nanti menyinggah la saya pegi bazaar cari donut..terliur tgk donut ciksue punya pasal hehehe

Tu diaa...kuar dah donut dia..memang tak jemu makan ni.air tangan sendiri kan.mel punya tak bersentuh lagi yang frozen kan itu hari..ingat nak goreng pisang kejap lagi..selamat berbuka ^^

saya pernah cuba buat donat drp ubi kayu . mungkin sbb struktur ubi kayu tu berat , tak menjadi donat tapi jadi keria ...

klu sy buat confirm tak menjadi hihihi ;p

nak buat nak buat, tengkiu tepek resepi tapi bila nak membuatnya tak tau la saya pung, puasa tahun depan kot huhuhu.

makan panas2 sedap..terasa gebu dya tu.. tp tak prnah mkn lagi donut labu..hehehe.. mesti rasa dya lebih kurg je dgn cekodok labu kan..sedapnyaaa..

Puas hati gini. Buat banyak2, goreng je bila nak. Kalau Naim, bolehla join Ciksu..mmg peminat donut tu... tak pernah lagi makan donut labu..

Sdapnyaaa donut.. Fav.. Tp donut biasa tu la..

tu dia..mujur cik su duk jauh..kalau tk kfieda hulur dh pinggan..hihihi..kfieda pun peminat donat.

donut labu? ok... ni tak pernah jumpa lagi...

Kat rumah akk ni donat x laku. Kalau nak makan sendiri beli sebiji pun dah cukup.

wah, dah buat donut di awal ramadhan.. kalau lembut tu, yang best nak buat lagi kan..

Pelbagaikan mcm donut dekat big apple mesti sonok mkn hari2 kan hihi

Lamanya tak berdonut. Eh, bukan buat, yang beli punya :) Tahu jelah saya ni kan...

Kalau kuih-muih ni nampak gayanya hujung minggu jelah berpeluang. Hari biasa, lintang pukang kat dapur menyiapkan hidangan utama :)

Nampak gebu donutnya. Dah lama tak buat donut.

salam QR..
besaqnya donat.. hehe..
cma dulu pernah buat..nnti nk try versi ciksu pulak.. :))

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF